image atas

image atas

Monday, June 11, 2012

Pangkor Trip

Kali ini saya nak bercerita mengenai percutian saya dan keluarga selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor pada cuti sekolah yang lalu.

Saya sekeluarga ke Pangkor pada hari Selasa, 29 Mei 2012, bertolak pada pukul 7.00 pagi melalui PLUS highway.  Kami hanya berhenti di Hentian Air Keroh untuk berserapan pagi, mengisi minyak di Hentian Sungai Buloh dan berhenti rehat di Hentian Tapah.  Saya meminta kakak mencari maklumat mengenai Pangkor dalam internet (dengan andaian termasuk laluan terdekat), tapi kakak pulak faham lain.  So sepanjang perjalanan tak tahu nak exit mana, last-last pesan pada suami exit di Ipoh.  Sampai ke exit Ipoh si suami masih terus tegak (pada andaian dia ada exit ke Ipoh (U)). La last-last rupanya exit yang ada hanya di Kuala Kangsar. Okeylah boleh aje yang penting boleh keluar kalau terus mahunye gi Langkawi sekali lagi..

Di Kuala Kangsar dalam minda saya hanya terfikir nak ke Ipoh (sebab first tanggapan Lumut dekat ngan Ipoh). Tu dia, rupanya gi pusing balik lebih jauh compare guna highway.. apa nak buat pasrah ja la.  Guna laluan alternatif Kuala Kangsar ke Ipoh, laluan pekannya ialah Kati, Sungai Siput, Seri Iskandar, Sitiawan, Manjung baru le jumpa Lumut.  Tu dia rupanya dah membazir 100 km dan 2 jam perjalanan.  Sebenarnya ada jalan lebih dekat lalu Kuala Kangsar ke Seri Iskandar dan Manjung.  Berbuku hati, sebab tidak mencari maklumat yang tepat sebelum memulakan perjalanan. 

Last-last sampai kat Lumut jam 5 petang, bayangkan 7 - 5 (10 jam ko).  Kami hanya makan petang di Pangkalan Jeti Lumut.. Fuhhh sedapnya cendol dan Char Kueh Tew, mee rebus dan nasi gorengnye.. teringat2 sampai la ni.  Jam 6.15 petang masuk feri dan sampai ke Jeti Pangkor tepat jam 7.00 petang.  Naik van aka teksi sewa (pink colour) gi chalet Horizon Inn (dah tempah masa di Lumut).  Okeylah penginapannya nak kata best sangat tak de le ..ala kadar.  Sewaan satu malam RM 130.  Kami pilih bilik yang mengadap pantai, memang happening dan meriah malam-malam tau..

Malamnya kami bersantai dengan meninjau gerai-gerai disepanjang jalan berhadapan dengan chalet kami.  Wow..banyaknye gerai, macam-macam ada.. nasi ayam ada, seafood banyak, char kueh tew ada, mee sup ada. Rambang mata jadinya, perut jam-jam tu berkeroncong,  So utk malam pertama di Pangkor kami hanya memilih Nasi Ayam, Sotong Bakar, Ais Kacang.  Tapi saiz ayam nye terlalu kecil tak cukup kakak dan adik makan, kesian pulak saya tengok mereka..Kakak cakap ayam tak leh berenang ke Pangkor tu yang kena potong kecik2. Ha ha..

Kami tidur jam 11 malam, kat luar memang berdegar2 bising tapi dek kepenatan semua tertidur awal.

Esok paginye, bukak tingkat ..wow tu dia.. cantiknya pantai..tapi ape tu..banyaknyer datang berduyun-duyun si hornbill hinggap kat tingkap bilik kami.  Siap boleh bagi makan lagi tau.. Aktiviti seterusnya ialah bersarapan.. Makan nasi lemak (semua makan kecuali saya)..Okeylah nasinye tapi bab sambal kureng sket..sedap lagi sambal saya buat..

Jam 9.30 pagi kami dah dok kat pantai.. main-main air sikit je.. Tengok pelan/aktiviti yang ada. OOO ada aktiviti snorkelling di Pulau Giam.. Kena naik bot RM 10 seorang.  Bincang-bincang..hubby kata bolehlah gi sana.. Naik bot laju.. I okey lagi.. anak2 lah yang takut sebabnya first time naik.. dulu-dulu naik masa kecik2, rasanya mereka dah lupa pengalaman tu..

Kami main air plus mandi n snorkelling di sana. Bestnye.. rasa lapang fikiran kat sana, bole berbaring kat air..kena ombak..bagi makan ikan yang jinak-jinak. Fuhh dah lama sejak tahun 2004 tak gi pulau utk mandi manda kecuali Pulau Langkawi le..

Bersambung entry kedua

No comments:

Post a Comment