image atas

image atas

Monday, August 8, 2011

7 Ramadhan

Oleh kerana semalam berbuka diluar maka saya kena masak untuk bersahur. Pagi Ahad saya bangun lebih awal dari biasa, kelentang kelentung bunyi dapur saya.  Nasib baik nasi dah saya masak malam so tak le remeh sangat.  Saya dah cakap dengan DH dan anak2 menu sahur paling simple, telur goreng dadar, goreng ikan bilis dengan bawang dan masak sayur lemak pucuk paku dengan keledak (pun saya siapkan malam).

Untuk kudapan saya tak buat apa2, anak saya meminta emping jagung (cornflakes) makan dengan air soya (ni cuma kat rumah saya je yang buat) orang lain mesti tak buat..

Tengahari masih bekerja keras membantu menyiapkan kerja buku skrap anak saya.  Mencetak, mengunting, menampal dan sebagainya.  Tengahari adik sms kata nak berbuka puasa dirumah saya..hmm baru berkira-kira nak masak. nasib baik bagi tau dulu boleh masak banyak sikit.

Menu cadangan saya ialah Nasi Arab dah survey dalam blog Dr Rahani nampak sedap.. Ayam masak merah (favourite anak2) dan buat acar jelantah sedikit.  Saya terus ke dapur masak kacang hijau, hajat hati buat bubur durian..

DH yang balik kul 3.50 petang (tengok rajin sungguh suami hamba, ahad pun kerja), terus tanya nak balik kampung utk berbuka puasa.  Alamak hati saya berbunga2, tapi tengok anak ku yang tak siap kerja terus jadi layu.  Mana mungkin nak balik, cam mana dengan kerja anak saya.. Terus bincang dengan DH, so keputusannya minta orang kampung datang ke rumah, kita ajak makan kat luar.  Bijak tak saya.. nak masak bole tapi kesian dengan anak yang dah buntu fikiran so kena tolong juga.

DH telefon birasnya dan meminta birasnya datang kerumah.. siap janji dia belanja makan.. Hmm ... tak tahu le apa angin baik betul dia hari ini...hari gaji semalam, patut le baik betul (tapi sememangnya DH saya memang tak kedekut orangnya..tak macam saya..RM10 pun saya kira tau).

Dalam pukul 5.30 petang my mum, adik dan familynya datang ke rumah.. duduk sekejap kul 6.40 petang bertolak terus ke mana ye.. kali ini saya pilih yang murah sikit.. Restoren Malay Village.  Kadarnya RM29.90 (adult) manakala 15.90 utk kanak2.  Makanan tengok agak sikit.. tak pelbagai sangat..almaklum le setaraf le dengan hargakan.  Saya ambil nasi putih lauknya lemak batang keladi dengan siput sedut, ayam percik, isi ikan sweet sour, dan sambal goreng.  Ambil juga ABC, pengat cha-cha, appietizer spt salad, kerabu mangga dan pencuk.  Bole le sedap juga masakan disini, cuma kuantiti makanannya tak banyak sangat.

Yang pelik kat situ keropok yang kat rumah tak nak makan boleh nak makan..pelik2. 

Selamat saya berbuka walaupun tak puasa hari itu.. hmm rezeki tak patut tolak. Layan gambar Malay Village







No comments:

Post a Comment