image atas

image atas

Wednesday, March 9, 2011

Pemimpin yang menjadi idola

Antara tokoh yang terdekat (dalam Malaysia le) yang menjadi sanjungan dan dikagumi tentulah Tun Mahathir Mohamad. Kalau ikutkan sejarah beliau telah memegang tampuk pemerintahan sebagai PM paling lama tahun 1981 - 2003. Masa ni saya darjah lima..  
 
Saya berkesempatan melawat Rumah Mahathir semasa bercuti ke Kedah, dan rasanya sepanjang saya membesar hingga bekerja semuanya sinonim dengan beliau..apa taknya belajar pun di universiti yang diilhamkan olehnya Univ Utara Malaysia (idea beliau utk memajukan Kedah), bekerja dibawah dasar-dasar beliau, dibidang yang mana beliau nampak penting utk memacu pembangunan negara hingga wujud Cyberjaya dan Putrajaya dan nampaknya bidang yg ku ceburi (IT) pun mendapat tempat dihati beliau. 

Tak keterlaluan saya memang mengagumi cara pemikiran, ideologi, kecekapan ekonomi yang mana memang perfect menjadikan Malaysia setanding negara lain di awal tahun 1990an.  Kecemerlangan beliau patut dihargai oleh pemimpin masa kini kerana pemimpin sekarang hanya perlu sustain apa yang telah diilhamkan.



No comments:

Post a Comment