image atas

image atas

Sunday, October 2, 2011

PMR

Esok menjelangnya hari yang dinantikan dan ditunggu oleh semua pelajar yang telah membuat persiapan awal menghadapi PMR.  Mereka yang telah bersedia awal mesti teruja utk menjawap, sebaliknya bagi anak-anak yang membuat persiapan terakhir mesti dalam keadaan resah, terganggu tidur, gemuruh dan serba tak kena. 

Selamat berjuang kepada anak-anak saudaraku Eika dan Azizi..harap-harap semua berjaya. Untuk eika saya akui memang dia bright student dulu  UPSR dapat 5A harap-harap PMR tahun ni dapat 8A.  Tapi itulah budak dah meningkat umur berbeza karakter, susah nak diagak sama ada masih sama, apatah lagi dengan pengaruh kawan2.  Azizi aka Jiji lak budak lelaki mana sama, tak ada minat nak belajar, asyik ponteng kelas, tak buat kerja khusus, selalu bermasalah disekolah.  Harap-harap dia pergi untuk peperiksaan dan diterangkan hati serta digerakan tangan untuk menanda dan menulis jawapan yang betul.

Ada hadiah untuk kalian kalau berjaya - insyallah.



Pengalaman saya masa menghadapi SRP (dulu2), tidak seteruk anak-anak hari ini.  Belajar dalam kelas merupakan moment penting disusuli dengan latih tubi serta mengulangkaji merupakan startegi penting kepada pelajar masa itu.  Definisi kelas tambahan aka tusyen berbayar tiada masa itu, semua guru buat kelas tambahan bagi pelajar yang lemah, itu pun dibuat selepas kelas berakhir.  Saya tidak pernah terlibat dalam kelas tambahan almaklum sesi petang.. so masing2 ikut kebijaksanaan sendiri (fikir2kan umur 15 thn dah buat strategi utk diri sendiri).  Dalam kelas bersaing dengan pelajar2 cina yang selalu menggungguli mate, english dan sains.  So masa itu semangat jati diri melayu tebal, so kena study lebih utk bersaing dengan pelajar bukan melayu.  Kelas perdagangan (masa itu kelas terbaik utk murid cemerlang), hanya 40% shj Melayu selebihnya memang cina.  Masih ingat lagi kawan2 lama Azlindah Ahmad, Nor Hafizah Daim, Nurashikin Ngadimon, Suziana Saringat, Kasniah (lupa sket), Bibi Sandura, Suliah Samad dan saya, itu juga pelajar melayu.  Yang lelaki tak berapa nak ingat tapi Azhar, Zambri Mujir, Abd Halim, Selamat Murni(dah arwah), Kairulnizam, itu je kot.. yang ingat.

Alhamdullilah saya berjaya mengharungi SRP dengan cemerlang - pangkat 1 - 12 aggregat (dulu pakai agg).  Boleh ke sekolah berasrama atau sekolah Sains tapi situasi keluarga tidak mengizinkan.  So kena sambung juga untuk SPM di sekolah yang sama dalam aliran Sains.
Best wooiii. (ni kena sambung utk cerita SPM lak)

No comments:

Post a Comment