image atas

image atas

Tuesday, August 16, 2011

menu iftar ramadan ke 15

Hari isnin 15 ramadhan saya ambil cuti.  dah lama tak cuti tengok cuti pun masih berbaki 44 hari utk tahun ni 35 + 9 hari tahun lepas punya.. lagipun badan saya rasa berbisa sepanjang masa, di tempat kerja amat terasa, dah balik rumah tak de rasa sangat sebab nak melayan tekak anak so kena buang rasa sakit jauh-jauh.  Malam lepas berbuka je terus mengantuk sangat, walhal saya pada minggu berkenaan diperintahkan cuti puasa..

Hari sabtu saya minta izin dengan suami nak balik kampung.. sebabnya nak ambil Bread Maker. Saya order melalui adik ipar yang ahli Cosway, tengok katalog Cosway hari tu terus berkenan nak beli.  Sebabnya selalu tengok blog kawan2 banyak pulak roti yang dibuat sendiri. Pelbagai rasa, warna, fesyen dan jenis.  Semuanya menarik naluri saya utk memiliki Bread Maker.  Kebetulan saya menerima tunggakan elaun selama 3 tahun, mencapai RM 23,000 semuanya. So ambil portion sket utk beli Bread Maker, RM2000 adik pinjam yang lainnya saya nak SIMPAN..

Balik umah mak siap2 saya beli ayam, kelapa dan sago.  Saya plan masak kat kampung n bawa balik utk berbuka kat umah sendiri. Nak tidur umah mak bole tapi kesiankan DH yg bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, tiada siapa yang bole preparedkan dia sahur.

Saya buat roti jala n kari ayam. Sambil tu saya buat juga sago rendang..ala kuih yang ada gula melaka kat dalam bungkus daun pisang tu.. memang sedap kebetulan lak sago tu just nice lembut dan kembang dalam daun. Makan sampai sahur pun masih lembut. Hmm masih terasa kesedapannya hingga kini.. (wehh puasa wei)

Balik dr umah mak kul 6.00 petang, nasib baik enko sampai umah just nice je.. 10 minit lagi berbuka..

Malam melantak lagi menyiapkan kerja tertangguh bersilat sakan membasuh baju, melipat kain sebabnya esok nak gi meronda supermarket. Itulah agenda saya dengan anak2 perempuan ku sebagai protes kat DH sebab dia gi kerja. 

Alhamdullillah kenyang perut seh.. makan roti jala, cuma anak ku tanya ehh mama ni je menu berbuka... okeylah tu nak oiii ,. tengok orang kat afrika semua berpuasa 7x30x365.

No comments:

Post a Comment