Hari ni bangun dengan rasa refresh sebabnya malam tadi melepak sampai solat terawih pun tak larat nak buat. Lepas buka puasa, masak nasi dan masuk baju dalam mesin terus baring dan terlelap. Sedar2 dah kul 10.00 mlm, bangun keluarkan baju n pesan kat DH utk bantu sidaikan.
Terus lelap lagi sampai kul 2.00 pagi baru sembahyang isyak. Teruk betul penangan letih bulan puasa. Bangun pagi baru terpikir nak masak apa? Ahh buat yang senang aje le.. Goreng ikan, masak telur kicap, sayur goreng sikit then tu pengat buka puasa semalam dan roti pun ada lagi. Belasah je makan. Anak2 pun kalau pagi memang tak makan banyak.
Kat pejabat masih banyak kerja belum buat, nak tak nak settle dulu hantar mel kpd HQ utk maklumkan finalist pertandingan. Kejarkan sekolah semua. Sepagi pula ada meeting di pejabat sampai kul 1.30 ptg so memang bz sket tu yg tak sempat nak update blog.
Berita paling gembira akhirnya dapat juga aku beli tudung ctredzuan.com. bulan ni sahaja dah habis 155 utk beli tudung tu belum kira beli baju ahad lepas. Hmmm parah betul kalau selalu cam ni.
No comments:
Post a Comment