image atas

image atas

Saturday, April 30, 2011

SELAMAT HARI PEKERJA 2011

Esok 1 Mei 2011 - CUTI UMUM (LABOUR DAY)


Selamat bercuti kepada rakan-rakan yang ada profesion (kerja).  Sambung hingga Isnin mesti banyak xtvt boleh dibuat. Balik kampung ..melancong, shopping etc.

Saya..mesti le balik kampung, nak sambut birthday (pada hari Isnin) anak yang sulung kat sini tak de sesiapa nak attend, jiran-jiran ada agenda lain. Kat kampung ramai anak buah, adik beradik, mak saudara boleh le berfoya-foya.. Menu utk Isnin tak tahu lagi..

Actually dia lahir pada 3 Mei tapi sebab dah cuti 2 Mei why not celebrate terus..Ingat dulu sambut hari pekerja hari Jumaat tapi sebab Sabtu keje naik juga utk half day (dulu keje Sabtu half day je).  Pagi sabtu dah rasa sakit..tapi masih degil tak nak g sepital takut memanjang..almaklum le anak pertama, pengalaman pertama. Malam tu sempat gak goreng ayam, mee utk diner. Kul 11 malam baru rasa tak leh tahan sakit sesangat tu yg hubby terus hantar.  Sepanjang pagi kul 12.00 - 7.00 pagi tahan sakit, kul 8.00 pagi baru nak keluar.

Alhamdullilah selamat semuanya..dah besar pun dia nyer.. taun ni birthday ke 13 tahun..
sapa ni le budak baiknye..harap-harap termakbul doanya.



rOy@l WEDd!nG

Sabtu, petang

royalwedding.aol.com


29 April 2011 merupakan hari gemilang bagi pengantin diraja Britain Prince Willian dan Kate..

2 billion orang seluruh dunia menyaksikan acara penuh gemilang, romantik, syahdu.  Ramai yang merasa terharu dan sedih kerana bonda Prince William tidak dapat menyaksikan hari bersejarah ini. Boleh baca di sini.

Kate, 29 tahun amat bertuah kerana menjadi intan terpilih dan dipilih Price William untuk menjadi suri hidupnya.  Dengan kostum pengantin rekaan Sarah, gadis berambut panjang ini nampak istimewa dan cantik.. dan rasanya ia layak utk menjadi Dutchess of England.
Congrate both of us..n happy forever.

Thursday, April 28, 2011

h@PpY



Happiness is always a by-product.  It is probably a matter of temperament, and for anything I know it may be glandular.  But it is not something that can be demanded from life, and if you are not happy you had better stop worrying about it and see what treasures you can pluck from your own brand of unhappiness.  ~Robertson Davies

Sunday, April 17, 2011

Bz melampau



Minggu ni memang bz melampau.. dr semalam ke KL / S Alam, ptg Ahad kul 5 baru smpi umah. Memang memenatkan dan mengacau semua schedule weekend.  Balik nak kema prepare baju sekolah anak, melipat kain baju yg seminggu punya...

Anak dah menjerit minta tolong, minta siapkan keje lukisan (padan muka kalau teachernya baca) :)

Sapa nak tolong.. dipersilakan.

Tuesday, April 12, 2011

kete jadi kacang hijau

Sebenarnya nak cerita kejadian pada pagi tadi. Hari ini kena jadi chairman utk mesyuarat kat Batu Pahat. Pagi around 7.45 bertolak dari umah.  Dalam perjalanan otak jadi kosong akibat dari kekurangan oksigen kot almaklum le sekarang ni kesan radioaktif kan semakin meruncing akibat tsunami di Jepun, tu yg paras oksigen di Malaysia semakin berkurangan (ni pakai logik usop wilcha kot).

Teruskan pemanduan tidak berhemah. kenapa? Sebab dah lambat mesyuarat mula kul 9.30 pagi nak cari tempat mesyuarat lagi.. tempat pun tak familiar..

Tiba-tiba pandangan mata jadi magic... kete kejap tengok jadi kecik..jadi kecil n lonjong.. last-last jadi kacang hijau.. Dalam pala dah terpikir kenapa yeah.. Lambat sangat nak pick - up ni.. Kacang tu tiba-tiba jadi dekat.. terus dekat..

Lelama baru terpikir awak ni kat jalanraya.. bukan in a dream or fantasi ye.. La ghupenya mata dah ngantuk.. kawalan dah tak effisien. hu..hu...



Cepat-cepat pikir kena berhenti ni kang ikut perasaan lain jadinya. kebetulan depan around 2 km ada petrol station kena stop dulu ni . masuk pun tak tau nak beli apa..cam mamai je.. last-last sambar gak .. jangan tak caya awak beli kacang.. tapi bukan kacang hijau tak kacang gajus.

Alhamdullillah selamat sampai dan dah balik pun.  Allah panjangkan usia ku..

Friday, April 8, 2011

Tiruan pulak..mana yang asli

Amat mengejutkan, semalam berita menunjukkan banyak telur tiruan yang dijual di Malaysia. Kenapa dan mengapa ini terjadi?  Bagaimana nak mengatasinya.

Semua pihak Kerajaan, penjual, pengimport dan pengguna perlu bersatu dalam memastikan pengguna tidak tertipu. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan kepada mereka yang anayai masyarakat selama ini. Agensi kerajaan yang menguruskan import perlu peka kepada isu ini.  HARAMKAN IMPORT DARI CHINA.

NI sumber satu satu blog Kelab Greenboc, mohon izin utk copy paste di sini.

Awas Telur Tiruan

Anda sulit membezakan keasliannya!

Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China.

Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.

Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China. "Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea.

Bentuk Telur Tiruan



Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul "MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China," melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul "Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran".

Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan.

Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.

"Putih telur' dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

"Kuning telur' dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.

Akhirnya, 'putih telur' dan 'kuning telur' dibungkus ke dalam 'kulit telur' yang dibuat dari kalsium karbonat.

"Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada 'kuning telur' tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya.

Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.)

Keje..keje

Salam semua, salam jumaat..

Apa khabar semua, harap semua sihat..awak pun sihat, tambah sihat dengar cerita dari usop wilchar pagi-pagi di HotFM.  Asyik nak gelak je, dengar gelagat uspo wilcha. Solute sebab lawaknye memang class dan iklas.

Pagi ni awak cam biasa kena keje. Semalam dan hari ini gi outstation bagi lawatan tapak utk projek pembangunan daerah.  JKR jadi consultant utk projek berkenaan, tapi amat mengejutkan, sebab end user tidak maklum skop kerja kontraktor.  Pada pandangan awak selaku perunding yang menjaga kepentingan kerajaan, seharusnya JKR memaklumkan aspek kerja terperinci kepada end user, tapi sebaliknya.  Jadi le penyerahan tanpa kelengkapan pejabat, satu hal kena mohon dengan kementerian pulak, ni jadi kes rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi.

Kat Kluang sempat singgah gak kat Nasi Beryani Idaman.. hampeh taste nyer.. i org Johor pls jangan tipo woiii, kuah beryani ayamnyer cair, tak de rasa setakat masin je.. tapi yg pelik ramai pulak kat situ makan..

Balik dari Muar awak singgah le kat R&R Pagoh sebab teman yang drive kete nak solat. Sampai je teringat pulak kat satu blog kucingorengemuk berkaitan nasi ambang di gerai Bumbu Kita, terus gi sana n beli 6 bungkus. Selamat awak tak masak kat umah, balik umah sampai kul 7.30 mlm je anak dah lapar, selesai solat terus makan, alhamdullilah.  Rasanya ok lah nak sedap sangat tu tak le. Tapi kalau ikut kucingorengemuk punye ceita memang menakjubkan - baca sini. Gambar tak payah le boleh tengok kucingorengemuk nyer.

Tuesday, April 5, 2011

Tak sihat

Bangun pagi je... hmm..mmm tekak rasa sakit, badan kejap sejuk kejap panas.  Tapi tetap gagahkan diri siap utk gi kerja.

Sampai ofis, alamak aircond dah le sejuk bilik lah duk sorang-sorang.  Camne ni nak gi balik ke nak stay. Kalau ikutkan hati iblis dalam djiwa memang nak cabut balik terus tapi tahan le kata iman.

Gi mesyuarat utk arrange persaraan BOS BESAR. Dah kena..mesti ada tugasan yang akan diasign.. jangan takut punyer..mesti ada, tak pernah tak ada. Yang musykil kena buat perhimpunan bulanan, banyak nyer kerja, tapi tak pe kuli awak memang banyak.  Bagi je kerja, tak kan nak makan gaji tuli ehh salah gaji buta.

Apa yang penting kerjasama (ikut Wonderpet tau iramannya). 

Sabtu Ahad yang busy

Dari hari Sabtu dan Ahad 2 minggu lepas awak memang sibuk.  2 Minggu lepas attend Mesyuarat PIBG dan Angerah Kecemerlangan Tahun 2010 sekolah rendah si adik, hari Ahad lak ada lagi Mesyuarat PIBG dan Angerah Kecemerlangan Tahun 2010 sekolah agama utk akak dan adik, minggu lepas lak ada lagi Mesyuarat PIBG dan Angerah Kecemerlangan Tahun 2010 sekolah menengah kakak, so tak dapat full rest hari weekend.

Minggu ni lak anak kena sekolah ganti so tak decide sama ada kakak nak hantar ke sekolah menengah atau darjah khas sekolah agama, kebetulan memang hari sabtu lak tu... Mmm nanti esok le bg jawapan pada kakak.

Alhamdullilah pencapaian anak agak naik cuma tak de le sampai anugerah terbaik, anugerah tu setakat penghargaan yang penting sahsiah anak selain kepandaian dalam bidang akademi, doa je mungkin tahun2 depan akan ada pencapain terbaik.

Layan gambar si adik yang terlibat dalam pantumen, manakala utk sekolah agama dua-dua dapat naik pentas utk pencapaian no 2 dan 3 pada tahun lepas.

Sekolah menengah pula, maknye dicalonkan sebagai AJK PIBG, kakak pun masuk persembahan Choral Speaking (Pertuturan Berirama) dengan kawan2nya..

Layan gambar je le



La ghupenye ada 1 gambar je... hampeh je..yang lain dah delete ke

En3 pasal masakan

Dah lama tak masak. ye ke..cam tak cayalah... tapi memang jangan percaya, kat umah ni hari-hari kena masak, piranha ada 2 orang.. semua masih suka makan, cuma mak nye je yang malas...

Tempohari ada baca blog dari mas - klik sini, nampak entry mas coklat moist (kukus punye).. uhh yummy, my fav tu also include my daughter. He he.. Tengok bahan pun suma ada tu yang try.. Mas minta izin dan restu nak copy paste utk kekawan yang lain mana tau ada yang terliur tu kat sana...

Resepinya..
Kek Coklat Kukus Munirah
Resepi Asal : Pn Munirah Baharom - KR

Bahan-bahan
Bahan A :
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - Mas dan Kak Hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak :
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :
  • 4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - Mas dan Kak Hana juga
  • Cara :
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu  kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap. 

    Yummy

Friday, April 1, 2011

Naik Lagi

Pagi-pagi dah naik darah.. apa taknya, minyak RON 97 naik lagi 20 sen.  Rasanya baru je naik dulu, la ni naik lagi.  Patutlah 4 hari yang lepas ada terbaca dalam satu forum yang menyatakan harga minyak akan naik - yang mana dihintkan oleh Tun Daim.. Tup tip pagi ni naik, sikit pun dalam media tak de mention. 

Tak faham betul Kerajaan Malaysia ni, alasan diberi tak masuk akal..