Sebenarnya nak cerita kejadian pada pagi tadi. Hari ini kena jadi chairman utk mesyuarat kat Batu Pahat. Pagi around 7.45 bertolak dari umah. Dalam perjalanan otak jadi kosong akibat dari kekurangan oksigen kot almaklum le sekarang ni kesan radioaktif kan semakin meruncing akibat tsunami di Jepun, tu yg paras oksigen di Malaysia semakin berkurangan (ni pakai logik usop wilcha kot).
Teruskan pemanduan tidak berhemah. kenapa? Sebab dah lambat mesyuarat mula kul 9.30 pagi nak cari tempat mesyuarat lagi.. tempat pun tak familiar..
Tiba-tiba pandangan mata jadi magic... kete kejap tengok jadi kecik..jadi kecil n lonjong.. last-last jadi kacang hijau.. Dalam pala dah terpikir kenapa yeah.. Lambat sangat nak pick - up ni.. Kacang tu tiba-tiba jadi dekat.. terus dekat..
Lelama baru terpikir awak ni kat jalanraya.. bukan in a dream or fantasi ye.. La ghupenya mata dah ngantuk.. kawalan dah tak effisien. hu..hu...
Cepat-cepat pikir kena berhenti ni kang ikut perasaan lain jadinya. kebetulan depan around 2 km ada petrol station kena stop dulu ni . masuk pun tak tau nak beli apa..cam mamai je.. last-last sambar gak .. jangan tak caya awak beli kacang.. tapi bukan kacang hijau tak kacang gajus.
Alhamdullillah selamat sampai dan dah balik pun. Allah panjangkan usia ku..
No comments:
Post a Comment