4.00 petang
Hari ini sepatutnya saya ke Ipoh bagi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012. Sy teringin nak pergi tapi memikir anak saya akan menduduki peperiksaan sekolah agama saya ambil keputusan utk tidak pergi. Sy wakilkan pegawai sy yang memang guru (saya bukan guru okey).
Sy escape banyak program jabatan yg memerlukan sy bergerak keluar daerah termasuk ke Kluang pagi ini utk menyaksikan penerimaan watikah pelantikan kenaikan pangkat PPPS. Bukan sy nak reveal atau komplot mahupun konspirasi menjatuhkan imej jabatan tapi pada hemat saya hadir utk setakat melihat, tepuk tangan sy rasa tak penting. Kalau dah jemput ramai sy gunakan alasan ini, tapi kalau majlis tertutup insyallah sy akan hadbir utk menjaga nama jabatan kecuali ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.
Guru Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara - itu tema tahun ini. Memang tepat tema berkenaan sebab dalam liberisasi pendidikan dan perkembangan teknologi tanpa sempadan (langit terbuka) para pendidik (guru) perlu melaksanakan kaedah pedagogi dan PnP yang inovatif bagi menarik minat murid semasa dalam kelas (kat luar sekolah - dah bidang tugas ibu bapa yekk). At least dalam tempoh 4 jam persekolahan semua maklumat disalurkan semasa PnP dapat diterima, diterjemah, dianalisis, diserap dan ditukar dalam bentuk tindakan dan perlakuan yang membawa nilai-nilai baik dalam masyarakat mahupun individu/pelajar itu sendiri).
Sy berkesempatan menjadi panel pembimbing dalam program pengarah Turun Padang ke beberapa PPD, berpeluang dibentangkan pelan perancangan (dalam bentuk aku janji) oleh Pengetua dan Guru Besar dalam mencapai sasaran GPS, Skor Komposit, % penguasaan, % cemerlang dan pelbagai lagi angka.
Nampaknya melalui pemerhatian saya semua maklumat diperingkat KPM/JPN difahami dan disambut baik oleh PPD serta diinterpret dalam bentuk perancangan yang menjurus kepada kecemerlangan sekolah, murid dan kepimpinan sekolah itu sendiri bagi memastikan semua kejayaan sekolah mendapat pengiktirafan oleh KPM. Ianya adalah baik dan wajar, kerana melibatkan sejumlah amaun ganjaran (RM) yang perlu direbut serta penentuan ranking sekolah tetapi matlamat ini menambah jurang objektif pendidikan kebangsaan itu sendiri. Sy seorang yang mementingkan kecemerlangan akademik kerana pada saya mereka yang cemerlang selalunya mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. Tetapi tanggapan ini adalah salah dan tidak sesuai pada masa kini.
Kalau dilihat pada isu masa kini terdapat beberapa orang yang cerdik pandai, golongan berpelajaran tinggi tetapi tidak dapat menguasai nafsu dan sentiasa mengambil pendekatan secara bijak melakukan jenayah (kola putih). Kenapa ianya berlaku?
Satu sebabnya ialah intelektual dalam bidang kepakaran jika tidak diseimbangi dengan kerohanian akan membawa kepada kemudaratan. Pendekatan berhemah dan mendidik anak sekarang dengan memberi penerangan sebab dan munsabab serta kemudaratan perlu diberi tahu secara rasional. Sy juga suka mencadangkan kepada mereka yang menggubal dasar supaya melihat semula dasar sedia ada termasuk pematuhan kepada nilai-nilai agama perlu diambilkira dalam menilai sistem pendidikan negara. Tiada guna pendidikan dan prasarana kelas pertama jika nilai agama tidak diambil serius.
Apa-apa pun malam ni mesti anak2 saya tanya apa hadiah nak bagi cikgu? itu sure nyeerr ditanya. Sy tidak kisah utk menyediakan (tapi dengan syarat nilai tak perlu berbaloi2 yg penting didikan guru adalah ikhlas dan kerana Allah), kerana saya masih teringat bekas-bekas guru saya yang betul2 berkhidmat dengan ikhlas dan dedikasi. Insyallah anak-anak didikan guru akan berjaya dunia dan akhirat.
Happy Teacher Days..
The mediocre teacher tells, the good teacher explains, the superior teacher demonstrates, the great teacher inspires. "Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu."

No comments:
Post a Comment