image atas

image atas

Friday, April 8, 2011

Keje..keje

Salam semua, salam jumaat..

Apa khabar semua, harap semua sihat..awak pun sihat, tambah sihat dengar cerita dari usop wilchar pagi-pagi di HotFM.  Asyik nak gelak je, dengar gelagat uspo wilcha. Solute sebab lawaknye memang class dan iklas.

Pagi ni awak cam biasa kena keje. Semalam dan hari ini gi outstation bagi lawatan tapak utk projek pembangunan daerah.  JKR jadi consultant utk projek berkenaan, tapi amat mengejutkan, sebab end user tidak maklum skop kerja kontraktor.  Pada pandangan awak selaku perunding yang menjaga kepentingan kerajaan, seharusnya JKR memaklumkan aspek kerja terperinci kepada end user, tapi sebaliknya.  Jadi le penyerahan tanpa kelengkapan pejabat, satu hal kena mohon dengan kementerian pulak, ni jadi kes rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi.

Kat Kluang sempat singgah gak kat Nasi Beryani Idaman.. hampeh taste nyer.. i org Johor pls jangan tipo woiii, kuah beryani ayamnyer cair, tak de rasa setakat masin je.. tapi yg pelik ramai pulak kat situ makan..

Balik dari Muar awak singgah le kat R&R Pagoh sebab teman yang drive kete nak solat. Sampai je teringat pulak kat satu blog kucingorengemuk berkaitan nasi ambang di gerai Bumbu Kita, terus gi sana n beli 6 bungkus. Selamat awak tak masak kat umah, balik umah sampai kul 7.30 mlm je anak dah lapar, selesai solat terus makan, alhamdullilah.  Rasanya ok lah nak sedap sangat tu tak le. Tapi kalau ikut kucingorengemuk punye ceita memang menakjubkan - baca sini. Gambar tak payah le boleh tengok kucingorengemuk nyer.

No comments:

Post a Comment