image atas

image atas

Friday, July 29, 2011

Episod Duka

Ingat tak saya pernah bercerita mengenai some one..bole lihat entri ini..

Naik minggu lepas ingatkan dapat bersemuka utk menjernihkan keadaan, tapi rupanya dia bercuti seminggu lagi (cam tak percaya je..boleh mohon cuti panjang selalunya tak pernah nak cuti kecuali kalau berjalan keluar negara).. Hmm ohh rupa-rupanya nak settle masalah OR yang accident...

Saya tak pernah menjangkakan DIA akan menerima dua kali masalah.. dan sejujurnya saya tidak pernah mendoakan nya.  Saya sentiasa mendoakan yang baik2 pada semua orang disekeliling saya walaupun orang itu tidak mahu berbuat baik dengan saya.  Please jangan salah anggap saya dan sememangnya saya amat bersimpati dengannya.. Sebabnya OR nya sedang pregnant dan saya khuatir akan menjejaskan kandungannya.. Dan saya pasti kalau ada kesan yang tidak baik (nauzubillah) saya pasti saya akan kehilangan seorang staff dan tentunya kerja berkenaan akan ditanggung oleh saya sendiri dan akan menyusahkan saya juga.

Doa saya semoga Ramadan ini akan memberi sinar baru pada saya dan pegawai bawahan saya.. Saya mahu kebahagian dan keharmonian dulu kembali semua.. Semua orang boleh membuat teguran tanpa ada pihak tersinggung. Tak bagus rasanya dalam organisasi ada pertelingkahan dan masam muka.  Perbezaan pendapat masih boleh diterima, tetapi mencari kesalahan dan memperbesarkan masalah orang lain akan menjadikan organisasi ini tiada NILAI.  Masing-masing mencari rezeki halal so kena bertolak ansur juga.

Geramnya..

geram hari ni bukan sebab malam tadi rimau kalah..tak kisah pun rimau nak kalah ke nak menang ke..sebab dah maklum rimau kat sini manja, nak pujian bagai2, makan suap..memang patut pun kalah.. tak ambik pengajaran..

Geram hari ini sebab
>
>
>
>
pagi-pagi bangun kejut anak utk siap gi sekolah boleh lambat2 dia bangun, bersiap..minum pagi... tengok MDH lak sedap2 tgh tidur tau le gi keje lambat.. tapi boleh membutakan mata nengok aku bersilat..
bab marah ni siap le semua kat tangan aku campak.. semua benda aku tendang

kat tempat keje lak dalam meeting asyik kena belasah je..bab inisiatif ICT Sekolah, bab FT 17 nyer, bab struktur tadbir urus yang tak unggul asyik ada sempadan je sampai bila nak maju, nak mashyur kalau enko..enko ...aku... aku... Ingatkan aku bagi idea boleh boost orang lain tapi last-last dibakulsampahkan.. Hmm.. mampus le kementerian ni patut pun banyak aduan.. bg muka sangat kat orang2 enko.. semua jadi kaduk naik junjung...

ingatkan tengahari balik umah nak lipat kain baju yg dah menggunung..sepanjang jalan jem..
balik umah lak anak merajuk tak nak gi sekolah agama...
meraung raung tak nak gi sekolah.. mana tak angin, last2 aku tutup semua pintu..terus dia jerit oklah kita gi sekolah.. lega sikit.. tapi ghupenya tak habis kat situ..meragam lagi minta hantar kan ke sekolah.. please ye mama kena gi keje tak de masa nak hantar..naik bas ..habis cerita.  (Ni dalam hati rasa terkilan tapi dah terlalu manja sangat, sampai tak hargai mama, so kena ajar sikit).

Balik opis, kena jawap aduan dari sekolah SKTPI...PIBG tak puas hati pentadbiran sekolah guna duit PIBG guna bayar line Streamyx.. memang pun kalu aku pun aku hangin.. itu aduan kedua.. ni pasal aduan pertama sekolah bagi jawapan tak berasas utk hal-ehwal pentadbiran sekolah.. ada ke GB bole kata bab tak ada air di tingkat tertentu disebabkan pam air rosak bukan dia punya pasal..itu masalah pengarah.. hmm GB ni kena bagi 'nasihat' ni bab mengurus sekolah... Tak nak terima nasihat, suruh je pencen awal.. tak kreatif betul..

Suruh staff buat siasatan, boleh dia gi sekolah, sekolah bukannya tahu bab aduan... sebab aduan ke Pengarah..ni lagi tak pandai 2 kali ganda.. Selalu sangat guna alasan nak keluar pejabat..almaklum le pegawai suka suki gi sekolah nak buat pemantauan.. tapi kalau sekolah ke pejabat buat pemantauan lagi banyak bangkai boleh jumpa..

Wednesday, July 27, 2011

Yahoo...puasa


Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Monday, July 25, 2011

Bz giler

Hari ni memang bz giler dr pagi hgga petang sama cam hari semalam. Dijangka akan berlarutan hingga week end sebab masing2 nak kejarkan laksana event sblm ramadhan. Almaklum hr ni bole makan2 nanti esok lusa kalau bpuasa tak de jamuan bagai2.

Sunday, July 24, 2011

Alfatihah

 Baru menerima berita kematian dari seorang sahabat yang memaklumkan kembalinya bekas pekerja yang kukenali masa mula-mula berpindah ke jabatan baru.  Amat mengejutkan tapi masih menerima ketentuan setiap yang hidup pasti akan mati.

Masa mula kenal2 dulu, beliau merupakan seorang pekerja yang dedikasi, sentiasa alert dengan tugas2 semasa dan tidak pernah meninggalkan pekerjaannya kecuali telah siap.  Rajin solat dan sentiasa mengerjakan solat dhuha.  Yang saya maklum last two year dia gi Mekah, balik sempat lagi datang menziarahi saya bercerita penggalamannya di sana.  Masih terngiang2 nasihat nya supaya mempercepatkan hajat utk haji sekiranya badan masih sihat.  Ibadat haji memerlukan fizikal dan mental yang tinggi so kena awal2 gi katanya.

Saya mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Alfatihah.

ruang waktu

Hari ini puasa sebab nak menemankan anak dara ku yg belum habis puasa - masih ada 5 hari lg, minggu depan dah puasa ramadhan, nak tak nak kena finishkan gak hutang2 puasa yang lalu.

Walaupun puasa masih sempat gi window shopping ke JJ - Bkt Indah.

Nampak gaya semua kedai adakan sale.. dari kasut ke handbag, ke periuk belanga.  Hajat hati nak cari baju kurung anak-anak dara ku utk raya. Tapi kat JJ tak de sangat baju kurung. Yang ada kasut dan baju T-shirt, blouse etc.

So kena tangguh lagi minggu depan mungkin banyak dah baju raya ready made yg dah mula dijual.  So banyak pilihan dan sudah tentu rege ada special.

Balik dekat kul 5.45 petang, sempat gak beli Big Apple utk berbuka, ayam utk dijadikan lauk menu berbuka.  So kelam kabut siapkan dinner merangkap juadah puasa. Tak de le hebat sangat yang penting cukup utk anak2 dan suami makan.

Esok kena puasa lagi... 

Friday, July 22, 2011

xtVt minggu depan

Hmm minggu depan, jadual memang penuh..penuh dengan event mesyuarat dari Isnin hingga Rabu, Khamis lak nak sit down utk JK penilaian..penilaian ape.. suspen sket.. tak perlu cerita disini le.

Utk Jumaat pun rasanya penuh gak pagi mesyuarat, petang mesyuarat lg ngan teknikal sekolah. Harap-harap minggu depan lebih baik dari minggu ini.  Insyallah.

Petang ni my mum datang umah utk standby gi jemputan Sabtu ni, anak my sepupu yg khawin dapat orang Arab..senang le lepah ni nak gi haji.. hu .. hu.  Tak sabar nak tengok pengantin perempuannya.  Esok pun nak buat kuih (yang senang je) apam beras sebagai buah tangan ke majlis kenduri yasin di rumah kakak yg jaga anak.  Mmmm mampu ke aku buat hr ini.

Thursday, July 21, 2011

Akhirnya

Setelah melalui episode sentap (kemarin dan semalam) , hari ini saya rasa betul2 gembira. Sebabnya makluk yang menyebabkan saya depress tu cuti.. so tiada apa2 yang menganggu dibenak fikiran masa duduk menyiapkan kerja di pejabat.

Kalau tidak, saya buat discussion dengan staff lain dia nampak dan menggangap saya asyik mengaitkan dia sedangkan masa itu memang berbincang pasal kerja.

Pada saya, semua pihak ada salahnya. Ada egonya. Tapi kalau dicerita pada orang luar, persepsi orang luar berbeza dengan apa yang berlaku/terjadi.  So ada kemungkinan ada pihak lain yang cuba utk provokasi dan mengeruhkan lagi keadaan.

Memang kalau diikutkan sejak Isnin lagi saya dah perasan ada somebody yang bertindak 'talam dua muka lapis'.  Rasanya cerita dah habis lama tapi somebody ada berjumpa dengan 'DIA' dan kebetulan menceritakan hal2 yang lepas maka 'DIA' gunakan kesempatan itu utk memberontak dan bersemuka.

Saya tahu siapa 'talam dua muka lapis' berkenaan sebab melalui penceritaan watak2 yang DIA tak puashati langsung tidak 'talam dua muka lapis'.  Berulang-ulang kali DIA menafikan nama 'talam dua muka lapis' terlibat.  So assumption dah terang dan jelas.
Lepas saya berjumpa 'DIA2' yang dikatakan punca keretakan saya dengan 'DIA' yang kebetulan berjumpa utk memberi laporan yang saya minta, "DIA' menganggap saya masih bercakap mengenai isu 'DIA' dan tak lama kemudian 'DIA' memanggil 'DIA2' dan terang2an saya di bilik sebelah mendengar jeritan marah.

La rupanya masalah tak reda lagi pada hari Selasa.  Berlarutan pula hingga Rabu.  Harap2 DIA naik minggu depan masalah akan settle.

Buruk rupanya kalau lelaki dan lelaki bergaduh. Hmmmm

 

HOW TO STOP DEPRESSION




1. Understand the emotional cycle – Life is an emotional roller coaster. Some days you feel like can stop you. Other days you feel utterly hopeless. Most of the time you’re somewhere in between. Understanding the pattern of positive and negative emotions will help you put your feelings in perspective. Next time you feel down, just remember that it’s a natural emotion that will inevitably pass. Knowing that a feeling of depression is only temporary makes it less dreadful.
2. Spend time with positive people – Nothing affects the way you think and feel more than the people you interact with. Thoughts (both positive and negative) are contagious. If you are surrounded by negative people, it’s only natural that you’ll start to think and feel the same way. To improve your outlook on life, spend time with positive people. Search them out and try to understand the way they see the world. Chances are their happiness will rub off.
3. Reflect on past success – In the wake of a colossal failure, it’s easy to forget everything you’ve ever done right. Take a few minutes to remember your past accomplishments and build yourself up. What made you successful before? What are your strengths? Frequently, this exercise will build self confidence, help you figure out what went wrong, and generate ideas for success in the future.
4. Focus on gratitude – It’s human nature to measure ourselves against those ahead of us on the social ladder. Studies have shown that people care more about being richer than their friends than actually making more money. When you consider everything good in your life and compare it to the problems of less fortunate people, the issue that’s making you depressed won’t seem as serious.
5. Change of scenery – One of the best ways to change the way you feel is to change your environment. When you get in a slump, you start to associate your problems with everything around you. It can get to the point where your environment is a constant reminder of your problems. This can be a dangerous cycle. The solution is to change things. Change doesn’t have to be radical. Cleaning up, adding more lights, or including pleasant decorations can completely change the mood of a room.
6. Break your routine - Going through the same routine, day after day, can be monotonous and depressing. It often leads to getting caught in a rut. To get out of it you need to temporarily change your routine. If you can, take a day off from work. Do something you don’t normally have time for or something you’ve never tried. In the long run, taking a day off every now and then to get out of slump will make you happier and more productive.
7. Interact with animals and nature – It’s funny when you consider how humans put so much importance on their own tiny problems. Animals don’t think this way. A little bird doesn’t mope around because it isn’t an eagle or because another bird beat it to a tasty seed. Animals live in the present moment and they show love unconditionally. Observing and interacting with them will help you get over your problems.
8. Get moving – As Johnny Cash famously suggested, “Get a rhythm, when you get the blues.” Moving to a beat makes everyone feel better. The same is true for movement in general. Hitting the gym or going for a walk will help you shed the lethargy that comes with feeling depressed. The more enthusiastic your moments, the better you will start to feel.
9. Think about the big picture – As Carl Sagan made evident with the Pale Blue Dot, we’re insignificant creatures living in a vast universe on a tiny planet. In the long run, everything we do will probably be forgotten. Some might find this depressing, but it shouldn’t be. It means that all our problems are illusory. In a million years no one will remember what you did or didn’t do. What matters is the present moment and enjoying every second of life that we’re blessed with.
10. Do something to help yourself – Above all, the best way to stop feeling depressed is to take action. What is your biggest problem? How can you alleviate it? Once you decide to stop moping and start moving forward you won’t have time to feel depressed. Action will occupy your mind and give you something to look forward to. Once you get some results, you’ll build momentum and positive thinking will keep getting easier.

SOURCE : GOOGLE

Depressed


Sunday, July 10, 2011

entry tak de gambar

lately semua entry tak de gambar.. ngape ye..
camera rosak..tak
cable tak ada .. tak
malas ... tak
tak suka .... pun tak

abis tu ngape
.
.
.
.
sebab upload gambar dah kena blok..

kenapa kena blok?

sebab guna internet jabatan..

ha..
ha...

Sixth Sense - Tak Bisa Memilihmu + Lyric




Lagu yang puitis, syahdu dan menyentuh perasaan.  Banyak drama Melayu menggunakan lagu ini sebagai tarikan  utama contohnya Asmaradana, Samson Delaila (betul ke). 

Kalu cerita Asmaradana lakonan Sam Shaizey dan Tizz Zakiah memang berkesan.  Paling best bagaimana Sam Saizey dapat menggunakan memek muka dan perasaan sepanjang menjayakan lakonan seorang yg psiko kerana tidak dapat memiliki kekasihnya (Tizz Zakiah).  Beliau yang tamak cuba untuk membunuh suami (Tizz) dengan harapan akan dapat memiliki semula cinta Tizz walaupun mengorbankan cinta isteri kedua (lakonan Puteri Sarah). Memang best dan berkesan sangat ...

Sandaran Hati by Letto - Drama Wulan



lagu yang paling aku suka... lagu yang mengiringi sinetron Mulan Wulan di tayangkan oleh TV1/TV2. tak ingat sangat tapi almost dah 2 tahun dulu.  Mengisahkan Mulan Wulan anak pertama dari 3 adik beradik, berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana.  Bercinta dengan jejaka yang mana atas nama cinta dia menyerahkan seghalanya.. termasuk maruahnya.  Yang jadi rumit jejaka berkenaan meninggalkan dirinya sendiri bersama anak yang dikandung dan berkahwin dengan perempuan yang kaya raya.  Mulan Wulan yang amat mencintai kekasihnya enggan menerima lelaki lain yang menawarkan cinta, masih dengan memori indah dengan kekasih yang amat dicintainya hingga Mulan Wulan melahirkan seorang anak lelaki.

Lelaki yang meninggalkannya sendirian, tidak dikurniakan cahayamata dan mahu merampas kembali anak Mulan Wulan yang dimaksudkan anaknya sendiri.  Pertelingkahan ini tidak berkesudahan dan keengganan Mulan Wulan menyebabkan lelaki berkenaan cuba menawan hati Mulan Wulan kembali. Apa akhirnya sudah tentu Mulan Wulan tidak mahu kembali pada pangkuan nya dan menerima cinta yang ditawarkan oleh lelaki lain (yang mana adik kepada ister bekas kekasihnya).

Saya menitiskan airmata sepanjang menonton kisah tragis ini.  Dan sehingga sekarang saya masih merasa kesakitan Mulan Wulan yang digambarkan dalam lagu ini.

Sunday, July 3, 2011

Monday Blues

Tiap-tiap hari Isnin mesti rasa malehnye nak bangun pepagi.. almaklum le semalam kan dah cuti 2 hari.  Tapi tak bole jadi kang lambat bangun susah lak anak2, mana nak arrange diri sendiri.

Bangun gak kul 5.30 pagi nak kejutkan suami yang kena keje pagi.  Kadang-kala kesian juga kat dia, kerja pagi-petang tapi tak kaya-kaya.  he he .. keji tul si isteri asyik nak kaya je...Mesti le sapa tak nak kaya, semua orang nak kaya kan..kaya pengetahuan, kaya duit, kaya isteri, kaya harta ..so nak kaya kena maka sekaya derian, atau makan roti ngan kaya..hah terus kayappppp...

Semalam entertain mak n adik2 datang umah. Mula tu gi umah abang kat Senai, nak tengok anak sedara yang accident.. bas masuk gaung.. alhamdulillah tak de yang teruk, kalau tengok kondisi bas memang cam dah mati semua penumpang tapi Allah Maha Kaya (umm kaya lagi), selagi bukan masa utk diambil nyawa akan diberi peluang utk hidup lagi. So mungkin ada hikmah dan pengajaran kepada mereka yang mengalami dan kita disekelilingnya.

Tapi kalau tengok dari apparence nya anak sedara ku masih trauma, tambahan lagi kehilangan semua dokumen termasuk IC, phone, barang-barang peribadinya.  Mentaliti masyarakat kita kalau ada musibah dijadikan platform utk mengambil kesempatan.  Apa salahnya jumpa barang-barang penting dikembalikan kepada pemilik, jangan datang utk mengambil kesempatan.  Tapi polis pun ada silapnya.  Patut tempat kejadian dipantau supaya tiada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku, ni pun kecuaian juga di peringkat agensi yang menjaga keselamatan awam.

Lepas ziarah dia balik umah, biasa le lalu kat airport anak mesti suruh berhenti nyer utk beli famous amos. Semua dah ketagih benda ni.. sedap sangat.. raya nanti nak beli 8 kilo le utk juadah raya amacam gempak tak? Tak de nyer mahaii baik ku buat sendiri, walaupun tak sama sangat tapi cukup le nak kata ada biskut coklat. he... he...

Balik umah ingatkan nak ajak ramai-ramai makan kat luar... tapi semua dah kepenatan, especiallynya mak ku. Dah tua almost 70 tahun mesti tidak boleh menampung perjalanan jauh, dok lama sangat dalam kereta.. sampai umah terus nak baring je.. kesian mak ku.. dulu masa aku kecil tengok dia adalah orang yang hebat, semua bole buat.  Menganyam tikar mengkuang, buat minyak kelapa sendiri, buat opak-opak (utk dijual juga), bercucuk tanam utk dijual juga, tapi kudratnya sekarang dah tiada. Ni nak menitis airmata ni..Sayang Mak..

So utk makan malam, masing-masing tak nak makan nasi (dah pergi dua kenduri kahwin semua dah jemu makan nasi) so buat yang ringkas apa tu yg senang sangat mesti le mee maggi.. abis juga dikerjakan semua orang..makan ramai-ramai memang sedap..

Malam kul 9.30 malam semua nak balik ke umah masing-masing.. so kami anak beranak apa lagi, cam lipas kudung siapkan semua apa yang patut utk sekolah esok, jemur baju, itu ini, kul 10.30 malam semua dah nak tidur. Nyenyak tul tidur malam tadi, sedar2 kul 12.00 mlm dengar suami balik umah, bangun kejap tengok dia makan.. sembahyang sambung tidur lagi smpi le kul 5.30 pagi tadi...