8 Ogos bersamaan dengan 8 Ramadhan. Amat senang nak ingat utk kira raya.. he..he..
Hari berkerja so set kat otak sebelum tidur dan bangun pun terus ingat hari ini hari bekerja. Makanan mesti mengenyangkan utk anak-anak aktif disekolah.
Oleh kerana semalam tak masak, so malam2 spt biasa saya siap masak nasi dulu, at least pagi tak gopoh sangat, sebab kadang kala tak jangka boleh bangun awal. Sebelah malam juga dah siap keluarkan ayam, potong kecil-kecil dan letak garam dan kunyit. Masuk balik dalam peti ais. So pagi cuma goreng lembap2 utk masak paprik. Paling mudah resepi ini sebab semua sayur dan lauk satu kali masak. Saya juga panaskan bubur kacang durian utk dicecah dengan roti. Hajat hati nak buat sandwich tuna, tapi tengok tuna dah berkulat, so kucing saya yang makan.
Saya sediakan kudapan juga coco crunch dan cornflakes utk anak makan, nampaknya masing2 agaknya masih kenyang makan berbuka semalam, semua tak dimakan.
Lepas sahur sahaja mengurus anaknyer buku skrap yang masih tak siap. Muka surat masih tak cukup 100, isi kandungan tak buat lagi. Saya layari laman web Agensi Dadah Kebangsaan utk dapatkan statistik penagihan dadah sebelum ini jumpa yang tahun 2008, rupa-rupanya ada laporan terkini Oktober 2010, rasa menyesal dan terkilan sangat. Cammana tak jumpa minggu lepas masa buat esei utk pertandingan yang anak masuk.
Buat kerja-kerja touching terakhir yang mana siap kul 7.10 pagi dan dibawa anak ke sekolah. DH menghantar anak ke sekolah manakala saya mula bersiap ke pejabat. Kul 7.24 pg baru jalan dan sampai pun lewat sangat kul 8.07 pagi. Nampaknya merah le attendance saya pada bulan ini (nasib baik cuma sekali ja).
Kat opis macam biasa semua kerja kena beres awal, buat perbincangan mengenai perolehan yang dikemukakan oleh Unit Perolehan berkaitan bilik SAL dan bilik khas bangunan baru dan tambahan. Minggu lepas perolehan bagi bilik SAL tidak diluluskan sebab dibawah bidang P&P, saya cuma jaga P&T. Pelik tu kat kementerian ini diasingkan bahagian yg menguruskan P&P dan P&T walhal pada peralatan yang sama. tak bole komen disini.
Saya dan pegawai bawahan juga berbincang mengenai Pelan Strategik sektor untuk dimasukkan dalam ISP Jabatan. Amat sukar sebab masing2 tak faham area dan isu yang boleh difikirkan utk dirancang dalam tempoh 3 tahun. Kementerian pun nampaknya ISP tak ada so amat sukar nak selaraskan ISP jabatan. ISP Mampu saya gunakan sebagai sandaran.
Petang anak telefon memaklumkan dia balik lambat stay utk siapkan buku skrap dan juga stay duduk kat perpustakaan. Saya amat risau khuatir dia cakap lain, tapi buat lain. Harap-harap dia jujur pada diri sendiri dan Allah. Saya berjanji utk ambil dia balik dalam kul 5.00 petang. Kerja masih banyak dan saya ambil keputusan utk tangguh sedikit kerja dan terus balik sharp kul 5.00 ptg utk fetch anak kat sekolah. Jalan jem juga tapi alhamdullillah saya sempat sampai kul 5.25 ptg. Ambil anak sulung dan terus balik utk masak.
Untuk berbuka saya masak bubur lambuk (amat sukar nak cari bubur lambuk yang dibuat oleh surau dan percuma), sebab yang percuma biasanya sedap. Hmmm..
Saya juga panaskan bubur kacang, saya campur lagi santan sikit utk cairkannya. Disamping itu saya pek ke tiub plastik panjang utk dibekukan jadi ais malaysia. Semalam mak saya bawa sebiji cempedak dari kampung, baunya menyusuk hidung. Hmm harum betul. Say agoreng dalam 13 ulas utk juadah berbuka. Oleh kerana tinggal kami 3 beranak je berbuka, tak jadi hal..anak saya makan tanpa banyak komen. Sedap kata mereka (tak tahu jujur ke setakat nak ambik hati mamanya). So juadah kami semua bubur..bubur lambuk dan bubur kacang durian..hmm jadilah.
Anak yang bungsu pula bz ngan buku skrap kajian tempatan. Saya tak pasti anak saya yang ni pun jenis last minit, berbeza betul perangainya masa kecil dengan sekarang. Dulu kalau kerja tak siap melalak, la ni tak siap pun buat muka selamba ja, rasa cam nak rotan je. Berbuku hati. Dah le last minit, menekik2 minta tolong, dah tolong bukan nak dengan pendapat kita, ikut suka dia ja.
Kul 10.00 malam saya mengantuk sangat.. tak nyempat2 terus tertidur. Alamak saya kena bekerja keras esok utk settlekan kerja2 rumah yang masih tertangguh.
No comments:
Post a Comment