Hari Ahad saya bangun macam biasa kul 4.10 pagi. Saya cuma panaskan leftover kari ayam semalam n tambah lauk sikit seperti sambal jawa (tempe, ikan bilis dan kacang) digoreng garing dan pedas, manis. Tak lupa juga appetizer ikan kering gelama goreng tabur dengan bawang dan lada goreng sikit. Hmmm bole le utk alas perut. Anak-anak makan nasi ngan kari serta sambal jawa je..
Sebelah pagi suami gi servis kereta nak pasang tinted pada kereta MPV Wish. so saya suruh anak mengulang kaji pelajaran almaklum le Isnin - Rabu ni semua periksa penggal. Tak sampai tengahari semua padam - membuta. Saya siapkan jahitan bantal besar, sekadar tambah kekabu sebab bantal tu meleper je..
Petang selepas DH gi kerja, saya ajak anak2 gi jalan2. Melonjak sakan si kakak. Hari itu cuaca mendung, hujan gerimis so saya cuma gi mall yang paling dekat - Carrefour. Hajat hati nak beli Dynamo - murah beb RM 18.90 n buttercup - RM2.79. Tapi sampai sana tau2 je le jadi banyak lak membeli - melayang duit ku RM 200.00.
Sambil tu gi juga Bestmart sebab nak beli makanan kesihatan ku - rasanya badan semua lemah longlai. Kat sana ada bazar terus terfikir tak payah masak le - Kakak request roti sambal n donut. Nampak rojak asma si kakak pun nak juga. Si kecik panda pulak tu tak mengorder pun. Tapi lalu kat tempat jual beg siap mengendeng nak beg utk bawak sekolah.. Kau ni anak ooii orang nak beli baju raya bukan beg sekolah. Tak paham tu di kecik ni.. macam2.
Balik umah masih awal jam 6.15, so saya cuma masak bubur putih je makan ngan sambal jawa yg masih berbaki serta telur mayang halus. Saya juga tambah bubur putih dengan kiub ayam memang nyaman lalu tekak masa berbuka..sedap sangat le .. saya rasa berbuka dengan bubur ni memang terbaekkk le..
No comments:
Post a Comment