Setiap kali dalam kereta saya memang suka mendengar radio. Kalau dengan lagu-lagu yang mencuit perasaan lagi le saya suka. Boleh nyanyi bersama ikut rentak, sekuat mana pun boleh (dengan syarat tingkap tutup daa). Dengan nyaman dingin air cond memang cool. Best..
Tapi semalam agaknya dah bosan sangat so saya carilah saluran lain..hingga terjumpa saluran Warna (kat Johor je boleh dengar, sebab Singapore punya radio..ha ha..)
Dengar permulaan, rasa nak dengar lagi..nak dengar lagi sebab nya saya suka Chinese bercakap Melayu..walaupun ada pelat tapi sedap didengar. Suara tu kepunyaan Dr Ooi (doktor di salah sebuah hospital di Spore). Saya rasa kagum sebabnya dia fasih berbahasa Melayu, dengan nada yang sempoi, ada diselitkan unsur-unsur kelucuan memang menarik minat saya. Kat Malaysia ni dah hampir pupus Chinese yg boleh menguasai Melayu kecuali Guru Besar sekolah anak saya. Butir percakapan bahasa Melayu beliau memang tertib, teratur, penggunaan ayat yang betul dan memang mengesankan.
Topik yang dibincangkan ialah mengenai Penyakit Migrain. Saya sentuh sedikit penceritaan beliau. Punca migrain disebabkan salah satunya ialah kepanasan, salah makan dan satu lagi tak ingat. Utk mengetahui tanda-tanda migrain ialah kepala berdenyut-denyut (nyut..nyut kata doktor tu..kelakar wehh), sakit sebelah kepala hingga ke belakang (bukan sakit semua ya puan2), mata takut dengan cahaya terang, rasa mual dan nak muntah, dan banyak lagi. Utk rawatannya ialah tutup lampu dan tidur, tetapi ada cara lain iaitu dengan meletakkan ais di lelangit dan kemam. Sebabnya migrain disebabkan pembuluh darah yang mengembang dan menyentuh tisu dan saraf yang lain (tu yg ada migrain). Ais akan mengecutkan pembuluh darah dan melegakan ruang laggaan saraf berkenaan (ini maklumat terkini yg saya perolehi). Selain itu terdapat individu yang menghadapi migrain disebabkan alahan pada makanan berkeju yang dimakan bersama limau/lemon. Begitu juga dengan coklat. Sesetengah orang juga kalah pada kepanasan. Keadaan ini berbeza-beza mengikut individu. Oleh itu kenali punca utama migrain anda dan cuba elakkan dari perkara berkenaan. Migrain kadang kala tidak hilang dalam sekelip mata dan adakalanya sehingga 3 hari.
Macam saya, saya memang alahan pada cuaca yang panas. Jika lama terdedah pada cuaca panas sy akan menderita penyakit ini. Yang saya pernah alami semasa menyambut TPM dalam majlis Pemimpin Bertemu Rakyat pada 6 Mac lepas di PPD Kulai, saya menunggu dari jam 11.00 pagi hingga ke 1.00 tgh didalam khemah yang panas. Makan pun lewat so hasilnya petang tu juga saya mingrain hingga mengambil 2 hari untuk sembuh.
Menarik sungguh dan berkesan penyampaian beliau walaupun hanya suara sahaja.
No comments:
Post a Comment