image atas

image atas

Sunday, August 7, 2011

6 Ramadhan

Untuk pagi Sabtu saya rasa happy almaklum le leftover nasi lemak semalam masih berbaki banyak, so saya perlu panaskan sahaja dan goreng ayam sahaja utk menu sahur.  Semalam punya serawa durian masih ada so saya hanya buatkan lempeng sahaja utk makan cicah serawa durian.

Lepas bersahur oleh kerana saya tidak solat saya melelapkan mata sekejap.  Sambil-sambil itu saya tengok jam, almaklum le setiap hari Sabtu, anak sulungku kena attend sekolah agama darjah Khas.  Utk orang Johor mesti maklum Darjah Khas, tak pasti pula negeri2 lain.

Saya bangun almost 7.20 pagi, saya tengok anak saya sedang bersiap sendiri, mengosok baju sekolahnya dan mengemaskan buku masuk ke dalam begnya.  Saya keluarkan baju yang dah dibasuk semalaman dan letak dimuka pintu.  Pukul 7.55 pagi saya start kete untuk menghantar anak ke sekolah.  Anak yang sorang lagi tak nak ikut rela tidur, so saya kunci semua pintu.

Balik rumah terus cuci rumah kucing..hmm bau busuk menusuk hidung, 4 ekor anak kucing yang masih menyusu dengan ibunya.. so bayangkan lah najisnya...Selesai semua saya menjemur baju dan masuk mengemas rumah sedikit, mop mana2 yang nampak je..

Petang ambil anak cam biasa kul 1.00 petang dan balik rumah menyambung menonton cerita hindustan TV 2- cerita kelakar.. terus lelap.  Pukul 4 suami balik kerja, saya telah keluarkan semua bahan utk masak juadah berbuka puasa, tapi suami mencadangkan untuk berbuka diluar.  Anak2 saya apa lagi memujuk saya untuk memilih tempat.. akhirnya saya mencadangkan makan dihotel Goodhope paling dekat dengan rumah le.. so senang sedikit.  Harganya pun boleh le antara hotel yang paling murah M 45.00 (dewasa) manakala kanak2 RM 25.

So pergi ke sana dalam kul 6.50 petang dan tepat sampai sana 2 minit kemudian azan magrib bermula.  Hmm tepat betul perancangan perjalanan saya.. oleh kerana booking awal maka tempat pun telah direzabkan.  Saya mengambil semua jenis sup dan pengat.. ni favourite saya termasuk bubur lambuk dan sup cendawan.  Anak2 saya malau2 nak ambil, so saya lah yang berulang2 kali mengambil makanan, makan pun tak sangat.. Tapi cukup banyak hidangan termasuk seafood grill dan makanan kampung,  Dessert, kuih muih dan buah-buahan pun banyak.

Perut pun kenyang...Alhamdullilah

No comments:

Post a Comment