Bangun pagi alamak dah hampir tersasar lak dah kul 4.20 pagi. Nasib baik nasi dan daging goreng malam tadi dah siapkan sebelum tidur kalau tak apa nak makan oleh DH dan anak2ku.
saya cuma tambah sayur je utk hidangan sahur, sambil itu saya buat jemput-jemput ikan bilis n potong buah. Ringkas kan sahur saya sekeluarga.
Isnin semalam saya cuti saja ambil cuti sehari. Hajat hati nak gi bank settlekan bil tertunggak n transfer duit hmm cuai betul saya semalam, ada ke gi bank tak bawak buku, nak keluarkan banyak lak tu..
So saya ambil keputusan terus gi Kedai Bakery kat Perling mana lagi kat Perling Indah le... Amboii mak macam2 ada, semua ada.. tapi yang sedihnya semua tak berlebel halal al toyibban.
Sebelum keluar rumah saya BW ke umah kak masam manis tu.. wa cakap lu meriah umahnya dengan sekut2 raya.. mengancam iman habis.. Siap dia rekeman kedai ni..Ni yg datang ni..
Saya cuma nak beli tepung rose dan terap sekut tat (yg ada love2) sahaja ye.. tapi sampai kat situ agaknye le iman tinggal kat kereta banyak barang lak terambil..oppss tak sanggup nak tengok bil hah kau..dah le kau datang sendiri pandai2 le bayar le.. DH tak de..hmmm
Balik umah dengan berkobar2 nya saya mengayak tepung, gula aising, tepung jagung. Sebelum tu mentega memang dah keluarkan..nengok balik dah lembut. So sukat lebih kurang saya campur bahan2 ikut step kak masam manis.. saya adun..walah anak2 ku dah balik skool lak. Hish jangan nyebuk..jgn kacau.. tak kira nak kacau gak. Okey nak kacau kakak ambil tugas isi inti je adik jangan sentuh..siap gi skool agama.. Tup..tup keluar le tat nenas. Hmm melompat kelangit tengok tat saya ..cantik tergoda tul.. (ni masuk bakul angkat sendiri ni) okeylah tak de le setaraf blogger lain sebab kali ke 4 buat kuih sendiri..
Petang dah janji ngan adik nak ambil rambutan kat umahnya. La tak kan datang tangan kosong apa lagi mulai kul 3 petang je saya masak ayam masak merah, nasi arab (last2 jadi nasi hujan panas), buat sup ayam, buat gak puding marble..
Okey kul 6.15 dah siap semua boleh packing hantar kat umah adik ku.
Petang berbuka satu keluarga, this week DH ada kat umah. Tengok semua makan penuh semangat.. nampaknya sedap kot..
Benda yang sama ku ulang utk menu sahur.. tak kira suami pun makan bertambah masa pagi.. Sedap sangat le tu. Ayam masak merah kegemaran anak2 pun licin. Alhamdullillah..
No comments:
Post a Comment