image atas

image atas

Thursday, July 21, 2011

Akhirnya

Setelah melalui episode sentap (kemarin dan semalam) , hari ini saya rasa betul2 gembira. Sebabnya makluk yang menyebabkan saya depress tu cuti.. so tiada apa2 yang menganggu dibenak fikiran masa duduk menyiapkan kerja di pejabat.

Kalau tidak, saya buat discussion dengan staff lain dia nampak dan menggangap saya asyik mengaitkan dia sedangkan masa itu memang berbincang pasal kerja.

Pada saya, semua pihak ada salahnya. Ada egonya. Tapi kalau dicerita pada orang luar, persepsi orang luar berbeza dengan apa yang berlaku/terjadi.  So ada kemungkinan ada pihak lain yang cuba utk provokasi dan mengeruhkan lagi keadaan.

Memang kalau diikutkan sejak Isnin lagi saya dah perasan ada somebody yang bertindak 'talam dua muka lapis'.  Rasanya cerita dah habis lama tapi somebody ada berjumpa dengan 'DIA' dan kebetulan menceritakan hal2 yang lepas maka 'DIA' gunakan kesempatan itu utk memberontak dan bersemuka.

Saya tahu siapa 'talam dua muka lapis' berkenaan sebab melalui penceritaan watak2 yang DIA tak puashati langsung tidak 'talam dua muka lapis'.  Berulang-ulang kali DIA menafikan nama 'talam dua muka lapis' terlibat.  So assumption dah terang dan jelas.
Lepas saya berjumpa 'DIA2' yang dikatakan punca keretakan saya dengan 'DIA' yang kebetulan berjumpa utk memberi laporan yang saya minta, "DIA' menganggap saya masih bercakap mengenai isu 'DIA' dan tak lama kemudian 'DIA' memanggil 'DIA2' dan terang2an saya di bilik sebelah mendengar jeritan marah.

La rupanya masalah tak reda lagi pada hari Selasa.  Berlarutan pula hingga Rabu.  Harap2 DIA naik minggu depan masalah akan settle.

Buruk rupanya kalau lelaki dan lelaki bergaduh. Hmmmm

 

No comments:

Post a Comment