image atas

image atas

Wednesday, February 9, 2011

Nostalgia 20 tahun dulu

Rabu 9 Februari 2011
Malam.

Kesempatan cuti CNY digunakan untuk menjejak nostalgia 20 tahun dulu... diam tak diam dah 20 tahun berlalu...

20 tahun dulu pada Jun 1990 terima tawaran utk sambung belajar di universiti di utara. Mula-mula tak nak pergi, maklum le masa tu dah keje. Keje apa? Hmm keje kilang je di bandar PG.  Seronok gila masa tu almaklum le dah jauh dr keluarga tak de siapa nak leter, nak larang even kuar malam pun. Tapi 20 tahun dulu, masih selamat, kuar dgn mana-mana boyfriend pun boleh balik ngan selamat.. tak de yg kurang jika dibandingkan sekarang.

Tawaran belajar terpaksa di terima memandangkan semua ahli keluarga mendesak dan memberi sokongan dalam bentuk material dan moral.  Pergi ke sana dengan perjalanan hampir 20 jam (dulu) diringi kaum keluarga membuatkan aku bertekat utk meraih segulung ijazah.

Kampus masih baru.. kolej kediaman masih dalam pembinaan, masalah air yang sentiasa putus.. jauh dari bandar adalah pengalaman yang mendewasakan.  Namun kunjungan semula selepas 20 tahun memperlihatkan banyak perubahan, pokok dah besar.. dan banyak bangunan tambahan tapi masih boleh cam kolej kediaman masa semester pertama, semester kedua dan seterusnya semester akhir..
Konvo di sini

Dewan makan masa sem 2 (Kolej Petronas)

Terima kasih kepada semua pensyarah..khasnya Prof Dr. Nazeb Nordin...pernah nangis depan dia semata-mata nak tukar kelas.. hu hu...

No comments:

Post a Comment