Pagi
Hari ini hati saya berbunga-bunga riang. Kenapa? Ada apa?
Saya buka mel pagi ni dr Samsung Galaxy Tab tepat jam 6.45 pagi - tu dia berderet2 ucapan tahniah dari rakan-rakan. Bukan ucapan tahniah panjang umur yg saya sambut setiap 10 Jun tapi...
Sy rasa amat bertuah dan Allah mengabulkan doa saya yang saya panjat setiap kali selesai solat, walaupun kadang kala sekali doa dalam sehari (lepas solat memanjang busy kejar hal dunia tu yg tak sempat berdoa).. Teruk betul saya ye..
Setelah hampir 5 tahun di jabatan ini sy dianugerahkan APC bagi pencapaian tahun lepas 2011. Alhamdullilah sebab saya tak jangka, tapi mungkin rezeki lebih memihak pada saya. Kalau ikutkan tahun 2011 pencapaian sy agak merosot jika dinilai dari MPGWA, jumlah aplikasi yang dibangunkan, audit nilai dan pepecahan nilai kerjasama. Semua saya cuba elakkan tetapi ianya tetap berlaku dan sy tidak salahkan 100 diri saya. Pegawai bawahan sy juga merupakan faktor utama juga.
Pencapaian hari ini juga berkat kerjasama pegawai dan kakitangan bawahan saya (sebahagian) merupakan penyumbang kepada integriti sy dikaca mata bos no 1. Sya juga tidak pernah menolak tugas dan mencari salah dan silap orang lain (terutama dalam mesyuarat). Sy cuba bersikap diplomasi dan berlembut dalam memberikan pendapat. mana-mana pendapat yg salah sy tolak dengan berhemah dan menggunakan pendekatan memujuk utk menyatakan pendapat. Saya juga meletakkan diri saya ditempat yang sepatutnya ..contoh sy juga memberi bantuan kepada Boss No 1 semasa kursus JUSA nye, dan alhamdullillah dia dah disahkan jawatan baru-baru ini bulan Mei yang lalu. Mungkin Bos No 1 sy terhutang budi dan mungkin Allah telah menetapkan perjalanan ini.
Sy tidak akan merungut dalam menghadapi bencana dan cabaran dalam bekerja, tetapi akan bertindak sabar dan berhati-hati semasa menghadapi kemelut dan membuat keputusan (semua yg baik2 je nampak). Yang tak baik sy tidak akan bercerita pada rakan sekerja hal ehwal orang lain sebaliknya sy akan bercerita dengan keluarga sy shj. So anak2 dan DH sy tak kenal semua watak2 yg sy cerita..cukup utkl meluahkan rasa.
Senarai ucapan tahniah dari rakan2
No comments:
Post a Comment