Sambung sebab dah tak le concentrate pada kerja .. burst otak..
Si adik memilih Singapore bagi destinasi percutiannya iaitu ke Universal Studio. Saya ni nama je isteri kepada seorang pekerja Singapore.. dan pemastautin tetap Spore tapi dah 17 tahun gak saya tak gi sana. Duduk je kat Johor tapi tak de nafsu nag gi... sebab kat Johor semua barang pun ada tak cam 20 tahun dulu.. Teringat masa bujang selalu gi Spore utk Shopping, tak bole lupa gi sana semata2 nak gi tengok wayang..ha..ha.. kelakar kan!!!
Utk shopping material kahwin pun ke Spore.. beli persiapan hari raya pun gi sana.. Tapi memang everlasting produk Spore pada masa itu. Salah satu sarung kusyen kat rumah mak masih elok, tak berbulu, kain pun tak carik...
Sejak rumah masuk pencuri masa tahun 1995, habis duit hilang, barang kemas adik pun hilang, jam yg beli kat Spore pun hilang (ala jam yg surface bole tukar2 tu apa ye.. yg penting ada Colours..) yang penting pasport pun hilang terus tak buat sampai le this year baru buat...
Si adik merengek kat papanya, tapi papa nya yang tak nak bawak..almaklum le dah hari2 gi.. mana tak muak kan...
Insyallah nak gi juga tapi tak pasti bila, may be before school open kot on January.
No comments:
Post a Comment