Ingat tak saya pernah bercerita mengenai some one..bole lihat entri ini..
Naik minggu lepas ingatkan dapat bersemuka utk menjernihkan keadaan, tapi rupanya dia bercuti seminggu lagi (cam tak percaya je..boleh mohon cuti panjang selalunya tak pernah nak cuti kecuali kalau berjalan keluar negara).. Hmm ohh rupa-rupanya nak settle masalah OR yang accident...
Saya tak pernah menjangkakan DIA akan menerima dua kali masalah.. dan sejujurnya saya tidak pernah mendoakan nya. Saya sentiasa mendoakan yang baik2 pada semua orang disekeliling saya walaupun orang itu tidak mahu berbuat baik dengan saya. Please jangan salah anggap saya dan sememangnya saya amat bersimpati dengannya.. Sebabnya OR nya sedang pregnant dan saya khuatir akan menjejaskan kandungannya.. Dan saya pasti kalau ada kesan yang tidak baik (nauzubillah) saya pasti saya akan kehilangan seorang staff dan tentunya kerja berkenaan akan ditanggung oleh saya sendiri dan akan menyusahkan saya juga.
Doa saya semoga Ramadan ini akan memberi sinar baru pada saya dan pegawai bawahan saya.. Saya mahu kebahagian dan keharmonian dulu kembali semua.. Semua orang boleh membuat teguran tanpa ada pihak tersinggung. Tak bagus rasanya dalam organisasi ada pertelingkahan dan masam muka. Perbezaan pendapat masih boleh diterima, tetapi mencari kesalahan dan memperbesarkan masalah orang lain akan menjadikan organisasi ini tiada NILAI. Masing-masing mencari rezeki halal so kena bertolak ansur juga.
No comments:
Post a Comment