Untuk hari ini ubah tajuk sikit.. sebabnya semua blog orang lain kata cam tu .. i nyer bahasa kampung je.( ada orang tanye ke?)
Untuk ramadhan ke 5 ni masih tetap kekal keinginan dan iman masak di rumah. DH siap offer makan kat luar tak nak le..susah nak sembahyang le.. So utk bersahur makan simple-simple je.. setakat telur asin, masak ayam goreng dan goreng sayur sapa2 pun boleh buat..
Untuk berbuka Jumaat lepas, balik rumah terasa sangat rajin.. terus masak nasi lemak dan set lengkapnya, buat juga kudapan serawa pulut dengan durian. Alhamdullilah masa azan magrib berkumandangan saya sedang mencedok sambal tumis, anak saya mengopek telur rebus manakala hidangan air sejuk dan air panas telah siap sepenuhnya. Saya hanya sempat meneguk air panas dan terus ke bilik air untuk mandi..apataknya selepas bersilat dari kul 6.16 petang direct ke 7.16 ptg baru selesai kerja saya memang berpeluh dan rimas.
Anak 2 makan dengan begitu teruja, masing-masing berpuashati dengan tekstur nasi, rasanya yang lemak dan wangi bau halba. Sambal pun tak pedas sangat tu yang menepati selera anak2. Untuk kali ini saya gunakan beras basmathi dan santan baru memanglah sedap. Malamnya saya mengajak DH ke Kipmart utk membeli bawang..rupanya bawang dah habis..beli juga beberapa keperluan lain yg perlu ditambah. Balik rumah ingatkan bole berterawih rupanya bocor.. hmm nasib baik sempat habiskan puasa sehari.
Malam membantu anak menyiapkan kerja sekolahnya..buat buku skrap untuk pertandingan Pencegahan Dadah. Hmm kena buat 100 muka surat..mana nak cekau maklumat dan bahan..melampau betul anak ku.. dah nak hantar baru sebut kat kita ...tengok rupanya dia tak buat apa..
So bagi arahan padanya utk cari bahan, mamanya akan membantu membuat jalan cerita sahaja. 2 days to submit, saya mengingatkan dia untuk dia menjadualkan dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment