image atas

image atas

Friday, August 12, 2011

cara mudah utk senang

Sejak akhir2 ini semasa BW ke blog rakan2,  saya banyak membaca mengenai sindiket penipuan yang dilakukan oleh peminta sedekah asing yang berkeliaran di pasar ramadhan.

Rupa-rupanya mereka ini bukannya orang Muslim tetapi menyamar menjadi muslim utk meraih simpati orang Islam yang sedang mencari peluang utk menderma sebagai amal jariah.   Rasanya sepanjang saya berkunjung ke Pasar Malam di taman saya, memang ramai golongan ini.  Ada yang kakinya kudung, tak de tangan, cacat anggota tubuh badan, tapi memang tak pernah nampak pula orang buta kat sini.   Setakat ini memang ada bersedekah tapi tak le banyak sangat, sebab saya rela bersedekah kepada golongan yang saya memang nampak kesusahannya.

Rupanya kalau rakan2 baca di blog Mazidul, nampaknya kita semua ni tertipu.  Mereka ni bukannya orang2 yang betul tidak MAMPU utk bekerja, tetapi golongan yang pandai berlaku utk mengambil peluang di atas kebaikan rakyat Malaysia.  Masyallah, teruk betul mereka kan.  Tapi apa hal jangan serik utk menderma dan bersedekah kerana insyallah ganjarannya amat besar di akhirat kelak.





No comments:

Post a Comment