image atas

image atas

Thursday, March 31, 2011

Anuar Z@in

Sapa minat.. boleh beli meja.. tak mahal RM 15,000 je... (tersedak2 ni)...





Sapa ada duit lebih mai sini.. i nak 3 kerusi yang jauh pun ok lah... (RM 1,500 x 3 = RM 4,500 je) mai sini sedekah kat i ye...

Liga kRe@+!f

Hari ini jadi wakil Bos Besar utk jadi wakil beliau ke majlis Penyampaian Hadiah Liga Kreatif Remaja di Puteri Pan Pasific.  VIP majlis Pengarah Kandungan - Tn Hj Roslan Ahmad dari SKMM.  Penyampaian bagi zon selatan (johor dan Melaka).  Tapi yang paling mengembirakan bila dimaklumkan penyertaan terbanyak adalah dari Johor 107.. so kira up skit le coz jadi wakil Johor. 

Yang menarik utk Malaysia ni Content Management masih belum mantap lagi, apatah lagi jika dibanding dengan US.  Apa maksud Content Management ? CM dimaksudkan sebagai pengisian digital yang akan dicapai oleh semua penduduk Malaysia dalam program inisiatif jalur lebar Malaysia (NBI).  Sekarang banyak CM masih dikuasai oleh US yang mana banyak buruk dari baik. Contohnya Facebook, Google.. etc. So kalau ikutkan Malaysia akan membangunkan CM sendiri dalam usaha pengisian mengikut acuan dan nilai dan etika masyarakat Malaysia. Lepas ini akan ada IPTV, so pengisian CM mestilah bersifat local, yang menarik CM merupakan satu cara mudah untuk dapatkan pulangan tinggi dalam masa terdekat.

Keputusannya SMK Selesa Jaya 2 sebagai pemenang utama dengan hadiah RM 5000, h/p, dan sijil manakala SMK Bentara Luar pemenang ke2 membawa hadiah RM 3000 dan sijil serta SMK Seni JB di tangga ke tiga dengan hadiah RM 2,000 serta sijil.  Saguhati kepada 6 sekolah yang video nya menarik juga diberi pengiktirafan dengan hadiah RM 500 dan sijil (ok juga kan..lumayan).

CM ni perlukan kreativiti tinggi, keupayaan dan kemahiran dalam ICT dalam suntingan video dan editing gambar serta audio... So kalau tengok hasil pelajar sekolah ni ok gak... menarik dan tertarik.



Wednesday, March 30, 2011

Bestnye dapat balik umah

Alhamdullilah selepas 3 hari gi outstation, dapat balik ke rumah dengan selesa, tapi almaklum le bebudak ngan bapak budak yang tinggal habis rumah bersepah.  Baju sana-sini tak berlipat, belum basuh..barang-barang anak bersepah, buka berteraburan...

Dah penat gi outstation balik rumah kena kemas pulak. Anyway rasa happy sesangat... tak kisah le buat pelan-pelan kang lambat laun (mahunyer bertahun baru siap) hu..hu..

Friday, March 25, 2011

Bunga..

Semalam berkesempatan ke Kluang utk mesyuarat, tapi disebabkan mesyuarat habis lebih awal di Kulai so terus ke Kluang.  Sampai Tol Ayer Hitam dalam kul 1.00 petang, meeting mula 2.30 petang.. apa nak buat ye..

Terus ke Pekan Ayer Hitam, teringat anak pesan utk beli cakar ayam utk display pada kawan sekelas utk subjek Agama (apa kene mengena agama ngan cakar ayam yekk). Tak faham le .. So beli gak 3 paket.. congak-congak ada kedai bunga, teringat esok kena pindah bilik, bilik baru tak masing kosong, so why not buy some and do basic decoration. 

Tengok dalam 3 kedai, kedai ke3 baru ada yang berkenan..

Tara.. ni dia rege munasabah kot RM 220, tawar sket cuma dapat RM 185, so terus sambar.. Cantik tak..

Ok kan...

Lepas ni nak kena cari meja utk bunga lak..oppss silap bunga utk meja kerja ku..

sElaM@t TinGg@l

Hari ini rasa hiba, sayu dan sedih kerana terpaksa meninggalkan pejabat utk selama-lamanya. Dah hampir 4 tahun duduk kat sini.  Tempat memendam rasa, mencurah perasaan marah kpd staff yang tak faham-faham kerja, pasal disiplin dan pernah menanggis di sini disebabkan oleh perangai staff yang tak melalui kita.. sbb bos besar marah..

Apa-apa pun bersyukur juga kerana dapat mengabadikan diri dalam menjalankan kerja dengan selesa di jabatan ini, tak macam jabatan lama, meja pun tak ada, apatah lagi bilik walaupun layak... tapi faham dengan kesulitan ketua jabatan yang tidak dapat menyediakan kemudahan dengan selesa...

Bilikku yang mendapat sentuhan awal.. dari diri ku sendiri

Komputer lama .. banyak jasanya tu..

Meja pilihan ku juga.. termasuk kerusi tu.. best woooii..
 Nak ke mana lepas ni...tunggu entri akan datang.. hu..hu...

Tuesday, March 22, 2011

Esok - Pengumuman SPM 2010

Pagi tadi mengikuti siaran HotFM - isu yang dibincangkan berkenaan bagaimana/apa cara yang anda buat celebrate SPM.  Agak menarik sebahagian pendengar (seusia) menyatakan dulu2 remaja hanya setakat keluar merempit makan pisang goreng..la ni mana ada lagi!!! Tak gempak le kata remaja sekarang.
Saya dulu... lepas SPM sibuk cari kerja.. Dapat keje kilang mak bapak dah seronok, apa taknya tak de le tiap hari nak mintak duit kot!! Dulu gaji RM 300 pun dah banyak.. tak tahu nak buat apa? La ni seminggu pung dah boleh abis RM 300.  he .. he...Kelakar2...

So utk esok harap yg terbaik utk suma..adik2, anak2 saudara... 

Saturday, March 19, 2011

en3 tertangguh

Cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk menziarahi kedua mertua di terengganu.. Bertolak hari Sabtu selepas kakak balik dari sekolah khas dlm kul 2.00 ptg.. dan sempat lunch di Yong Peng, serta makan malam di Kuantan..sampai rumah average dlm kul 11.00 mlm. Agak lewat apa taknya asyik kerja singgah kat mana-mana yang rasanya nak singgah.. ni masalahnya kalau en suami asyik nak berhenti merokok ...

Pagi Ahad ke KTganu, saja nak ke Pasar Payang sebab nak cari loyang kuih bahulu, dulu nyer dah hilang kat kampung, tak pasti siapa yg gi jual . Amboii mahainye la ni loyang tembaga.. rege dah RM150.00, tapi sebab memandangkan nak ada simpanan utk diturunkan kat anak cucu beli gak.. 


Ni rupanya...cantik kan ada ikan, belimbing, manggis, shell, cantik dan berbaloi-baloi...




Kain batik banyak dijual tapi tak rasa nak beli, sebab tawar2 pun tak dapat harga terbaik utk sutera yasmin.. setakat tengok je..

Gi Pantai Batu Buruk kejap utk minum petang (lunch tak de kat cni..) makan ikan goreng tepung, sotong goreng tepung, daging burger dan nugget (utk anak nyer) serta keropok lekor.. okeylah sedap.. lupa nak snap gambar...



kakak

si montel - adik




Breakfast Hari Ini

Salam Hari Ahad, apa khabar semua....

Hari ini asyik menjerit je.apa taknye suma anak dara ku asyik berfacebook je.. keje rumah tak siap, persiapan sekolah lum buat...

Nak minum pagi pun tak senang..

Ari ni cuma bekfas Apam Tepung Beras (salju), resepi dari kak YatiAlhamdullilah sedap...


 

Friday, March 11, 2011

Gempa bumi di Jepun

Berita dari TV3
Gempa bumi terburuk sejak 140 tahun di Jepun pagi tadi terus memberi impak ekonomi.

Beberapa stesen nuklear dan loji minyak negara itu terpaksa ditutup menyebabkan kerugian ketara.

Turut disahkan, tiga reaktor nuklear di Loji Nulkear Onagawa, utara Jepun ditutup serta merta akibat gempa yang terlalu kuat.

Tiga loji minyak dan gas di Sendai,  Kashima dan Negishi turut menghentikan operasi.

Kilang besi utama negara itu juga terbakar.

Selain itu, sistem rangkaian jalan teruk terjejas.

Bank Pusat Jepun yang masih berdepan kesukaran merangsang ekonomi negara itu, kini sedang berusaha memastikan pasaran kewangan kekal stabil.

Beberapa kilang automotif dan semikonduktor di utara Jepun dijangka terpaksa ditutup.

Mata wang Yen turut didagang lemah susut 0.3 peratus berbanding dolar Amerika.

Lain-lain catatan berita dari blogger klik sini

Wednesday, March 9, 2011

Putu Beras

Putu ke kutu.. Kutu yang merangkak kat kepala orang, ayam, monyet (ada kot) sbb selalu nampak kat zoo monyet tengkek kat belakang kawannya sambil sibuk tangan kais2 kepala.. 

Pernah makan putu beras? Sapa belum pernah makan angkat tangan! Okey turun tangan, ambik duit ni RM 3.00 pi beli.  Apa kat mana? Kat umah ni memang tak de, so pi Silver le.. Silver Slim River ke apa.. bukan pi Perak.  Rasanya putu beras ni cuma ada kat Perak kot. 

Sebelum ni cuma pernah baca kesedapan putu beras.. asyik terliur je.. Tapi masa gi Perak tak lepas keinginan untuk menikmatinya.  Nasib baik teringat kalau idak.. kempunan je.  
Rasanya memang sedap.. bentuk cam pau tapi tepung nya manis... dalmnya ada kelapa masin... wallah... syiok.. Memang best.. Sejuk2 pun masih gebu..bukan mat gebu ye.. gebu.

Sila jamu le ye..............jamu mata tau..

Pemimpin yang menjadi idola

Antara tokoh yang terdekat (dalam Malaysia le) yang menjadi sanjungan dan dikagumi tentulah Tun Mahathir Mohamad. Kalau ikutkan sejarah beliau telah memegang tampuk pemerintahan sebagai PM paling lama tahun 1981 - 2003. Masa ni saya darjah lima..  
 
Saya berkesempatan melawat Rumah Mahathir semasa bercuti ke Kedah, dan rasanya sepanjang saya membesar hingga bekerja semuanya sinonim dengan beliau..apa taknya belajar pun di universiti yang diilhamkan olehnya Univ Utara Malaysia (idea beliau utk memajukan Kedah), bekerja dibawah dasar-dasar beliau, dibidang yang mana beliau nampak penting utk memacu pembangunan negara hingga wujud Cyberjaya dan Putrajaya dan nampaknya bidang yg ku ceburi (IT) pun mendapat tempat dihati beliau. 

Tak keterlaluan saya memang mengagumi cara pemikiran, ideologi, kecekapan ekonomi yang mana memang perfect menjadikan Malaysia setanding negara lain di awal tahun 1990an.  Kecemerlangan beliau patut dihargai oleh pemimpin masa kini kerana pemimpin sekarang hanya perlu sustain apa yang telah diilhamkan.



A Doctor In The House - Tun MM

Semalam mantan PM Malaysia ke 4 - Tun Mahathir Mohamed telah melancarkan buku terbahrunya iaitu  "A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" di PH Midvalley Bangsar KL.

Jika tak silap buku berkenaan merupakan himpunan cerita Tun MM sejak 85 tahun lalu termasuk zaman pemerintahannya.  Walaupun sesetengah tulisannya menyelitkan beberapa perkara yang mungkin sensitif pada sesetengah pihak tapi rasanya berbaloi-baloi jika kita memilikinya..

Harganya dalam RM 100 boleh order secara online kata sesetengah sumber (belum tengok lagi).. dan utk jualan boleh dperolehi di MPH..





Nak beli..nak beli...