Saya tak buat sambutan yang grand-grand semalam utk sambutan Hari Ibu. Saya hanya masak lauk kampung utk emak dan kebetulan saya ambil mak dari rumah adik bagi memberi laluan adik balik ke rumah MIL nye. Sy tak tahu sama ada mak saya berasa hati atau tidak tapi saya maklum dalam usia emasnya saya khuatir utk membawa mak makan diluar. Duduk lama dalam kereta pun mak dah penat.
Pagi saya goreng roti canai segera (saya dapat semasa Program Pengarah Turun Padang di Kota Tinggi). Roti canai jenama Awangku memang sedap.. goreng garing tanpa minyak pun ok..so crunchy, so nice. Sy juga panaskan kari ikan semalam (sy masak hari Sabtu - mahal ko, kepala ikan Onga Merah separuh mencecah 12 hinggit. Itu kepala ja..kalau campur ngan body ikan yg penuh muscle, ekor melentik mahunya 40 hinggot kot. Nak kata besar kecik..nak kata kecik pun tak besar sangat. Yang sedang sedang saja..
Oleh kerana terlalu mahal masing-masing makan sikit-sikit (alahai..geli hati dengor) tak de sy kosongkan perut utk melantak kat rumah pengantin, termasuk si kakak..so yg makan cuma papa je.. adik kat sekolah ada aktiviti utk pentauliahan calit emas Pandu Puteri..balik umah kol 6 dah melantak nasi berkat dari rumah Pengantin..Terima kasih tuan PPJ atas berkat (nasi) tuan..sy doakan moga tuan dimurahkan rezeki lagi di masa akan datang..Kenyang anak saya melantak.
ok balik semula hal sarapan - habis 7 keping roti canai habis digoreng - saya, mak dan kakak makan 1 keping sorang, adik n papa makan 2 keping --puhhh mau kenyang patutnya sampai tengahari .. Oh tapi tidak bagi adik. Kol 1 cam biasa kelaparan mencari nasi.
Utk tengahari sy panaskan kari ikan, buat terung bakar berlado, goreng ikan dan ikan kering terubuk (hasil dapatan masa mesyuarat di Kuching pada April tempohari). Nampaknya mak sy suka sangat terung berlado.. Alkisahnya dari malam sampai ke tengahari sayur ini sy masak berulang. Dah habis terung ku..ni kena beli lain.
Utk juadah petang sy buat bingka pisang..kat umah banyak pisang so elakkan pembaziran saya lump sum dalam bingka walah sedap ko.. Sebab semalam dah melantak banyak saya kena puasa Isnin hingga Khamis ni.. Ho ho..
No comments:
Post a Comment