image atas

image atas

Tuesday, August 16, 2011

Iftar Ramadhan 16

Oleh kerana hari ini kerja so apa-apa hal concentrate dulu hal opis.  Ada meeting tapi nak excuses sebabnya isu yg bakal dibincangkan tak berkaitan dgn aku so no hal kalau saya tak ada, yg penting unit yang bermasalah tu kena buat settlement dulu.

Rasa mengantuk sepanjang hari kat opis - ni penangan semalam kot - terlebih rajin sangat. Itu ini, itu ini akhirnya sampai gak kul 5.00 petang, time yang ditunggu2 so apa lagi marathon terus balik kuar opis kul 5.15 pm.

Teringat anak kata nak makan ikan goreng , so merayau kejap kat Kip Mart utk cari ikan, tapi tak de yang berkenan, kerisi tak ada kembung pun tak segar..maleh so beli ikan utk kucing-kucing kat umah pastu nampak ketam beli 5 ekor..kecik2 je tapi dah RM 10.00..mahai tau!!
Merayau lagi tengok ada bebola daging sambar terus dan beli mee kuning hajat hati nak buat bakso lah...

Balik umah jengah jam wah dah 6.15 ghupenya, gi es box tengok daging yg dah letak kat bawah dah lembut tak beku lagi.  So capai je.. potong lebih kurang, basuh dan tenggek kat dapur.. letak bawang putih ngan halia tinggal utk solat dulu.

Habis solat capai baju kotor masuk washing machine.  Sambung masak semula. Siap gak kul 7.05 mlm utk hidang.  Saya kerah semua pekerja sementara (anak-anak ku) buat air panas.  Kali ni tak de air sejuk semua dah pakat batuk2 dan selsema.  Nak ais banyak ais krim Malaysia kat peti tu..ada bubur kacang, air milo, air tropika. Ni kes baki air berbuka dan sahur yang tak habis saya packing dalam plastik panjang..

Hidangan saya berbuka puasa mee bakso, bubur som-som (beli), puding marble (leftover semalam), karipap segera dan cucur udang (beli), air teh O (panas).  Alhamdullillah selamat semua makan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment