image atas

image atas

Wednesday, October 12, 2011

Entry unsangkarable

Memang betul apa dikata oleh semua manusia hidup.  Hidup bertuankan wang ringgit akan menjadikan kita mudah alpa dan lupa, cuba mencari kelemahan orang lain utk penipuan, pemalsuan.  Semuanya sebab wang.

Saya merasa amat terkejut apabila dimaklumkan seorang pegawai saya didapati cuba utk memalsukan dokumen dengan niat utk mendapatkan duitnya semula.  Bukan dia seorang punya kerja tapi melibatkan individu lain yang juga.

Kes dimaklumkan oleh simangsa semalam melalui telefon.  Mangsa merupakan salah seorang pegawai tertinggi di jabatan ini, memaklumkan beliau dihubungi oleh seorang pegawai koperasi mengenai permohonan peg bawahannya (OKT2) yang ingin membuat permohonan pinjaman peribadi. Apabila disemak didapati beliau tidak pernah menandatangani sebarang borang permohonan dari OKT1 bagi urusan pinjaman berkenaan. 

Setelah disemak didapati OKT2 memaklumkan borang berkenaan ditandatangani oleh pegawai saya (OKT1) dimana menguruskan permohonan pinjaman atas nama OKT2 dengan melengkapkan dan menurunkan tanda tangan si mangsa dimana dilakukan oleh kerani saya (OKT3).  Kes bermula apabila OKT2 berhutang sebanyak RM 25,000 dengan OKT1 utk tujuan perniagaan.  Apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi maka OKT1 dan OKT2 berbincang supaya pembayaran dibuat secara pinjaman dengan sebuah koperasi.  Tidak  pasti borang permohonan diisi penuh oleh OKT1 atau OKT2.

Kes terbongkar apabila penyedia perkhidmatan kredit menghubungi mangsa utk pengesahan.  Oleh kerana tidak berpuashati si mangsa meminta supaya semua dokumen disalin kepada beliau utk semakan barulah didapati ada wujud keraguan yang munasabah sehingga lah dipanggil OKT1 dan OKT1 memaklumkan OKT2 terlibat sama.

Kalau ikutkan hati saja nak suruh si mangsa buat laporan polis.. sebabnya saya tidak mahu berkompromi dalam urusan tipu menipu ni.. Biar OKT2 rasa, tulah sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

No comments:

Post a Comment