image atas

image atas

Sunday, July 3, 2011

Monday Blues

Tiap-tiap hari Isnin mesti rasa malehnye nak bangun pepagi.. almaklum le semalam kan dah cuti 2 hari.  Tapi tak bole jadi kang lambat bangun susah lak anak2, mana nak arrange diri sendiri.

Bangun gak kul 5.30 pagi nak kejutkan suami yang kena keje pagi.  Kadang-kala kesian juga kat dia, kerja pagi-petang tapi tak kaya-kaya.  he he .. keji tul si isteri asyik nak kaya je...Mesti le sapa tak nak kaya, semua orang nak kaya kan..kaya pengetahuan, kaya duit, kaya isteri, kaya harta ..so nak kaya kena maka sekaya derian, atau makan roti ngan kaya..hah terus kayappppp...

Semalam entertain mak n adik2 datang umah. Mula tu gi umah abang kat Senai, nak tengok anak sedara yang accident.. bas masuk gaung.. alhamdulillah tak de yang teruk, kalau tengok kondisi bas memang cam dah mati semua penumpang tapi Allah Maha Kaya (umm kaya lagi), selagi bukan masa utk diambil nyawa akan diberi peluang utk hidup lagi. So mungkin ada hikmah dan pengajaran kepada mereka yang mengalami dan kita disekelilingnya.

Tapi kalau tengok dari apparence nya anak sedara ku masih trauma, tambahan lagi kehilangan semua dokumen termasuk IC, phone, barang-barang peribadinya.  Mentaliti masyarakat kita kalau ada musibah dijadikan platform utk mengambil kesempatan.  Apa salahnya jumpa barang-barang penting dikembalikan kepada pemilik, jangan datang utk mengambil kesempatan.  Tapi polis pun ada silapnya.  Patut tempat kejadian dipantau supaya tiada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku, ni pun kecuaian juga di peringkat agensi yang menjaga keselamatan awam.

Lepas ziarah dia balik umah, biasa le lalu kat airport anak mesti suruh berhenti nyer utk beli famous amos. Semua dah ketagih benda ni.. sedap sangat.. raya nanti nak beli 8 kilo le utk juadah raya amacam gempak tak? Tak de nyer mahaii baik ku buat sendiri, walaupun tak sama sangat tapi cukup le nak kata ada biskut coklat. he... he...

Balik umah ingatkan nak ajak ramai-ramai makan kat luar... tapi semua dah kepenatan, especiallynya mak ku. Dah tua almost 70 tahun mesti tidak boleh menampung perjalanan jauh, dok lama sangat dalam kereta.. sampai umah terus nak baring je.. kesian mak ku.. dulu masa aku kecil tengok dia adalah orang yang hebat, semua bole buat.  Menganyam tikar mengkuang, buat minyak kelapa sendiri, buat opak-opak (utk dijual juga), bercucuk tanam utk dijual juga, tapi kudratnya sekarang dah tiada. Ni nak menitis airmata ni..Sayang Mak..

So utk makan malam, masing-masing tak nak makan nasi (dah pergi dua kenduri kahwin semua dah jemu makan nasi) so buat yang ringkas apa tu yg senang sangat mesti le mee maggi.. abis juga dikerjakan semua orang..makan ramai-ramai memang sedap..

Malam kul 9.30 malam semua nak balik ke umah masing-masing.. so kami anak beranak apa lagi, cam lipas kudung siapkan semua apa yang patut utk sekolah esok, jemur baju, itu ini, kul 10.30 malam semua dah nak tidur. Nyenyak tul tidur malam tadi, sedar2 kul 12.00 mlm dengar suami balik umah, bangun kejap tengok dia makan.. sembahyang sambung tidur lagi smpi le kul 5.30 pagi tadi...

No comments:

Post a Comment