image atas

image atas

Sunday, October 16, 2011

utk semua menantu2

Haa entry kali ini mengenai menantu.. Ada yang bergelar menantu atau yang bakal menjadi menantu silalah baca kisah Nabi Ibrahim dan menantunya ini sebagai renungan bersama ya...
Di suatu hari Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.


Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.


Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.


Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.


Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.


Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah.
Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).


Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.


Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Wednesday, October 12, 2011

Entry unsangkarable

Memang betul apa dikata oleh semua manusia hidup.  Hidup bertuankan wang ringgit akan menjadikan kita mudah alpa dan lupa, cuba mencari kelemahan orang lain utk penipuan, pemalsuan.  Semuanya sebab wang.

Saya merasa amat terkejut apabila dimaklumkan seorang pegawai saya didapati cuba utk memalsukan dokumen dengan niat utk mendapatkan duitnya semula.  Bukan dia seorang punya kerja tapi melibatkan individu lain yang juga.

Kes dimaklumkan oleh simangsa semalam melalui telefon.  Mangsa merupakan salah seorang pegawai tertinggi di jabatan ini, memaklumkan beliau dihubungi oleh seorang pegawai koperasi mengenai permohonan peg bawahannya (OKT2) yang ingin membuat permohonan pinjaman peribadi. Apabila disemak didapati beliau tidak pernah menandatangani sebarang borang permohonan dari OKT1 bagi urusan pinjaman berkenaan. 

Setelah disemak didapati OKT2 memaklumkan borang berkenaan ditandatangani oleh pegawai saya (OKT1) dimana menguruskan permohonan pinjaman atas nama OKT2 dengan melengkapkan dan menurunkan tanda tangan si mangsa dimana dilakukan oleh kerani saya (OKT3).  Kes bermula apabila OKT2 berhutang sebanyak RM 25,000 dengan OKT1 utk tujuan perniagaan.  Apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi maka OKT1 dan OKT2 berbincang supaya pembayaran dibuat secara pinjaman dengan sebuah koperasi.  Tidak  pasti borang permohonan diisi penuh oleh OKT1 atau OKT2.

Kes terbongkar apabila penyedia perkhidmatan kredit menghubungi mangsa utk pengesahan.  Oleh kerana tidak berpuashati si mangsa meminta supaya semua dokumen disalin kepada beliau utk semakan barulah didapati ada wujud keraguan yang munasabah sehingga lah dipanggil OKT1 dan OKT1 memaklumkan OKT2 terlibat sama.

Kalau ikutkan hati saja nak suruh si mangsa buat laporan polis.. sebabnya saya tidak mahu berkompromi dalam urusan tipu menipu ni.. Biar OKT2 rasa, tulah sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Friday, October 7, 2011

Sikap kita hari ini

Perbincangan mesy pagi pada hari ini dijabatan, terkeluar satu topik pasal kualiti modal insan yang dicorakkan melalui sistem pendidikan sekian lama.

Antara isu dibangkitkan utk renungan
1) Modal insan kita tidak sensitif pada hari ini cth datang temuduga utk GSTT, kebanyakkan siswazah diploma dan first degree, tapi jika ditanya sapa menteri kabinet kementerian itu, ini semua laju je jawap "Tak Tahu". Kalau dulu masa zaman kita ditemuduga tak boleh jawab camni sebab otomatik penemuduga akan mark kita ni tak alert dgn isu semasa.

2) Mereka yang datang temuduga tidak membuat persiapan rapi contoh salinan dokumen yang siap disahkan, dulu2 (asyik cakap dulu ja) esok nak gi temuduga dag dig dug dada berdebar, persiapan salinanan buat awal2 kat pejabat DO masa tu. Salinan semua berbayar kat kedai gambar.. datang ha sebeban sijil utk ditandatangan sampai pegawai akan kata datang esok utk ambil balik,

3) budak2 yang hadir periksa pun sama, dok dewan peperiksaan bukan jawab soalan tapi membuta, kalau dah siap jawap tak apa ni tengok sheet jawapan kosong tak bertanda dan tak bertulis (hah sapa nak jawap). Agak2 nye dia ni buat persiapan last minit ke atau merewang malam tadi..hmmm

yg lain-lain banyak esok lusa bersambung lah..

Mutiara kata 2

Ini pula kata-kata Dr Fadzillah Kamsah mengenai kerja yang saya kutip dari blog Wanwma. Muhasabahlah diri kita, jika kita tersenarai dari senarai di bawah, marilah berpindah minda.

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’

sapa punya pendapat ni ..bukan saya ye.. Prof Dr Fadzillah Kamsah.

Mutiara kata

" Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa".

utk mutiara kata lain klik sini

Thursday, October 6, 2011

Tribute to Apple Co-Founder

Sana sini memperkatakan mengenai kematian mengejut salah seorang pengasas Apple. Boleh baca sini.


Saya tak berapa kenal sangat.. sbb bukan pengguna tegar Apple.. masa belajar ada guna Mac salah satu Apple produk, masa kerja Apple pun produk paling mahal walaupun durable n stable.. 1 Apple boleh beli 3 PC Pentium 2 masa tu.. 


Masa kerja memang ada buat produk Apple .. keje ..hmm keje tunggu STPM nyer result. Tak de canggih mana cuma keyboard je..tapi memang syok sebab logo Apple tu yang menarik, nak copet memang tak leh..


Anyway condolence to family Steve atas perginya seorang yang hebat dan berinovasi tinggi. 

Sunday, October 2, 2011

Jadual Waktu PMR

Jadual peperiksaan PMR - seluruh negara
Waktu termasuk persiapan awal - 10 minit (utk memberi ruang dan peluang pelajar adapt persekitaran dan bilik)


TARIKH

WAKTU
PERKARA
TEMPOH MASA
Selasa
4 Okt 2011
8.00 – 9.10 pagi
Bahasa Melayu Kertas 1
1 jam
9.40 – 11.50 pagi
Bahasa Melayu Kertas 2
2 jam
2.20 – 4.30 petang
Pendidikan Islam
Kertas 1
2 jam
Rabu
5 Oktober 2011
8.00 – 9.10 pagi
Bahasa Inggeris
Kertas 1
1 jam
9.40 – 11.30 pagi
Bahasa Inggeris
Kertas 1
1 jam 30 minit
2.20 – 3.45 petang
Geografi
Kertas 1
1 jam 15 minit
Khamis
6 Oktober 2011
8.00 – 9.10 pagi
Sains
Kertas 1
1 jam
10.20 pagi – 12.00 tgh
Sains
Kertas 2
1 jam 30 minit
2.20 – 3.45 petang
Sejarah
Kertas 1
1 jam 15 minit
Isnin
10 Oktober 2011
8.00 – 9.25 pagi
Matematik
Kertas 1
1 jam 15 minit
10.30 – 12.25 tgh
Matematik
Kertas 2
1 jam 45 minit
2.10 – 3.50 petang
Kemahiran Hidup
Kertas 1
1 jam 30 minit
Selasa
11 Oktober 2011
8.00 – 10.40 pagi
Bahasa Arab
Kertas 1
2 jam 30 minit
8.00 – 10.10 pagi
Bahasa Cina
Kertas 2
2 jam
8.00 – 10.10 pagi
Bahasa Tamil
Kertas 2
2 jam
8.00 – 10.10 pagi
Bahasa Punjabi
Kertas 2
2 jam
8.00 – 9.25 pagi
Bahasa Iban
Kertas 2
1 jam 15 minit
8.00 – 9.25 pagi
Bahasa Kadazan
Kertas 2
1 jam 15 minit
11.00 – 12.10 pagi
Bahasa Cina
Kertas 1
1 jam
11.00 – 12.10 pagi
Bahasa Tamil
Kertas 1
1 jam
11.00 – 12.10 pagi
Bahasa Punjabi
Kertas 1
1 jam
11.00 – 12.10 pagi
Bahasa Iban
Kertas 1
1 jam
11.00 – 12.10 pagi
Bahasa Kadazan
Kertas 1
1 jam


PMR

Esok menjelangnya hari yang dinantikan dan ditunggu oleh semua pelajar yang telah membuat persiapan awal menghadapi PMR.  Mereka yang telah bersedia awal mesti teruja utk menjawap, sebaliknya bagi anak-anak yang membuat persiapan terakhir mesti dalam keadaan resah, terganggu tidur, gemuruh dan serba tak kena. 

Selamat berjuang kepada anak-anak saudaraku Eika dan Azizi..harap-harap semua berjaya. Untuk eika saya akui memang dia bright student dulu  UPSR dapat 5A harap-harap PMR tahun ni dapat 8A.  Tapi itulah budak dah meningkat umur berbeza karakter, susah nak diagak sama ada masih sama, apatah lagi dengan pengaruh kawan2.  Azizi aka Jiji lak budak lelaki mana sama, tak ada minat nak belajar, asyik ponteng kelas, tak buat kerja khusus, selalu bermasalah disekolah.  Harap-harap dia pergi untuk peperiksaan dan diterangkan hati serta digerakan tangan untuk menanda dan menulis jawapan yang betul.

Ada hadiah untuk kalian kalau berjaya - insyallah.



Pengalaman saya masa menghadapi SRP (dulu2), tidak seteruk anak-anak hari ini.  Belajar dalam kelas merupakan moment penting disusuli dengan latih tubi serta mengulangkaji merupakan startegi penting kepada pelajar masa itu.  Definisi kelas tambahan aka tusyen berbayar tiada masa itu, semua guru buat kelas tambahan bagi pelajar yang lemah, itu pun dibuat selepas kelas berakhir.  Saya tidak pernah terlibat dalam kelas tambahan almaklum sesi petang.. so masing2 ikut kebijaksanaan sendiri (fikir2kan umur 15 thn dah buat strategi utk diri sendiri).  Dalam kelas bersaing dengan pelajar2 cina yang selalu menggungguli mate, english dan sains.  So masa itu semangat jati diri melayu tebal, so kena study lebih utk bersaing dengan pelajar bukan melayu.  Kelas perdagangan (masa itu kelas terbaik utk murid cemerlang), hanya 40% shj Melayu selebihnya memang cina.  Masih ingat lagi kawan2 lama Azlindah Ahmad, Nor Hafizah Daim, Nurashikin Ngadimon, Suziana Saringat, Kasniah (lupa sket), Bibi Sandura, Suliah Samad dan saya, itu juga pelajar melayu.  Yang lelaki tak berapa nak ingat tapi Azhar, Zambri Mujir, Abd Halim, Selamat Murni(dah arwah), Kairulnizam, itu je kot.. yang ingat.

Alhamdullilah saya berjaya mengharungi SRP dengan cemerlang - pangkat 1 - 12 aggregat (dulu pakai agg).  Boleh ke sekolah berasrama atau sekolah Sains tapi situasi keluarga tidak mengizinkan.  So kena sambung juga untuk SPM di sekolah yang sama dalam aliran Sains.
Best wooiii. (ni kena sambung utk cerita SPM lak)