image atas

image atas

Thursday, May 17, 2012

Resepi utk raye

17 Mei 2012
petang 5.00 (dah habis kerje)

NI senarai kek utk raye ni yg i nak buat..sapa2 nak order silakan..pm sy.. hu..hu ayat tak boleh blah..Saja minggu ni ingatkan nak buat kek lobak merah utk sambutan ulang tahun perkahwinan ke 17 tahun..agak2 jadi tak ye...

Ni semua copy paste dari blogger (tak ingat sapa)..dah habis tengok terus x(tutup) tak teringat nak semak nama pun.. Anyway thanks..tapi i belum cuba tau..

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN MOIST (akak guna loyang 6"x 6")

Bahan-bahannya:
300 gram tepung gandum
150 gram gula halus - akak guna 60g aje, tu pun dah cukup manis
3 biji telur A
200 gram mentega
250 gram buah-buahan campuran
50 gram Almond Flake (kalau tak ada tak apa) - akak letak
50 gram isi biji kuaci (kalau tak ada tak apa) - akak tak letak sbb tak de
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat - akak guna black treacle
1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil

Cara-cara Membuatnya :

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2. (tips penting) Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
4. Pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.
5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
6. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
7. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. masukkan sedikit air, kacau bagi sekata Hati-hati gula hangus ni panas . Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi, tujuan masukkan air untuk lambatkan gula hangus tu jadi keras. sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
8. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
9. Alaskan kertas kuih didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. biasanya saya kukus sampai kek masak jer (cucuk dengan lidi, bersih masak le tu) rugi gas.Kalau tak nak kukus boleh juga bakar, tapi kukus lagi moist dan sedap

Kek Lobak Merah Lembab

Bahan-bahan :

2 cawan tepung superfine*
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus - resepi asal 2 cawan (manis sgt bg akak)
2 1/2 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Frosting:

100 g mentega – akak guna 80 g je
125 g cream cheese
1 camca teh jus lemon
2 camca besar gula aising

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.

Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.

Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.
Kek Marble Lembut Lagi Sedap Nina

Bahan-bahan: (loyang 8 in)

8 oz mentega
6 oz tepung gandum (akak guna superfine)
6 oz gula castor - gula ni akak kurangkan lagi sbb akak ni tak suka kek yg manis sgt
5 biji telur dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (akak guna coklat emulco dan oren emulco)

Cara membuat:

Tepung diayak bersama baking powder.
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dlm adunan putih telur dan pukul hingga rata.
Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung skit2 dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emluco pilihan anda.
Guna loyang 8 in persegi selang seli masukkan adunan tadi dimulai dgn adunan asal.
Bakar pd suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing2.

* Tips: Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunnakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.
Kek Coklat Kukus (Munira)
Bahan-bahan: - akak guna loyang bulat 9"

1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe -
yg ni akak tambah
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - diblender
(tapi akak pukul hingga kembang)
Cara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

COTTON SOFT CHEESE CAKE - Alma

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine - akak guna tpg superfine + 1/4 sdk double action baking powder
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)- akak kurangkan jd 120g
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon- ganti krim of tartar

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Tat Nenas Gulung


1 kg tepung gandum Cap Sauh
625 g mentega (2 1/2 buku mentega) - tapi akak guna 500g mentega + 125 g majerin planta
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)

Sapuan:

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati

Cara membuat:

Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)

Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut

Tuesday, May 15, 2012

malang tak berbau

16 Mei 2012
(Rabu - Tengahari)

Bercampur baur perasaan hari ini.  Ditimpa musibah yang mana mungkin ada rahmatnya.  Jam 11.20 pg terasa nak buang air kecil so gi ke toilet.. selalunya saya pilih tandas duduk tapi kalu ini sy gi tandas cangkung (nak ambil berkat),  Semat cermin mata kat baju kurung.  Sedang elok habis 'hajat' melantun cermin mata ting..ting terus masuk lubang jamban. 

Berderau darah..rasa nak menangis, rasa kecewa pada diri sendiri kerana tidak ikut kata hati/nurani.  Tengok kat lubang jamban ..mak oiii jauh nye saluran, nak seluk kalau tangan pontianak yg boleh panjang sendiri mungkin bole.. dekat 6 kaki dik non..

Mengelabah diri..pikir bulan ni memang nak pakai duit banyak.. duit utk PIBG dekat RM 3000, adik ipar nak pinjam RM 1200, nak bg kat abang RM 2500 (nak buatkan haji).
Duit kat bank cukup2 tinggal 3000 ja la ni.. tu pun duit anak belum masuk bank lg..

Camne ni..pikir nak balik rumah petang ni..nak memandu kerete dgn cermin mata tak de.. guana ni..weiii.

Call DH untuk inform.. takut2 dia marah.. dah jatuh bukan sengaja (walhal boleh tindakan preventive tadi).  So petang ni kena lah buat cermin mata lagi..minggu depan nak gi Mersing, Putrajaya.. dah lah mata ni rabun kronik..

Tak de rezeki nak menabung, ni yg terasa nak buat pinjaman peribadi ni..

Happy teacher Day

14 Mei 2012
4.00 petang

Hari ini sepatutnya saya ke Ipoh bagi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012.  Sy teringin nak pergi tapi memikir anak saya akan menduduki peperiksaan sekolah agama saya ambil keputusan utk tidak pergi.  Sy wakilkan pegawai sy yang memang guru (saya bukan guru okey).

Sy escape banyak program jabatan yg memerlukan sy bergerak keluar daerah termasuk ke Kluang pagi ini utk menyaksikan penerimaan watikah pelantikan kenaikan pangkat PPPS.  Bukan sy nak reveal atau komplot mahupun konspirasi menjatuhkan imej jabatan tapi pada hemat saya hadir utk setakat melihat, tepuk tangan sy rasa tak penting.  Kalau dah jemput ramai sy gunakan alasan ini, tapi kalau majlis tertutup insyallah sy akan hadbir utk menjaga nama jabatan kecuali ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Guru Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara - itu tema tahun ini.  Memang tepat tema berkenaan sebab dalam liberisasi pendidikan dan perkembangan teknologi tanpa sempadan (langit terbuka) para pendidik (guru) perlu melaksanakan kaedah pedagogi dan PnP yang inovatif bagi menarik minat murid semasa dalam kelas (kat luar sekolah - dah bidang tugas ibu bapa yekk).  At least dalam tempoh 4 jam persekolahan semua maklumat disalurkan semasa PnP dapat diterima, diterjemah, dianalisis, diserap dan ditukar dalam bentuk tindakan dan perlakuan yang membawa nilai-nilai baik dalam masyarakat mahupun individu/pelajar itu sendiri).

Sy berkesempatan menjadi panel pembimbing dalam program pengarah Turun Padang ke beberapa PPD, berpeluang dibentangkan pelan perancangan (dalam bentuk aku janji) oleh Pengetua dan Guru Besar dalam mencapai sasaran GPS, Skor Komposit, % penguasaan, % cemerlang dan pelbagai lagi angka.

Nampaknya melalui pemerhatian saya semua maklumat diperingkat KPM/JPN difahami dan disambut baik oleh PPD serta diinterpret dalam bentuk perancangan yang menjurus kepada kecemerlangan sekolah, murid dan kepimpinan sekolah itu sendiri bagi memastikan semua kejayaan sekolah mendapat pengiktirafan oleh KPM.  Ianya adalah baik dan wajar, kerana melibatkan sejumlah amaun ganjaran (RM) yang perlu direbut serta penentuan ranking sekolah tetapi matlamat ini menambah jurang objektif pendidikan kebangsaan itu sendiri.  Sy seorang yang mementingkan kecemerlangan akademik kerana pada saya mereka yang cemerlang selalunya mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.  Tetapi tanggapan ini adalah salah dan tidak sesuai pada masa kini.

Kalau dilihat pada isu masa kini terdapat beberapa orang yang cerdik pandai, golongan berpelajaran tinggi tetapi tidak dapat menguasai nafsu dan sentiasa mengambil pendekatan secara bijak melakukan jenayah (kola putih).  Kenapa ianya berlaku? 

Satu sebabnya ialah intelektual dalam bidang kepakaran jika tidak diseimbangi dengan kerohanian akan membawa kepada kemudaratan.  Pendekatan berhemah dan mendidik anak sekarang dengan memberi penerangan sebab dan munsabab serta kemudaratan perlu diberi tahu secara rasional.  Sy juga suka mencadangkan kepada mereka yang menggubal dasar supaya melihat semula dasar sedia ada termasuk pematuhan kepada nilai-nilai agama perlu diambilkira dalam menilai sistem pendidikan negara.  Tiada guna pendidikan dan prasarana kelas pertama jika nilai agama tidak diambil serius. 

Apa-apa pun malam ni mesti anak2 saya tanya apa hadiah nak bagi cikgu? itu sure nyeerr ditanya.  Sy tidak kisah utk menyediakan (tapi dengan syarat nilai tak perlu berbaloi2 yg penting didikan guru adalah ikhlas dan kerana Allah), kerana saya masih teringat bekas-bekas guru saya yang  betul2 berkhidmat dengan ikhlas dan dedikasi.  Insyallah anak-anak didikan guru akan berjaya dunia dan akhirat.

Happy Teacher Days..

The mediocre teacher tells, the good teacher explains, the superior teacher demonstrates, the great teacher inspires. "Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu."

Monday, May 14, 2012

Hari ibu 2

Saya tak buat sambutan yang grand-grand semalam utk sambutan Hari Ibu.  Saya hanya masak lauk kampung utk emak dan kebetulan saya ambil mak dari rumah adik bagi memberi laluan adik balik ke rumah MIL nye.  Sy tak tahu sama ada mak saya berasa hati atau tidak tapi saya maklum dalam usia emasnya saya khuatir utk membawa mak makan diluar.  Duduk lama dalam kereta pun mak dah penat.

Pagi saya goreng roti canai segera (saya dapat semasa Program Pengarah Turun Padang di Kota Tinggi).  Roti canai jenama Awangku memang sedap.. goreng garing tanpa minyak pun ok..so crunchy, so nice.  Sy juga panaskan kari ikan semalam (sy masak hari Sabtu - mahal ko, kepala ikan Onga Merah separuh mencecah 12 hinggit. Itu kepala ja..kalau campur ngan body ikan yg penuh muscle, ekor melentik mahunya 40 hinggot kot. Nak kata besar kecik..nak kata kecik pun tak besar sangat. Yang sedang sedang saja..

Oleh kerana terlalu mahal masing-masing makan sikit-sikit (alahai..geli hati dengor) tak de sy kosongkan perut utk melantak kat rumah pengantin, termasuk si kakak..so yg makan cuma papa je.. adik kat sekolah ada aktiviti utk pentauliahan calit emas Pandu Puteri..balik umah kol 6 dah melantak nasi berkat dari rumah Pengantin..Terima kasih tuan PPJ atas berkat (nasi) tuan..sy doakan moga tuan dimurahkan rezeki lagi di masa akan datang..Kenyang anak saya melantak.

ok balik semula hal sarapan - habis 7 keping roti canai habis digoreng - saya, mak dan kakak makan 1 keping sorang, adik n papa makan 2 keping --puhhh mau kenyang patutnya sampai tengahari .. Oh tapi tidak bagi adik.  Kol 1 cam biasa kelaparan mencari nasi.

Utk tengahari sy panaskan kari ikan, buat terung bakar berlado, goreng ikan dan ikan kering terubuk (hasil dapatan masa mesyuarat di Kuching pada April tempohari).  Nampaknya mak sy suka sangat terung berlado.. Alkisahnya dari malam sampai ke tengahari sayur ini sy masak berulang.  Dah habis terung ku..ni kena beli lain.

Utk juadah petang sy buat bingka pisang..kat umah banyak pisang so elakkan pembaziran saya lump sum dalam bingka walah sedap ko.. Sebab semalam dah melantak banyak saya kena puasa Isnin hingga Khamis ni.. Ho ho..

Happy Mother Day

Semalam 13 Mei 2012 merupakan sambutan Hari Ibu. Setiap tahun hari Ahad minggu ke dua bulan Mei diiktiraf sebagi Hari Ibu bagi semua ibu muda, ibu tua, ibu sedang-sedang (tak tua dan tak muda) macam saya le tu.



Saya sayang mak saya.. semoga mak sentiasa sihat. 






Tuesday, May 1, 2012

Happy Birthday Nadiah Izzati

3 May 2012 - dedicated to my daughter - Nadiah Izzati.

Kalau ringgan itu kayu
happy birthday to u

kalau berat itu batu
may Allah bless u too

Kalau sejuk pakai selendang
u are 14 years young

Kalau panas pakai topi
To me, u're still my baby

kalau dahaga minum milo
Girl, we love u so

Kalau lapar makan nasi ulam
Thanks God, i'm proud to be ur mum



Luka

Luka,
masih terus terasa
makin terus menanah
makin terus berdarah
makin terus tertoreh

hati terluka
jasad terluka
minda terluka
perasaan terus terluka

luka membusung lara
lara membawa sengsara
sengsara membawa derita
derita membawa jasad dan hati mati

Entry hampeh

Semalam cuti Hari pekerja..


Hajat hati nak pergi berjalan-jalan. Target saya ialah ke pantai atau menikmati pandang indah alam semula jadi.  Memandangkan DH pun bercuti (tak pernah2 cuti sempena Workers Day) tahun ni cuti pula dia..memang tak sangka.


Pagi dah bangun, prepare breakfast.. sambil minda berlengar-legar berfikir utk memilih destinasi nak pergi.
Selepas semua makhluk hidup kat rumah bangun terus cetuskan idea pada kakak.. Hmm dia kata ok!! Adik pulak tak nak sebab banyak kerja rumah yang belum siap (budak ni memang tak makan saman..cuti pun bukan nak buat kerja sekolah..asyik tengok TV ja.)


Last-last kul 9.45 buat keputusan gi jalan-jalan.. Mana sy nak ke Sedili Kecil/Besar..untung2 balik boleh cari ikan fresh.. kat rumah pun ikan tak de..


DH cadang nak g Gunung Belumut! Kat mana? boleh google..di Kluang.. Okey lah.. i ikut je..


Harapkan jurupandu tahu jalan..hmm memang tak boleh harap sampai kul 2.00 masih kat jalan..bayangkan dari Skudai ke Kluang bole ambik masa 2 jam.. tak faham betul.  kalu ikut saya gi mesyuarat 2 jam tak jumpa lokasi..maut masuk meeting lambat..


Asal nak ke Gunung Belumut, last dia bawak ke Gunung Lambak. L.A.M.B.A.K tu tak sama dgn B.E.L.U.M.U.T.  Ejaan tak sama, lokasi tak sama, koordinat tak sama, hmm semua tak sama.. dahlah ikut laluan jauh - macam dia tahu semua...


Dalam hati bercampur baur perasaan - marah, kecewa, bengang, lapar, frust semua ada..signage punya banyak, dia bawak kereta boleh tak nampak semua..siap g tanya orang utk pandu arah..Please ye.. bukan saya tapi DH.


Aku dengan bengang tahap dewa, rampas stereng tinggalkan dia dlm 10 meter.. (sambil tu tunggu juga).  Sy bayangkan dalam keadaan marah sy boleh tinggalkan dia .. tak bole imagine kalau hati saya keras, saya dan dan tu balik tinggal dia sorang cam ne..  Entah le lately saya betul-betul bengang, patah hati dan marah pada dia.. Rasa diri ini tidak diperlukan.
Last-last sy bawa ke Gunung Belumut..dengan jalan berliku masuk ke LKTP Ulu Dengar.. last-last sampai punye ramai manusia..hmm patah balik..Pergi juga ke Gunung Lambak Water Park.. tapi anak2 dah anak dara semua tak nak masuk.  Geli kata mereka.


Terus balik ke Skudai.. cari kedai makan tak jumpa..perut anak2 dah lapar, hati sakit.hmm tak tahu nak describe apa lagi..last2 makan kat KFC Johor Tenggara.. hmm


Balik umah kena masak lagi - Nasi Goreng udah le ye.  Hari yang penuh pembaziran..