image atas

image atas

Tuesday, July 24, 2012

Cerita seram

Angin di luar tiba-tiba bertiup kencang.. Dushhh..Prang.. tiba-tiba ada bunyi ganjil di dapur.  Hati Nadiah tiba-tiba berdebar, jantungnya berdegup kencang.  Dia masih teringat mimpinya malam tadi.  Seorang tua yang bongkok tiga tiba-tiba muncul dihadapannya semasa dia berlari-lari di kejar oleh sesuatu lembaga merah.

Dia cuba utk tidak melihat orang tua itu, tetapi matanya seakan-akan ditarik oleh satu kuasa yang luar biasa.  Terpaku dia melihat muka orang tua dihadapannya.  Rambut putih mengerbang, matanya putih tiada setitik pun warna hitam.  Pipinya cengkung, mengerutu dan ada cebisan darah kering dan ditelinganya ternampak darah pekat mengalir. 

"Ya Allah..apa dugaan mu terhadap ku ya Allah". "Tolonglah aku ya Allah.. Aku masih mahu hidup lagi."  Nadiah cuba utk menjerit namun ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya.. Dia cuba untuk menarik langkah seribu tapi bagai ada sesuatu yang berat menyekat kakinya melangkah. 

Tiba-tiba ada sesuatu tangan yang menepuknya..tangan yang panjang.."Ahhh tidak..tolong..tolong", Nadiah cuba untuk bersuara.  Perempuan tua dihadapannya membuka mulut..Nadiah terlihat seakan-akan ada sesuatu haiwan keluar dari mulutnya..ya dia pasti ULAR..

"Allahu Akhbar", seakan ada sesuatu kekuatan yang dapat dizahirkan melalui kalimah itu.. Tiba-tiba badannya terapung dan melayang ke atas...terbang tinggi.. dia nampak lembaga tadi juga terbang mengejarnya,,

Dengan sekuat tenaga Nadiah cuba utk mengerakkan tangannya ..gerak seperti kepak beruang panda..ehhh bagai burung helang terbang..

Tak semena-mena ada suara yang mengarahkan semua tumpuan pendengaraanya dan mengerakkan semua deria fokusnya ke arah suara itu yang berbunyi..

BUAI LAJU-LAJU
SAMPAI CUCUR ATAP
JANGAN LUPA SIDAI BAJU
TAK BUAT MAMA BABAP (sebat daaaaaa)
Woii apa buat tu..gi sidai baju papa yang mama dah basuh dalam mesin.. sidai tau asyik kat depan PC je..

No comments:

Post a Comment