image atas

image atas

Thursday, August 18, 2011

Iftar 18 Ramadhan

Salam ramadhan ke 18 , 12 days to go for hari raya festival.. BW ke rumah blogger semua tayang sekut raya.. macam2 ada red pearl, green pearl, london almond, tart nenas, biskut nestum, coco crunch banyak lagi le..

Tuan umah sini masih bz kerja... hr ni ada meeting ngan telco company utk isu servis/perkhidmatan talian yang dilanggan oleh sekolah...

habis meeting kul 5.30 ptg, bekerja balik umah utk prepare ke hotel utk majlis berbuka puasa.. last2 smpi umah memang tak sempat almost 6.45 pm, what to do...

So since terlalu lewat nak membeli so DH ajak makan luar.  Mana destinasi , tentulah Ali Cafe dah lama sangat DH ajak tapi tak pernah nak setuju.

Kalau kat sini menu semua western yang anak2 pilih utk DH mestilah nasi bryaninye..




 elco company

Wednesday, August 17, 2011

Iftar Ramadhan ke 17

Pejam celik, pejam celik dah hari ke 17 berpuasa... dah boleh kira ngan jari bila nyer nak raya.  Dengar radio pagi dan petang dalam kereta suma dah lagu raya berkumandang.. Hmm yahooo nak raya..

Pagi ni bangun pagi dah tak tahu nak masak apa.. ambil berkat sahur je le ye.. itu suma orang, saya tak boleh, kesiankan anak2... semua kena sekolah 7 - 6 petang hampir 12 jam so kena ambil breakfast gak as a sahur.. Kalau tak balik umah petang2 suma mengadu, perut pedih le.. tekak kering.. air liur dah tak ada..hmm masing2 dah besar tapi perangai kalah budak tadika..

Tengahari kat pejabat bersempena Hari Nuzul Al Quran, kami sepakat nak habiskan juzuk bacaan yang dikhaskan bagi sektor kami ayat al-Maidah (1 -120) bahagi sama banyak utk 18 orang staff . So alhamdullillah settle.. ghupenya staff saya mengaji memang sedap sangat.. baguih..baguih..

Adik lelaki saya yg duduk dengan mak telefon kata nak datang ke umah minta saya jadi gurantor dia utk pinjaman kereta.. So datang utk makan berbuka sekali ye..

Saya berangan utk masak nasi lemak, sambal udang dan buat pengat sikit. Puding marble 2 hari lepas masih elok dok dlm peti ais..

Habis je majlis pelancaran Tele Sidang di STF dalam pukul 4.40 saya terus balik umah.  Kat umah walah ghupenya DH dah beli.  Yang herannya beranika jenis kuih, makanan, air.. Rasanya lebih 30 hinggit kot dia beli.. Ada yong taufu (sup), ayam masak merah, kuih badak berendam, ketayap, koci, cucur udang, air tebu dan murtabak.

Banyak dah dia beli.. so saya cuma masak nasi lemak je ngan buat air panas teh O dan air epal ja la.. Nasib baik ada orang datang makan. Kalau tak mahu ku debik dia satu das..membazir ja..ni nak jadi kawan setan ka??

Selamat nasi lemak saya nampaknya memang sedap kot, masing-masing makan dengan lajunya.  Ada baki so saya hangatkan utk makan sahur la pulak.. Senang kan saya..

Tuesday, August 16, 2011

Iftar Ramadhan 16

Oleh kerana hari ini kerja so apa-apa hal concentrate dulu hal opis.  Ada meeting tapi nak excuses sebabnya isu yg bakal dibincangkan tak berkaitan dgn aku so no hal kalau saya tak ada, yg penting unit yang bermasalah tu kena buat settlement dulu.

Rasa mengantuk sepanjang hari kat opis - ni penangan semalam kot - terlebih rajin sangat. Itu ini, itu ini akhirnya sampai gak kul 5.00 petang, time yang ditunggu2 so apa lagi marathon terus balik kuar opis kul 5.15 pm.

Teringat anak kata nak makan ikan goreng , so merayau kejap kat Kip Mart utk cari ikan, tapi tak de yang berkenan, kerisi tak ada kembung pun tak segar..maleh so beli ikan utk kucing-kucing kat umah pastu nampak ketam beli 5 ekor..kecik2 je tapi dah RM 10.00..mahai tau!!
Merayau lagi tengok ada bebola daging sambar terus dan beli mee kuning hajat hati nak buat bakso lah...

Balik umah jengah jam wah dah 6.15 ghupenya, gi es box tengok daging yg dah letak kat bawah dah lembut tak beku lagi.  So capai je.. potong lebih kurang, basuh dan tenggek kat dapur.. letak bawang putih ngan halia tinggal utk solat dulu.

Habis solat capai baju kotor masuk washing machine.  Sambung masak semula. Siap gak kul 7.05 mlm utk hidang.  Saya kerah semua pekerja sementara (anak-anak ku) buat air panas.  Kali ni tak de air sejuk semua dah pakat batuk2 dan selsema.  Nak ais banyak ais krim Malaysia kat peti tu..ada bubur kacang, air milo, air tropika. Ni kes baki air berbuka dan sahur yang tak habis saya packing dalam plastik panjang..

Hidangan saya berbuka puasa mee bakso, bubur som-som (beli), puding marble (leftover semalam), karipap segera dan cucur udang (beli), air teh O (panas).  Alhamdullillah selamat semua makan dengan jayanya.

Iftar 15 ramadhan

Bangun pagi alamak dah hampir tersasar lak dah kul 4.20 pagi.  Nasib baik nasi dan daging goreng malam tadi dah siapkan sebelum tidur kalau tak apa nak makan oleh DH dan anak2ku.

saya cuma tambah sayur je utk hidangan sahur, sambil itu saya buat jemput-jemput ikan bilis n potong buah.  Ringkas kan sahur saya sekeluarga.

Isnin semalam saya cuti saja ambil cuti sehari. Hajat hati nak gi bank settlekan bil tertunggak n transfer duit hmm cuai betul saya semalam, ada ke gi bank tak bawak buku, nak keluarkan banyak lak tu..

So saya ambil keputusan terus gi Kedai Bakery kat Perling mana lagi kat Perling Indah le... Amboii mak macam2 ada, semua ada.. tapi yang sedihnya semua tak berlebel halal al toyibban.
Sebelum keluar rumah saya BW ke umah kak masam manis tu.. wa cakap lu meriah umahnya dengan sekut2 raya.. mengancam iman habis.. Siap dia rekeman kedai ni..Ni yg datang ni..

Saya cuma nak beli tepung rose dan terap sekut tat (yg ada love2) sahaja ye.. tapi sampai kat situ agaknye le iman tinggal kat kereta banyak barang lak terambil..oppss tak sanggup nak tengok bil hah kau..dah le kau datang sendiri pandai2 le bayar le.. DH tak de..hmmm

Balik umah dengan berkobar2 nya saya mengayak tepung, gula aising, tepung jagung.  Sebelum tu mentega memang dah keluarkan..nengok balik dah lembut.  So sukat lebih kurang saya campur bahan2 ikut step kak masam manis.. saya adun..walah anak2 ku dah balik skool lak.  Hish jangan nyebuk..jgn kacau.. tak kira nak kacau gak. Okey nak kacau kakak ambil tugas isi inti je adik jangan sentuh..siap gi skool agama.. Tup..tup keluar le tat nenas. Hmm melompat kelangit tengok tat saya ..cantik tergoda tul.. (ni masuk bakul angkat sendiri ni) okeylah tak de le setaraf blogger lain sebab kali ke 4 buat kuih sendiri..

Petang dah janji ngan adik nak ambil rambutan kat umahnya. La tak kan datang tangan kosong apa lagi mulai kul 3 petang je saya masak ayam masak merah, nasi arab (last2 jadi nasi hujan panas), buat sup ayam, buat gak puding marble..

Okey kul 6.15 dah siap semua boleh packing hantar kat umah adik ku.

Petang berbuka satu keluarga, this week DH ada kat umah. Tengok semua makan penuh semangat.. nampaknya sedap kot.. 




Benda yang sama ku ulang utk menu sahur.. tak kira suami pun makan bertambah masa pagi.. Sedap sangat le tu. Ayam masak merah kegemaran anak2 pun licin. Alhamdullillah..

Iftar 14 ramadhan

Hari Ahad saya bangun macam biasa kul 4.10 pagi.  Saya cuma panaskan leftover kari ayam semalam n tambah lauk sikit seperti sambal jawa (tempe, ikan bilis dan kacang) digoreng garing dan pedas, manis.  Tak lupa juga appetizer ikan kering gelama goreng tabur dengan bawang dan lada goreng sikit. Hmmm bole le utk alas perut.  Anak-anak makan nasi ngan kari serta sambal jawa je..

Sebelah pagi suami gi servis kereta nak pasang tinted pada kereta MPV Wish. so saya suruh anak mengulang kaji pelajaran almaklum le Isnin - Rabu ni semua periksa penggal.  Tak sampai tengahari semua padam - membuta.  Saya siapkan jahitan bantal besar, sekadar tambah kekabu sebab bantal tu meleper je..

Petang selepas DH gi kerja, saya ajak anak2 gi jalan2. Melonjak sakan si kakak.  Hari itu cuaca mendung, hujan gerimis so saya cuma gi mall yang paling dekat - Carrefour. Hajat hati nak beli Dynamo - murah beb RM 18.90 n buttercup - RM2.79. Tapi sampai sana tau2 je le jadi banyak lak membeli - melayang duit ku RM 200.00.

Sambil tu gi juga Bestmart sebab nak beli makanan kesihatan ku - rasanya badan semua lemah longlai. Kat sana ada bazar terus terfikir tak payah masak le - Kakak request roti sambal n donut.  Nampak rojak asma si kakak pun nak juga.  Si kecik panda pulak tu tak mengorder pun. Tapi lalu kat tempat jual beg siap mengendeng nak beg utk bawak sekolah.. Kau ni anak ooii orang nak beli baju raya bukan beg sekolah.  Tak paham tu di kecik ni.. macam2.

Balik umah masih awal jam 6.15, so saya cuma masak bubur putih je makan ngan sambal jawa yg masih berbaki serta telur mayang halus.  Saya juga tambah bubur putih dengan kiub ayam memang nyaman lalu tekak masa berbuka..sedap sangat le .. saya rasa berbuka dengan bubur ni memang terbaekkk le..

menu iftar ramadan ke 15

Hari isnin 15 ramadhan saya ambil cuti.  dah lama tak cuti tengok cuti pun masih berbaki 44 hari utk tahun ni 35 + 9 hari tahun lepas punya.. lagipun badan saya rasa berbisa sepanjang masa, di tempat kerja amat terasa, dah balik rumah tak de rasa sangat sebab nak melayan tekak anak so kena buang rasa sakit jauh-jauh.  Malam lepas berbuka je terus mengantuk sangat, walhal saya pada minggu berkenaan diperintahkan cuti puasa..

Hari sabtu saya minta izin dengan suami nak balik kampung.. sebabnya nak ambil Bread Maker. Saya order melalui adik ipar yang ahli Cosway, tengok katalog Cosway hari tu terus berkenan nak beli.  Sebabnya selalu tengok blog kawan2 banyak pulak roti yang dibuat sendiri. Pelbagai rasa, warna, fesyen dan jenis.  Semuanya menarik naluri saya utk memiliki Bread Maker.  Kebetulan saya menerima tunggakan elaun selama 3 tahun, mencapai RM 23,000 semuanya. So ambil portion sket utk beli Bread Maker, RM2000 adik pinjam yang lainnya saya nak SIMPAN..

Balik umah mak siap2 saya beli ayam, kelapa dan sago.  Saya plan masak kat kampung n bawa balik utk berbuka kat umah sendiri. Nak tidur umah mak bole tapi kesiankan DH yg bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, tiada siapa yang bole preparedkan dia sahur.

Saya buat roti jala n kari ayam. Sambil tu saya buat juga sago rendang..ala kuih yang ada gula melaka kat dalam bungkus daun pisang tu.. memang sedap kebetulan lak sago tu just nice lembut dan kembang dalam daun. Makan sampai sahur pun masih lembut. Hmm masih terasa kesedapannya hingga kini.. (wehh puasa wei)

Balik dr umah mak kul 6.00 petang, nasib baik enko sampai umah just nice je.. 10 minit lagi berbuka..

Malam melantak lagi menyiapkan kerja tertangguh bersilat sakan membasuh baju, melipat kain sebabnya esok nak gi meronda supermarket. Itulah agenda saya dengan anak2 perempuan ku sebagai protes kat DH sebab dia gi kerja. 

Alhamdullillah kenyang perut seh.. makan roti jala, cuma anak ku tanya ehh mama ni je menu berbuka... okeylah tu nak oiii ,. tengok orang kat afrika semua berpuasa 7x30x365.

Friday, August 12, 2011

cara mudah utk senang

Sejak akhir2 ini semasa BW ke blog rakan2,  saya banyak membaca mengenai sindiket penipuan yang dilakukan oleh peminta sedekah asing yang berkeliaran di pasar ramadhan.

Rupa-rupanya mereka ini bukannya orang Muslim tetapi menyamar menjadi muslim utk meraih simpati orang Islam yang sedang mencari peluang utk menderma sebagai amal jariah.   Rasanya sepanjang saya berkunjung ke Pasar Malam di taman saya, memang ramai golongan ini.  Ada yang kakinya kudung, tak de tangan, cacat anggota tubuh badan, tapi memang tak pernah nampak pula orang buta kat sini.   Setakat ini memang ada bersedekah tapi tak le banyak sangat, sebab saya rela bersedekah kepada golongan yang saya memang nampak kesusahannya.

Rupanya kalau rakan2 baca di blog Mazidul, nampaknya kita semua ni tertipu.  Mereka ni bukannya orang2 yang betul tidak MAMPU utk bekerja, tetapi golongan yang pandai berlaku utk mengambil peluang di atas kebaikan rakyat Malaysia.  Masyallah, teruk betul mereka kan.  Tapi apa hal jangan serik utk menderma dan bersedekah kerana insyallah ganjarannya amat besar di akhirat kelak.





9 Ramadhan - 12 Ramadhan

Menu bersahur tiap2 hari memang simple tak de best sangat.  Semua dah tak ada mood nak makan sahur.  Bangun pagi setakat utk makan sebagai alas perut je..

Utk berbuka pun sama, saya agak sibuk lately so makan berbuka banyak membeli dari memasak. Seingat saya sekali ja saya memasak iaitu pada hari Rabu itupun masak mee hoon goreng je.. kuih semua saya beli, tambahan anak2 manja sangat asyik suruh mamanya fetch dia balik dari sekolah agama.  Najwa balik sekolah agama kul 6.00 so sampai umah itu ini kul 6.20 baru nak masak memang tak sempat.

So utk hari Khamis saya beli nasi lemak di pasar malam, kuih muih pun sama.  Hari Jumaat anak2 minta Mc Donald sbg hidangan berbuka..yang ni lagi mudah.  Apa-apa sahaje le ye yg penting ada makanan nak dimakan.

Monday, August 8, 2011

8 Ramadhan

8 Ogos bersamaan dengan 8 Ramadhan. Amat senang nak ingat utk kira raya.. he..he..
Hari berkerja so set kat otak sebelum tidur dan bangun pun terus ingat hari ini hari bekerja. Makanan mesti mengenyangkan utk anak-anak aktif disekolah.

Oleh kerana semalam tak masak, so malam2 spt biasa saya siap masak nasi dulu, at least pagi tak gopoh sangat, sebab kadang kala tak jangka boleh bangun awal.  Sebelah malam juga dah siap keluarkan ayam, potong kecil-kecil dan letak garam dan kunyit.  Masuk balik dalam peti ais.  So pagi cuma goreng lembap2 utk masak paprik.  Paling mudah resepi ini sebab semua sayur dan lauk satu kali masak.  Saya juga panaskan bubur kacang durian utk dicecah dengan roti.  Hajat hati nak buat sandwich tuna, tapi tengok tuna dah berkulat, so kucing saya yang makan.

Saya sediakan kudapan juga coco crunch dan cornflakes utk anak makan, nampaknya masing2 agaknya masih kenyang makan berbuka semalam, semua tak dimakan.

Lepas sahur sahaja mengurus anaknyer buku skrap yang masih tak siap.  Muka surat masih tak cukup 100, isi kandungan tak buat lagi.  Saya layari laman web Agensi Dadah Kebangsaan utk dapatkan statistik penagihan dadah sebelum ini jumpa yang tahun 2008, rupa-rupanya ada laporan terkini Oktober 2010, rasa menyesal dan terkilan sangat.  Cammana tak jumpa minggu lepas masa buat esei utk pertandingan yang anak masuk.

Buat kerja-kerja touching terakhir yang mana siap kul 7.10 pagi dan dibawa anak ke sekolah.  DH menghantar anak ke sekolah manakala saya mula bersiap ke pejabat.  Kul 7.24 pg baru jalan dan sampai pun lewat sangat kul 8.07 pagi. Nampaknya merah le attendance saya pada bulan ini (nasib baik cuma sekali ja).

Kat opis macam biasa semua kerja kena beres awal, buat perbincangan mengenai perolehan yang dikemukakan oleh Unit Perolehan berkaitan bilik SAL dan bilik khas bangunan baru dan tambahan.  Minggu lepas perolehan bagi bilik SAL tidak diluluskan sebab dibawah bidang P&P, saya cuma jaga P&T. Pelik tu kat kementerian ini diasingkan bahagian yg menguruskan P&P dan P&T walhal pada peralatan yang sama.  tak bole komen disini.

Saya dan pegawai bawahan juga berbincang mengenai Pelan Strategik sektor untuk dimasukkan dalam ISP Jabatan.  Amat sukar sebab masing2 tak faham area dan isu yang boleh difikirkan utk dirancang dalam tempoh 3 tahun.  Kementerian pun nampaknya ISP tak ada so amat sukar nak selaraskan ISP jabatan.  ISP Mampu saya gunakan sebagai sandaran.

Petang anak telefon memaklumkan dia balik lambat stay utk siapkan buku skrap dan juga stay duduk kat perpustakaan. Saya amat risau khuatir dia cakap lain, tapi buat lain.  Harap-harap dia jujur pada diri sendiri dan Allah.  Saya berjanji utk ambil dia balik dalam kul 5.00 petang.  Kerja masih banyak dan saya ambil keputusan utk tangguh sedikit kerja dan terus balik sharp kul 5.00 ptg utk fetch anak kat sekolah.  Jalan jem juga tapi alhamdullillah saya sempat sampai kul 5.25 ptg.  Ambil anak sulung dan terus balik utk masak.

Untuk berbuka saya masak bubur lambuk (amat sukar nak cari bubur lambuk yang dibuat oleh surau dan percuma), sebab yang percuma biasanya sedap. Hmmm..

Saya juga panaskan bubur kacang, saya campur lagi santan sikit utk cairkannya.  Disamping itu saya pek ke tiub plastik panjang utk dibekukan jadi ais malaysia.  Semalam mak saya bawa sebiji cempedak dari kampung, baunya menyusuk hidung. Hmm harum betul.  Say agoreng dalam 13 ulas utk juadah berbuka.  Oleh kerana tinggal kami 3 beranak je berbuka, tak jadi hal..anak saya makan tanpa banyak komen.  Sedap kata mereka (tak tahu jujur ke setakat nak ambik hati mamanya).  So juadah kami semua bubur..bubur lambuk dan bubur kacang durian..hmm jadilah.

Anak yang bungsu pula bz ngan buku skrap kajian tempatan.  Saya tak pasti anak saya yang ni pun jenis last minit, berbeza betul perangainya masa kecil dengan sekarang.  Dulu kalau kerja tak siap melalak, la ni tak siap pun buat muka selamba ja, rasa cam nak rotan je.  Berbuku hati.  Dah le last minit, menekik2 minta tolong, dah tolong bukan nak dengan pendapat kita, ikut suka dia ja.

Kul 10.00 malam saya mengantuk sangat.. tak nyempat2 terus tertidur.  Alamak saya kena bekerja keras esok utk settlekan kerja2 rumah yang masih tertangguh.






7 Ramadhan

Oleh kerana semalam berbuka diluar maka saya kena masak untuk bersahur. Pagi Ahad saya bangun lebih awal dari biasa, kelentang kelentung bunyi dapur saya.  Nasib baik nasi dah saya masak malam so tak le remeh sangat.  Saya dah cakap dengan DH dan anak2 menu sahur paling simple, telur goreng dadar, goreng ikan bilis dengan bawang dan masak sayur lemak pucuk paku dengan keledak (pun saya siapkan malam).

Untuk kudapan saya tak buat apa2, anak saya meminta emping jagung (cornflakes) makan dengan air soya (ni cuma kat rumah saya je yang buat) orang lain mesti tak buat..

Tengahari masih bekerja keras membantu menyiapkan kerja buku skrap anak saya.  Mencetak, mengunting, menampal dan sebagainya.  Tengahari adik sms kata nak berbuka puasa dirumah saya..hmm baru berkira-kira nak masak. nasib baik bagi tau dulu boleh masak banyak sikit.

Menu cadangan saya ialah Nasi Arab dah survey dalam blog Dr Rahani nampak sedap.. Ayam masak merah (favourite anak2) dan buat acar jelantah sedikit.  Saya terus ke dapur masak kacang hijau, hajat hati buat bubur durian..

DH yang balik kul 3.50 petang (tengok rajin sungguh suami hamba, ahad pun kerja), terus tanya nak balik kampung utk berbuka puasa.  Alamak hati saya berbunga2, tapi tengok anak ku yang tak siap kerja terus jadi layu.  Mana mungkin nak balik, cam mana dengan kerja anak saya.. Terus bincang dengan DH, so keputusannya minta orang kampung datang ke rumah, kita ajak makan kat luar.  Bijak tak saya.. nak masak bole tapi kesian dengan anak yang dah buntu fikiran so kena tolong juga.

DH telefon birasnya dan meminta birasnya datang kerumah.. siap janji dia belanja makan.. Hmm ... tak tahu le apa angin baik betul dia hari ini...hari gaji semalam, patut le baik betul (tapi sememangnya DH saya memang tak kedekut orangnya..tak macam saya..RM10 pun saya kira tau).

Dalam pukul 5.30 petang my mum, adik dan familynya datang ke rumah.. duduk sekejap kul 6.40 petang bertolak terus ke mana ye.. kali ini saya pilih yang murah sikit.. Restoren Malay Village.  Kadarnya RM29.90 (adult) manakala 15.90 utk kanak2.  Makanan tengok agak sikit.. tak pelbagai sangat..almaklum le setaraf le dengan hargakan.  Saya ambil nasi putih lauknya lemak batang keladi dengan siput sedut, ayam percik, isi ikan sweet sour, dan sambal goreng.  Ambil juga ABC, pengat cha-cha, appietizer spt salad, kerabu mangga dan pencuk.  Bole le sedap juga masakan disini, cuma kuantiti makanannya tak banyak sangat.

Yang pelik kat situ keropok yang kat rumah tak nak makan boleh nak makan..pelik2. 

Selamat saya berbuka walaupun tak puasa hari itu.. hmm rezeki tak patut tolak. Layan gambar Malay Village







Sunday, August 7, 2011

6 Ramadhan

Untuk pagi Sabtu saya rasa happy almaklum le leftover nasi lemak semalam masih berbaki banyak, so saya perlu panaskan sahaja dan goreng ayam sahaja utk menu sahur.  Semalam punya serawa durian masih ada so saya hanya buatkan lempeng sahaja utk makan cicah serawa durian.

Lepas bersahur oleh kerana saya tidak solat saya melelapkan mata sekejap.  Sambil-sambil itu saya tengok jam, almaklum le setiap hari Sabtu, anak sulungku kena attend sekolah agama darjah Khas.  Utk orang Johor mesti maklum Darjah Khas, tak pasti pula negeri2 lain.

Saya bangun almost 7.20 pagi, saya tengok anak saya sedang bersiap sendiri, mengosok baju sekolahnya dan mengemaskan buku masuk ke dalam begnya.  Saya keluarkan baju yang dah dibasuk semalaman dan letak dimuka pintu.  Pukul 7.55 pagi saya start kete untuk menghantar anak ke sekolah.  Anak yang sorang lagi tak nak ikut rela tidur, so saya kunci semua pintu.

Balik rumah terus cuci rumah kucing..hmm bau busuk menusuk hidung, 4 ekor anak kucing yang masih menyusu dengan ibunya.. so bayangkan lah najisnya...Selesai semua saya menjemur baju dan masuk mengemas rumah sedikit, mop mana2 yang nampak je..

Petang ambil anak cam biasa kul 1.00 petang dan balik rumah menyambung menonton cerita hindustan TV 2- cerita kelakar.. terus lelap.  Pukul 4 suami balik kerja, saya telah keluarkan semua bahan utk masak juadah berbuka puasa, tapi suami mencadangkan untuk berbuka diluar.  Anak2 saya apa lagi memujuk saya untuk memilih tempat.. akhirnya saya mencadangkan makan dihotel Goodhope paling dekat dengan rumah le.. so senang sedikit.  Harganya pun boleh le antara hotel yang paling murah M 45.00 (dewasa) manakala kanak2 RM 25.

So pergi ke sana dalam kul 6.50 petang dan tepat sampai sana 2 minit kemudian azan magrib bermula.  Hmm tepat betul perancangan perjalanan saya.. oleh kerana booking awal maka tempat pun telah direzabkan.  Saya mengambil semua jenis sup dan pengat.. ni favourite saya termasuk bubur lambuk dan sup cendawan.  Anak2 saya malau2 nak ambil, so saya lah yang berulang2 kali mengambil makanan, makan pun tak sangat.. Tapi cukup banyak hidangan termasuk seafood grill dan makanan kampung,  Dessert, kuih muih dan buah-buahan pun banyak.

Perut pun kenyang...Alhamdullilah

Ramadhan ke 5

Untuk hari ini ubah tajuk sikit.. sebabnya semua blog orang lain kata cam tu .. i nyer bahasa kampung je.( ada orang tanye ke?)

Untuk ramadhan ke 5 ni masih tetap kekal keinginan dan iman masak di rumah.  DH siap offer makan kat luar tak nak le..susah nak sembahyang le.. So utk bersahur makan simple-simple je.. setakat telur asin, masak ayam goreng dan goreng sayur sapa2 pun boleh buat..

Untuk berbuka Jumaat lepas, balik rumah terasa sangat rajin.. terus masak nasi lemak dan set lengkapnya, buat juga kudapan serawa pulut dengan durian.  Alhamdullilah masa azan magrib berkumandangan saya sedang mencedok sambal tumis, anak saya mengopek telur rebus manakala hidangan air sejuk dan air panas telah siap sepenuhnya.  Saya hanya sempat meneguk air panas dan terus ke bilik air untuk mandi..apataknya selepas bersilat dari kul 6.16 petang direct ke 7.16 ptg baru selesai kerja saya memang berpeluh dan rimas. 

Anak 2 makan dengan begitu teruja, masing-masing berpuashati dengan tekstur nasi, rasanya yang lemak dan wangi bau halba.  Sambal pun tak pedas sangat tu yang menepati selera anak2.  Untuk kali ini saya gunakan beras basmathi dan santan baru memanglah sedap.  Malamnya saya mengajak DH ke Kipmart utk membeli bawang..rupanya bawang dah habis..beli juga beberapa keperluan lain yg perlu ditambah.  Balik rumah ingatkan bole berterawih rupanya bocor.. hmm nasib baik sempat habiskan puasa sehari.

Malam membantu anak menyiapkan kerja sekolahnya..buat buku skrap untuk pertandingan Pencegahan Dadah. Hmm kena buat 100 muka surat..mana nak cekau maklumat dan bahan..melampau betul anak ku.. dah nak hantar baru sebut kat kita ...tengok rupanya dia tak buat apa..

So bagi arahan padanya utk cari bahan, mamanya akan membantu membuat jalan cerita sahaja. 2 days to submit, saya mengingatkan dia untuk dia menjadualkan dirinya sendiri.

Friday, August 5, 2011

4th puasa

Hari ni bangun dengan rasa refresh sebabnya malam tadi melepak sampai solat terawih pun tak larat nak buat.  Lepas buka puasa, masak nasi dan masuk baju dalam mesin terus baring dan terlelap.  Sedar2 dah kul 10.00 mlm, bangun keluarkan baju n pesan kat DH utk bantu sidaikan.

Terus lelap lagi sampai kul 2.00 pagi baru sembahyang isyak.  Teruk betul penangan letih bulan puasa.  Bangun pagi baru terpikir nak masak apa? Ahh buat yang senang aje le.. Goreng ikan, masak telur kicap, sayur goreng sikit then tu pengat buka puasa semalam dan roti pun ada lagi.  Belasah je makan.  Anak2 pun kalau pagi memang tak makan banyak.

Kat pejabat masih banyak kerja belum buat, nak tak nak settle dulu hantar mel kpd HQ utk maklumkan finalist pertandingan.  Kejarkan sekolah semua.  Sepagi pula ada meeting di pejabat sampai kul 1.30 ptg so memang bz sket tu yg tak sempat nak update blog.

Berita paling gembira akhirnya dapat juga aku beli tudung ctredzuan.com.  bulan ni sahaja dah habis 155 utk beli tudung tu belum kira beli baju ahad lepas. Hmmm parah betul kalau selalu cam ni.

Thursday, August 4, 2011

3rd day puasa

Rabu - 3 Ogos 2011

Bangun pagi dalam keadaan mamai, tengok jam baru kul 4.00 pagi.  Terus bangun dan bersihkan diri ala kadar terus ke dapur.  Nasib baik dah masak nasi malam so tak de kecoh sangat.  Plan sahur dah bincang malam tadi dengan suami dan anak2, mama akan masak nasi goreng.  No bargain anymore. Sebabnya dah penat masak bagai2 tapi anak sahur dalam kuantiti yang kecil.

So prepare nasi goreng cili padi, dadar telur dan goreng kentang wedges serta nugget ayam.  Tengok jam ada lagi masa ambil roti buat roti john sikit untuk anak. Then tu bancuh milo.  Dah siap semua baru kejut anak2 dan DH bangun.

Kat opis agak sibuk utk penilaian bahan pertandingan.  Hmm anak ku punya penyertaan terus kena out awal2 tak kreatif sangat.  Hanya 3 SR terpilih tetapi kena contact semua guru2 balik utk dimurnikan semula.  Petang pulak sibuk dengan kerja-kerja opis dan menghubungi sekolah Menengah utk penambahbaikan.  Kebanyakkan sekolah tak nak masuk kot sebab tak pandai nak buat, tak de masa ..dll

Balik sharp kul 5.10 ptg terus sheck out.  Agak bernasib baik traffic tak de jem sangat tapi masih boleh speed 60kmph (ni paling laju kat jalan skudai selalunya 20 kmph je).  Kat rumah terus capai kueh tew baki semalam - buat kueh tey goreng udang.  Lain-lain tak de sangat cuma buat pengat biji nangka n buat onde2 aka kuih bom (hijau yang gaul kelapa parut).  Buat air teh O panas n air bandung..

Alhamdullillah budak2 dua orang tu memang melantak habis.  Si adik siap menambah2 kueh tew gorengnya.  DH je yg tak berapa nak makan..perut dah masuk angin le tu.  Apa taknya belum makan dan hisap rokok mana tak masuk angin / asap rokok. 

Lepas magrib masing2 melantak lagi durian..hmm tak sudah2..

Wednesday, August 3, 2011

2nd puasa

Hari Selasa lepas adalah hr kedua berpuasa.  Sepanjang minggu ini saya rasa sedikit gembira dan teruja sebab dapat bersahur dan berbuka puasa bersama suami, minggu depan tinggal kami 3 beranak je berbuka.  So saya berharap sepanjang minggu ini saya dapat menyediakan juadah berbuka puasa dengan berkualiti. 

Menu bersahur saya buat yang paling mudah je.. apa dia kari ayam leftover makan roti jala ada lagi so tinggal tambah lauk sikit dan goreng sayur je.  Utk anak2 saya tambah juga menu mudah roti yang disapu dengan mayonis..

Utk hari kedua mula kerja bagi minggu ini, balik rumah tengok jam dah hampiri 6.15 petang.  So kena masak dengan gaya carlie chaplin.  So saya ambil keputusan memasak yang paling mudah - kuew tey bebola ikan sop.  Saya letak sawi jeruk, pecahkan telur dan letak sedikit sayur dan kiub ayam serta udang.  Saya goreng juga frozen samosa (inti kentang) dan buat roti bersosej.  Potong buah tembikai dan tabur asam. Anak ku Najwa makan sup sikit je.. mungkin tak kena dengan seleranya.  Yang lain makan dengan laju je apatah lagi ditambah dengan sambal kicap pedas.. dah tak tengok kiri kanan lagi..

Alhamdullilah rezeki berbuka dapat dihabiskan dengan lancarnya.  Berbaki sedikit saya tinggal utk sembahyang terawih dan tengok balik suami rupanya dah habiskan.  So tak de le membazir utk hari itu. syukur saya.

Mood Merdeka dalam puasa

Tahun ini sambutan bulan kemerdekaan telah berlangsung tetapi dalam mood yang tidak hebat almaklum le tak de function makan2.. etc..Kat Malaysia ni ada majlis sikit, jamuan kena banyak.. hu.. hu

Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, tema Hari Kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 adalah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” manakala tema untuk hari kemerdekaan tahun lepas adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi”.

Selamat Merdeka..

Monday, August 1, 2011

menu berbuka dan sahur

nak tayang menu berbuka sepanjang bulan ramadhan yang direquest oleh anak2 dan diadjust oleh tukang masak.

Isnin
Sahur - Nasi putih, Ikan kicap, Sambal goreng, sayur air
Buka - roti jala, kuih

Selasa
Nasi putih, kari ayam, sayur goreng,
Buka - kueh tew sop, kuih

Rabu
Nasi goreng, ayam goreng, sup tulang
Buka - kueh tew hailam, kuih

Khamis
Nasi putih,  daging goreng/paprik, sup sayur
Buka - mee rebus, kuih

Jumaat
Nasi putih, ayam percik, sayur
Buka - meehoon bandung, kuih

Sabtu
Nasi putih, ikan masam manis, sayur sup
Buka - roti john, kuih

Ahad
Nasi putih, ayam lemak kuning, sayur goreng

Buka - kueh tew goreng, kuih

Nampak gayanye hari Isnin nyer menu dah bertukar ngan hari Ahad so kena adjust semula..

1 hari Puasa

Semalam merupakan hari pertama semua rakyat Malaysia beragama Islam berpuasa.  Oleh kerana Johor cuti umum, so sepanjang hari pertama dok kat umah. Anak-anak tak de mood nak jalan, masing2 melepek ja.. Kul 12 dah pedih perut si kakak mengadu.. Alahai anak dara ku yg kuat makan ni, kesian dia.  Si adik relak ja tapi setiap kali dia ke dapur kena follow walaupun dah 10 tahun tak leh percaya.. takut lupa, buka peti ais terus minum. 

Kul 12.00 dah start plan nak masak apa. Apa taknya kawan lama yg skrg di Kelate ym.. dah kaya dia la ni jd tauke minyak sendiri.  Bercerita bab keluarga, hobi, bisnes semua dalam 2 jam baru off.  Moga teman ku Elina sentiasa sihat, dirahmati Allah dan kekal menjadi kawanku sampai bila2. Saya amat mengkagumi beliau.. pandai memasak, menjahit, masa satu ofis tahun 1999 dulu selalu rujuk dia bab jahit baju, langsir..ah terlalu manis kenangan itu. Dengan penuh tekad dia mengambil keputusan berhenti kerja utk mengurus perniagaan sendiri.  Alhamdullilah dia sekarang dah berjaya dalam bisnesnya.

Keluarkan ayam, kelapa kul 4.00 dah start masak. Masak apa?? Kari ayam utk dicecah ngan roti jala, goreng mee hoon (kicap) anak request, buat puding roti daging, air apple segar. Hmm memang mengujakan. Tepat kul 6.15 mnt semua dah siap.  Packing sket utk hubby hantar ke rumah adik.  La lepas 20 minit boleh balik dengan kari yang dah tumpah. La kesiannya adik ku tak dapat nak merasa akunyer masakan. Apalah suami dan anak2 ku buat dalam perjalanan.

Tengok 2 anak dara ku berbuka puasa amat mengejutkan .. si adik boleh makan roti jala 10 keping, si kakak lak semua makanan dihidang semua dimakan. Kul 8 mlm baru masing2 nak bersiap utk maghrib.. buruk tul melantak masing2 almaklum le hari pertama puasa...

Alhamdullilah dapat juga buat terawih sendirian dirumah utk hari kedua malam tadi.. moga2 ada cukup tenaga utk ibadat esok lak..