Tarikh : 14 Mei 2012
Jam : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pejabat
Hari ini naik pejabat setelah 2 hari ke Seminar amat menjengkelkan. Baru naik je tengok2 semua pegawai bercuti. Seorang pegawai anak sakit, seorang pegawai pulak demam, sorang pegawai kena gi daerah. Kat pejabat banyak pulak mesyuarat.. Yang lain sy dah aturkan utk latihan dalaman, so no more officers to go.
Kes bengang 1
Saya : Kerani 4 ada terima surat utk attend meeting jam 10.30 pagi?
Kerani 4 : surat? Mesyuarat? Saya dah bagi pada puan pagi tadi.
Saya : Yang tu saya ada, i dah gi tunjuk muka je. Banyak kerja so tak nak gi. Tak berapa nak penting sangat. Sy nak surat mesy jam 10.30 pagi.
Kerani 4 : Tak de le puan. Surat sektor mana?
Saya : Unit AAA.
Tiba-tiba dicelah keriuhan cari surat " Assalamualaikum puan. Nak jemput puan utk menghadiri mesyuarat JK S AAA jam 10.30 pagi, di Tgkt 6". Saya tengok terbuntang mata saya (tak tahu apa impression muka saya masa tu..may be blurr, menyampah, bengang kot, mulut tak terkata apa2).
Dia menyambung semula " Kalau puan tak dapat datang saya jemput dan minta wakil puan hadir ke mesyuarat berkenaan".
Dengan terpinga-pinga saya pun menjawap " Okeylah insyallah ada wakil yg akan hadir, Terima kasih ye"
La tak de surat nak minta saya attend, no way please..

Kes bengang 2
Kerani 1 : Puan, En. AA dari SPS nak minta data bilangan kelas bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.
Saya : Nak bila? Nak yang detail ke lump sum
Kerani 1 : Kejap saya tanya dia.
Kejap lagi dia datang pada saya..
Kerani 1 : Dia nak tahun 2008, 2009 dan 2010.
Saya : Saya tahu..nak yg macam mana! Data Sek Rendah shj ke campur Sekolah Menengah, pastu nak ikut bilangan kelas mengikut sekolah ke, Nak hari ini ke esok ja..(hati dah sakit ni..berangin satu badan tetiba je)
Dia hanya senyum je..
Saya : Nah ambik hardcopy tahun 2008, 2009. Utk 2010 sy tak ada u cari yg lain. Kalau tak boleh cal pegawai yg bercuti minta bantuan gak.. (maleh nak tengok muka dia yg asyik blurr - tambah sakit hati)
Saya pasang telinga dari dalam bilik, Kerani 1 call, cakap2 kejap2 baca angka tertera..Tak tahan hati saya saya pun keluar terus rampas gagang telefon..cakap dengan pegawai minta data (PMD)berkenaan..
PMD : Puan data puan ni tak logik, bilangan kelas sampai 12,034.
Saya : Ha tak logik..Apa pulak.. (dalam hati bukan ko orang yg buat verifikasi setiap 2 bulan sekali. Duit banyak dah pakai, last-last kata data tak valid. Cheh)
PMD : Mana ada sebanyak ni puan. 12 ribu kelas tu banyak..
Saya : (Nada dah malas nak bertelagah) Tak pe nanti saya bg data detail bilangan kelas ikut sekolah, dan kalau ada jumlah murid ikut kelas lagi baguih.
PMD : Kalau lihat pada unjuran tahun 2007, data kat saya cuma ada 2000 kelas je..bagi sekolah rendah. 2000 ngan 12,000 beza sangat tu dekat 150%.
Saya : U kat mana ni
PMD : Saya kat PD ada mesyuarat dgn KPM.
Saya : Betullah tu, angka u unjuran 2000 adalah anggaran tambahan kelas per year belum masuk existing kelas.
PMD : Bukan puan, data puan yang salah..
Saya : Glupppp.. Tak pe nanti sy minta pegawai saya terangkan pada u (maleh nak bergaduh lagi)
Saya duduk menyendiri kat bilik sambil tu tengok sistem yg online..tengok data tahun 2012 memang dah 13,000 kelas. Call pegawai yg uruskan data tu.. Dalam hati mencongak2 ada 835 sekolah darabkan dengan 6 (tahun/darjah) dah 501++, itu belum kira sekolah terbaik yang darjah 1 boleh dipecahkan kepada 7 kelas (anggaran 400 sekolah darjah 1 -6 ada 3 kelas. Rumusannya 5012 + 7200 = 12,212. Memang logik apae.. Guru pun dah 48 ribu orang.
Tak faham dema ni nak tambahan gaji dan cikgu, bab kerja berkira-kira je..banyak cengkadak..
No comments:
Post a Comment