image atas

image atas

Wednesday, December 7, 2011

Destinasi Cuti

Malam tadi DH minta supaya kami (saya dan anak-anak) buat pilihan ke mana destinasi cuti yang kami nak pergi. Yang paling excited mestilah anak-anak saya..sebabnya mereka nak pergi ke satu tempat yang belum pernah lagi gi.  Kesian betul anak2 saya yang besar dah 13 tahun tapi belum jejak kaki kat situ. 

Sebelum ini saya berpendapat cuti adalah masa yang paling berharga dan patut digunakan utk mengunjungi datuk dan nenek.  Itu yang saya gunakan sepanjang 17 tahun menjadi isteri.  So tiap2 tahun 3 kali cuti setahun mesti balik Terengganu (tak termasuk cuti Hari Raya - termasuk Chinese New Year). So selama ni 6 kali setahun ada cuti panjang mesti balik umah mak mentua, tapi sementelah anak2 saya remaja mereka meminta supaya ada agenda utk mengunjungi tempat2 menarik selain dari Terengganu.  So utk tahun ini kami follow mereka, lagi pun itulah reward yg i offer utk result peperiksaan akhir tahun 2011.  Alhamdullillah anak2 i semua Top 3, so why not bagi mereka appreciation utk membawa mereka ke lokasi yang mereka pilih.

Pilihan si kakak - Ke Cameron Highland (pity her never came here)

So saya minta dia cuba dapatkan maklumat awal supaya perjalanan lebih terancang, termasuk laluan, pilihan hotel, lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

Oleh kerana kami dari selatan, kena guna Utara - Selatan Highway. Ada dua option sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai.  DH mencadangkan exit ke Simpang Pulai sebab laluan dan jalan lebih baik (tidak naik bukit, tidak terlalu sempit dan bukan ular kena palu) berbanding laluan exit Tapah.  Cuma persiapan lebih kepada kos minyak dan tol (sebab Simpang Pulai kena tambah perjalanan +50 km) manakala ke CH berbeza 2 km (tambah).

Pilihan hotel saya cuba book Hotel Titiwangsa kerana melalui maklumat yang diberikan dekat dengan Pasar Malam (lebih kurang 5 min - jalan kaki) selain rate yang agak munasabah.

Lain-lain lokasi saya akan bawa mereka ke Strawberry Park (wajib), ladang Roses dan sayuran (wajib), Rama-rama (sunat), dan pelbagai tempat lain dah tak ingat.

Moga semuanya dipermudahkan dan dilindungi. Insyallah.

No comments:

Post a Comment