image atas

image atas

Wednesday, August 17, 2011

Iftar Ramadhan ke 17

Pejam celik, pejam celik dah hari ke 17 berpuasa... dah boleh kira ngan jari bila nyer nak raya.  Dengar radio pagi dan petang dalam kereta suma dah lagu raya berkumandang.. Hmm yahooo nak raya..

Pagi ni bangun pagi dah tak tahu nak masak apa.. ambil berkat sahur je le ye.. itu suma orang, saya tak boleh, kesiankan anak2... semua kena sekolah 7 - 6 petang hampir 12 jam so kena ambil breakfast gak as a sahur.. Kalau tak balik umah petang2 suma mengadu, perut pedih le.. tekak kering.. air liur dah tak ada..hmm masing2 dah besar tapi perangai kalah budak tadika..

Tengahari kat pejabat bersempena Hari Nuzul Al Quran, kami sepakat nak habiskan juzuk bacaan yang dikhaskan bagi sektor kami ayat al-Maidah (1 -120) bahagi sama banyak utk 18 orang staff . So alhamdullillah settle.. ghupenya staff saya mengaji memang sedap sangat.. baguih..baguih..

Adik lelaki saya yg duduk dengan mak telefon kata nak datang ke umah minta saya jadi gurantor dia utk pinjaman kereta.. So datang utk makan berbuka sekali ye..

Saya berangan utk masak nasi lemak, sambal udang dan buat pengat sikit. Puding marble 2 hari lepas masih elok dok dlm peti ais..

Habis je majlis pelancaran Tele Sidang di STF dalam pukul 4.40 saya terus balik umah.  Kat umah walah ghupenya DH dah beli.  Yang herannya beranika jenis kuih, makanan, air.. Rasanya lebih 30 hinggit kot dia beli.. Ada yong taufu (sup), ayam masak merah, kuih badak berendam, ketayap, koci, cucur udang, air tebu dan murtabak.

Banyak dah dia beli.. so saya cuma masak nasi lemak je ngan buat air panas teh O dan air epal ja la.. Nasib baik ada orang datang makan. Kalau tak mahu ku debik dia satu das..membazir ja..ni nak jadi kawan setan ka??

Selamat nasi lemak saya nampaknya memang sedap kot, masing-masing makan dengan lajunya.  Ada baki so saya hangatkan utk makan sahur la pulak.. Senang kan saya..

No comments:

Post a Comment