image atas

image atas

Wednesday, December 21, 2011

Keputusan peperiksaan PMR 2011

22 Disember 2011

Yahoo .. keputusan peperiksaan diumumkan pada hari ini.  Ada dua orang anak saudara yang menantikan detik mencemaskan hari ini.  Saya berharap sangat anak saudara ku akan dapat keputusan yang cemerlang.  Almaklum le dulu dia merupakan pelajar cemerlang semasa UPSR so harap kekal cemerlang.

Majlis Pengumuman peringkat negeri juga akan diadakan pada hari ini - bermula dengan Sidang Akhbar dan kemudian kepada Majlis Pnyampaian Anugerah.

Alhamdullilah anak saudara ku - Eika telah memperolehi 5A 3B.  Walaupun tidak cemerlang tetapi masih dikira berjaya. PMR pada saya adalah tahap pertama dan SPM adalah penentu kepada masa depan.  Semoga dia bermunasabah diri dan bulat tekad utk lebih berjaya di masa akan datang. 

Thursday, December 8, 2011

Destinasi Cuti 2

Sambung sebab dah tak le concentrate pada kerja .. burst otak..

Si adik memilih Singapore bagi destinasi percutiannya iaitu ke Universal Studio.  Saya ni nama je isteri kepada seorang pekerja Singapore.. dan pemastautin tetap Spore tapi dah 17 tahun gak saya tak gi sana.  Duduk je kat Johor tapi tak de nafsu nag gi... sebab kat Johor semua barang pun ada tak cam 20 tahun dulu.. Teringat masa bujang selalu gi Spore utk Shopping, tak bole lupa gi sana semata2 nak gi tengok wayang..ha..ha.. kelakar kan!!!

Utk shopping material kahwin pun ke Spore.. beli persiapan hari raya pun gi sana..  Tapi memang everlasting produk Spore pada masa itu.  Salah satu sarung kusyen kat rumah mak masih elok, tak berbulu, kain pun tak carik...

Sejak rumah masuk pencuri masa tahun 1995, habis duit hilang, barang kemas adik pun hilang, jam yg beli kat Spore pun hilang (ala jam yg surface bole tukar2 tu apa ye.. yg penting ada Colours..)  yang penting pasport pun hilang terus tak buat sampai le this year baru buat...

Si adik merengek kat papanya, tapi papa nya yang tak nak bawak..almaklum le dah hari2 gi.. mana tak muak kan...

Insyallah nak gi juga tapi tak pasti bila, may be before school open kot on January. 

Hangat diperkatakan

Tengok tajuk je dah gempak!!!!!!

Apa agaknya yang sedang hangat diperkatakan di pejabat saya pada hari ini, esok dan seminggu akan datang?????

Pasal artis Rozita Che Wan nak kahwin..bukan ..
Pasal NK sedang mengandung anak tak sah taraf???? pun bukan
Pasal Nadzmi aka Kaka yang sedang memuncak populariti selepas KFCM merana akibat skandalnye dengan ramai wanita.. pun tidak.. Setahu saya kakak (anak saya) je yg sedang demam Nadzmi..masa makan sebut pasal nadzmi.. tengok facebook pun nak tahu yg latest pasal Nadzmi... hmm makan, minum, tidur semua pasal Nadzmi.. Cam best je.. ala budak2 sedang meningkat kan.. jangan berlebihan sampai tak bole belajar okeylah kan..

Berbalik semula pasal topik yg extravaganza ni.. pasal apa ye..
#
#
%
%
&
&
*
*
!
!
La pasal SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) rupanya..

Aku tak kisah le SBPA ke SSM ke SSB ke, buat le... aku kan pekerja cemerlang, perubahan dasar tak mengganggu gugat pun. Semua nya boleh ku harungi.  Sebahagian pekerja perkhidmatan awam ni, cakap berdegar2 tapi habuk pun tarak!!!!

So boleh baca kat sini utk keterangan lanjut.. hr ini boleh akses, esok lusa mesti hang punyer.

What ever... kerja dibayar mahal, hasil mesti tip top kan..

Wednesday, December 7, 2011

Destinasi Cuti

Malam tadi DH minta supaya kami (saya dan anak-anak) buat pilihan ke mana destinasi cuti yang kami nak pergi. Yang paling excited mestilah anak-anak saya..sebabnya mereka nak pergi ke satu tempat yang belum pernah lagi gi.  Kesian betul anak2 saya yang besar dah 13 tahun tapi belum jejak kaki kat situ. 

Sebelum ini saya berpendapat cuti adalah masa yang paling berharga dan patut digunakan utk mengunjungi datuk dan nenek.  Itu yang saya gunakan sepanjang 17 tahun menjadi isteri.  So tiap2 tahun 3 kali cuti setahun mesti balik Terengganu (tak termasuk cuti Hari Raya - termasuk Chinese New Year). So selama ni 6 kali setahun ada cuti panjang mesti balik umah mak mentua, tapi sementelah anak2 saya remaja mereka meminta supaya ada agenda utk mengunjungi tempat2 menarik selain dari Terengganu.  So utk tahun ini kami follow mereka, lagi pun itulah reward yg i offer utk result peperiksaan akhir tahun 2011.  Alhamdullillah anak2 i semua Top 3, so why not bagi mereka appreciation utk membawa mereka ke lokasi yang mereka pilih.

Pilihan si kakak - Ke Cameron Highland (pity her never came here)

So saya minta dia cuba dapatkan maklumat awal supaya perjalanan lebih terancang, termasuk laluan, pilihan hotel, lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

Oleh kerana kami dari selatan, kena guna Utara - Selatan Highway. Ada dua option sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai.  DH mencadangkan exit ke Simpang Pulai sebab laluan dan jalan lebih baik (tidak naik bukit, tidak terlalu sempit dan bukan ular kena palu) berbanding laluan exit Tapah.  Cuma persiapan lebih kepada kos minyak dan tol (sebab Simpang Pulai kena tambah perjalanan +50 km) manakala ke CH berbeza 2 km (tambah).

Pilihan hotel saya cuba book Hotel Titiwangsa kerana melalui maklumat yang diberikan dekat dengan Pasar Malam (lebih kurang 5 min - jalan kaki) selain rate yang agak munasabah.

Lain-lain lokasi saya akan bawa mereka ke Strawberry Park (wajib), ladang Roses dan sayuran (wajib), Rama-rama (sunat), dan pelbagai tempat lain dah tak ingat.

Moga semuanya dipermudahkan dan dilindungi. Insyallah.

Celoteh

Khamis, 8 Dec 2011

Anak-anak dah cuti almost 4 minggu tapi sehingga sekarang belum ada chance nak bercuti.  Kakak 2 minggu lepas sibuk dengan peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama hingga hari Isnin lepas.  So memang terpaksa buat perancangan cuti lewat sedikit.  Pastu adik lak demam dan batuk, satu minggu demam kebah tapi batuk still ada. 

Alhamdullilah, dengan semua kebetulan. So memang elok sangat ambik cuti lewat sket.  Kat opis pun year end sale pun banyak kerja nak kena siapkan.  Termasuklah perancangan tahun 2012 dan pencapaian 2011.  Yang paling best mesyuarat penting pun dapat dilaksanakan walhal tak dibuat plan proper tapi still under control.

Minggu depan pun still ada mesyuarat penting utk siapkan aplikasi bagi kegunaan jabatan dan agensi bawahnya so harap dapat mencapai targetnye sebelum kena bentang pada 27 Dec ni.  Apa-apa hal I kena ambik cuti gak pada Rabu 14 Dec ni, almaklumlah my DH cutinya pun dah approve, selalunya susah sangat dapat cuti.  Tapi mungkin kesan banjir kat Thailand, so no production tu yang effect kat Spore.

Alhmdullillah dengan semua aturan mu Ya Allah.. semoga percutian yang dirancang akan berjalan dengan baik dan selamat.  Insyallah.