Tetapi saya ada mencari maklumat berkaitan sakit dada dan saya rasa terkejut ianya selalu dikaitkan dengan penyakit jantung. Kalau ikut sejarah saya memang ada penyakit ini semasa berumur 11 tahun. Dan disebabakan penyakit ini juga saya kena berulang alik ke Hospital P. Masa ini jelas nampak pengorbanan mak dan keluarga saya .. sebabnya hanya mak dan saya je yg akan pergi ke Hospital, adik-adik kena tinggal kat rumah, dan yang sekolah kena sekolah macam biasa.
Bayangkan dalam kesukaran hidup pada masa ini, wang adalah penting utk digunakan untuk rawatan, dan saya bersyukur atas pengorbannan semua ahli keluarga saya. Tak terbalas terutamanya jasa mak dan bapak.
Rawatan saya hanya makan ubah dan oleh kerana tiada doktor pakar di Hospital P, maka doktor Dari JB akan datang pada tarikh-tarikh tertentu, so appointment dah buat tapi setiap kali datang mesti doktor pakarnya tiada - sibuk menguruskan pembedahan sehingga ke satu tahap keluarga saya fed-up, lalu tidak meneruskan rawatan yang ditetapkan. Saya apa lagi mestilah suka - sebab tak perlu ambik cuti utk kehospital, kedua tidak perlu makan ubat. Yabeda bedooo...
Tapi tulah sejak dua menjak ni saya rasa khuatir sekiranya memang betul saya berpenyakit jantung so terfikir saya adakah saya ada diberi peluang utk hidup lama. Terfikir dapat ke tidak saya tengok anak-anak saya berjaya, mencapai hajat yg saya dah rancang dengan keluarga.. hiskkk.. dah le tak nak cerita.
So mulai hari ini saya akan menjalani gaya hidup yang sihat. Kena selalu exercise utk biasakan jantung beroperasi dengan baik, kurangkan makanan berlemak dan kurangkan kolesterol. So benda yang sama nak apply kat keluarga. No more KFC, MCD, Pizza etc..
Ada berani tak nak cakap kat anak2.. Bulatkan azam dan tekad ..

bole baca di sini utk maklumat lanjut http://intim.wordpress.com/2008/03/22/pelbagai-punca-sakit-dada/
No comments:
Post a Comment