image atas

image atas

Friday, February 25, 2011

Etika yang tidak perlu ditiru

Menceritakan pengalaman semasa kunjungan ke Langkawi.. oleh kerana tidak menginap di sana, semasa melepasi laluan kastam... pegawai kastam kata " Bila mai sini". Saya pun jawap "pagi tadi".  "Ni kena cukai ni" ujar pegawai kastam bebangsa India. "okeylah.. saya sanggup bayar.. berapa", cepat-cepat aku jawab.. sebabnya ada 10 minit lg sebelum feri berlepas ni.. 

Pegawai kastam merujuk bil yang telah saya sua .. dengan cetakan amaun RM498.80.  seorang pegawai kastam yang agak senior.. ni kena RM 50 je.. utk corell nyer barang je... sambil berbisik.  Akak bayar sana ye.. sambil tangannya menunjukkan kaunter bayaran di sebelah depan.

Seorang pegawai kastam menyambut huluran RM 50.00 dengan resit dari semakan kastam. Yang tu i tak kisah, tapi yang mengejutkan saya nampak ada satu kad pengenalan diluar kanuter bayaran hasil.  Pada pendapat saya mungkin kad pengenalan itu tidak sengaja ditinggal, mungkin dalam kekalutan masa membayar cukai dengan mengejar jadual feri perempuan dari KL (tak sengaja ternampak) tertinggal.  


Sepatutnya sebagai agensi yang menjaga keselamatan negara (menyemak keluar masuk barangan bercukai), agensi berkenaan tidak patut meletakkan kad pengenalan berkenaan diruangan terbuka yang mana orang yang bukan sepatutnya boleh akses kepada maklumat sulit itu.  Rasanya ianya mendedahkan kepada pemalsuan dokumen, penipuan dan mungkin boleh digunakan oleh PATI utk digunakan sebagai identiti diri.  Amanah memungut cukai dan menyimpan dokumen pengenalan diri juga sama pentingnya.

No comments:

Post a Comment