Rabu - 3 Ogos 2011
Bangun pagi dalam keadaan mamai, tengok jam baru kul 4.00 pagi. Terus bangun dan bersihkan diri ala kadar terus ke dapur. Nasib baik dah masak nasi malam so tak de kecoh sangat. Plan sahur dah bincang malam tadi dengan suami dan anak2, mama akan masak nasi goreng. No bargain anymore. Sebabnya dah penat masak bagai2 tapi anak sahur dalam kuantiti yang kecil.
So prepare nasi goreng cili padi, dadar telur dan goreng kentang wedges serta nugget ayam. Tengok jam ada lagi masa ambil roti buat roti john sikit untuk anak. Then tu bancuh milo. Dah siap semua baru kejut anak2 dan DH bangun.
Kat opis agak sibuk utk penilaian bahan pertandingan. Hmm anak ku punya penyertaan terus kena out awal2 tak kreatif sangat. Hanya 3 SR terpilih tetapi kena contact semua guru2 balik utk dimurnikan semula. Petang pulak sibuk dengan kerja-kerja opis dan menghubungi sekolah Menengah utk penambahbaikan. Kebanyakkan sekolah tak nak masuk kot sebab tak pandai nak buat, tak de masa ..dll
Balik sharp kul 5.10 ptg terus sheck out. Agak bernasib baik traffic tak de jem sangat tapi masih boleh speed 60kmph (ni paling laju kat jalan skudai selalunya 20 kmph je). Kat rumah terus capai kueh tew baki semalam - buat kueh tey goreng udang. Lain-lain tak de sangat cuma buat pengat biji nangka n buat onde2 aka kuih bom (hijau yang gaul kelapa parut). Buat air teh O panas n air bandung..
Alhamdullillah budak2 dua orang tu memang melantak habis. Si adik siap menambah2 kueh tew gorengnya. DH je yg tak berapa nak makan..perut dah masuk angin le tu. Apa taknya belum makan dan hisap rokok mana tak masuk angin / asap rokok.
Lepas magrib masing2 melantak lagi durian..hmm tak sudah2..
No comments:
Post a Comment