image atas

image atas

Monday, August 1, 2011

1 hari Puasa

Semalam merupakan hari pertama semua rakyat Malaysia beragama Islam berpuasa.  Oleh kerana Johor cuti umum, so sepanjang hari pertama dok kat umah. Anak-anak tak de mood nak jalan, masing2 melepek ja.. Kul 12 dah pedih perut si kakak mengadu.. Alahai anak dara ku yg kuat makan ni, kesian dia.  Si adik relak ja tapi setiap kali dia ke dapur kena follow walaupun dah 10 tahun tak leh percaya.. takut lupa, buka peti ais terus minum. 

Kul 12.00 dah start plan nak masak apa. Apa taknya kawan lama yg skrg di Kelate ym.. dah kaya dia la ni jd tauke minyak sendiri.  Bercerita bab keluarga, hobi, bisnes semua dalam 2 jam baru off.  Moga teman ku Elina sentiasa sihat, dirahmati Allah dan kekal menjadi kawanku sampai bila2. Saya amat mengkagumi beliau.. pandai memasak, menjahit, masa satu ofis tahun 1999 dulu selalu rujuk dia bab jahit baju, langsir..ah terlalu manis kenangan itu. Dengan penuh tekad dia mengambil keputusan berhenti kerja utk mengurus perniagaan sendiri.  Alhamdullilah dia sekarang dah berjaya dalam bisnesnya.

Keluarkan ayam, kelapa kul 4.00 dah start masak. Masak apa?? Kari ayam utk dicecah ngan roti jala, goreng mee hoon (kicap) anak request, buat puding roti daging, air apple segar. Hmm memang mengujakan. Tepat kul 6.15 mnt semua dah siap.  Packing sket utk hubby hantar ke rumah adik.  La lepas 20 minit boleh balik dengan kari yang dah tumpah. La kesiannya adik ku tak dapat nak merasa akunyer masakan. Apalah suami dan anak2 ku buat dalam perjalanan.

Tengok 2 anak dara ku berbuka puasa amat mengejutkan .. si adik boleh makan roti jala 10 keping, si kakak lak semua makanan dihidang semua dimakan. Kul 8 mlm baru masing2 nak bersiap utk maghrib.. buruk tul melantak masing2 almaklum le hari pertama puasa...

Alhamdullilah dapat juga buat terawih sendirian dirumah utk hari kedua malam tadi.. moga2 ada cukup tenaga utk ibadat esok lak..

No comments:

Post a Comment