lagu yang paling aku suka... lagu yang mengiringi sinetron Mulan Wulan di tayangkan oleh TV1/TV2. tak ingat sangat tapi almost dah 2 tahun dulu. Mengisahkan Mulan Wulan anak pertama dari 3 adik beradik, berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana. Bercinta dengan jejaka yang mana atas nama cinta dia menyerahkan seghalanya.. termasuk maruahnya. Yang jadi rumit jejaka berkenaan meninggalkan dirinya sendiri bersama anak yang dikandung dan berkahwin dengan perempuan yang kaya raya. Mulan Wulan yang amat mencintai kekasihnya enggan menerima lelaki lain yang menawarkan cinta, masih dengan memori indah dengan kekasih yang amat dicintainya hingga Mulan Wulan melahirkan seorang anak lelaki.
Lelaki yang meninggalkannya sendirian, tidak dikurniakan cahayamata dan mahu merampas kembali anak Mulan Wulan yang dimaksudkan anaknya sendiri. Pertelingkahan ini tidak berkesudahan dan keengganan Mulan Wulan menyebabkan lelaki berkenaan cuba menawan hati Mulan Wulan kembali. Apa akhirnya sudah tentu Mulan Wulan tidak mahu kembali pada pangkuan nya dan menerima cinta yang ditawarkan oleh lelaki lain (yang mana adik kepada ister bekas kekasihnya).
Saya menitiskan airmata sepanjang menonton kisah tragis ini. Dan sehingga sekarang saya masih merasa kesakitan Mulan Wulan yang digambarkan dalam lagu ini.
No comments:
Post a Comment