image atas

image atas

Friday, March 25, 2011

Bunga..

Semalam berkesempatan ke Kluang utk mesyuarat, tapi disebabkan mesyuarat habis lebih awal di Kulai so terus ke Kluang.  Sampai Tol Ayer Hitam dalam kul 1.00 petang, meeting mula 2.30 petang.. apa nak buat ye..

Terus ke Pekan Ayer Hitam, teringat anak pesan utk beli cakar ayam utk display pada kawan sekelas utk subjek Agama (apa kene mengena agama ngan cakar ayam yekk). Tak faham le .. So beli gak 3 paket.. congak-congak ada kedai bunga, teringat esok kena pindah bilik, bilik baru tak masing kosong, so why not buy some and do basic decoration. 

Tengok dalam 3 kedai, kedai ke3 baru ada yang berkenan..

Tara.. ni dia rege munasabah kot RM 220, tawar sket cuma dapat RM 185, so terus sambar.. Cantik tak..

Ok kan...

Lepas ni nak kena cari meja utk bunga lak..oppss silap bunga utk meja kerja ku..

No comments:

Post a Comment