image atas

image atas

Tuesday, July 24, 2012

Plan accomplish

Minggu ni disiplin agak tinggi..semua plan menjadi, ikut perancangan walaupun ada tergeliat sikit..

Yang penting semalam menu berbuka siap sebelum jam 7.20 petang.. Hidangan mee bandung, roti goreng tak rangup, keledek goreng dan bubur lambuk (leftover semalaman).

Okeylah mee bandung cuma agak cair sikit (terlebih letak air).  Dengan air laici yg terlalu manis dibancuh anak sulung saya, air kopi tawar (meraung atuk dia kalau kena minum air kopi tak kawww).  So effecient kan saya..

Oleh kerana malam tadi tidur cepat so bangun pagi pun cepat gakk.  Sempatlah saya sediakan ikan kicap glamor, panaskan lemak labu semalam dan goreng nugget utk anak saya makan.  Tapi sedih pulak tengok si Najwa, tak de selera nak makan.  Nak tengok sama ada dia tahan ke tidak utk berpuasa penuh hari ini..nak gi sekolah pun dah bising tekat perit le..

Esok kena prepare makanan yg anak2 boleh makan pagi pulak..

No comments:

Post a Comment