image atas

image atas

Monday, February 28, 2011

h@ti YaNg kEceW@

Pagi ini menerima panggilan dari adik di kampung..pagi tengok hp berderet miss call dari adik. Rasa serba salah so balas panggilan.

Terima je perkabaran yang agak mengecewakan.. Apa dia khabarnya? Tak perlu lah diperjelaskan memadai ianya amat menguris hati ku.

Apa salah ku, kalau teguran ku disalahanggap, tak pernah ku mengeluarkan kata-kata itu, seingat aku lah.. aku cuma menyatakan rasa kekesalan kerana anak saudara ku tidak pernah mengembirakan kedua ibubapanya... So apa yang ku maksudkan ialah janganlah dia menyusahkan ibubapanya memadai.. mengembirakan selagi kedua ibubapa masih ada..

Tapi tak apalah, tiada sekelumit pun perasaan dendam, cuma aku kena berhati-hati dalam menyatakan maksud supaya tiada salah faham dikemudian hari.
Salahkah aku...
Biar ku sendiri...

Friday, February 25, 2011

Etika yang tidak perlu ditiru

Menceritakan pengalaman semasa kunjungan ke Langkawi.. oleh kerana tidak menginap di sana, semasa melepasi laluan kastam... pegawai kastam kata " Bila mai sini". Saya pun jawap "pagi tadi".  "Ni kena cukai ni" ujar pegawai kastam bebangsa India. "okeylah.. saya sanggup bayar.. berapa", cepat-cepat aku jawab.. sebabnya ada 10 minit lg sebelum feri berlepas ni.. 

Pegawai kastam merujuk bil yang telah saya sua .. dengan cetakan amaun RM498.80.  seorang pegawai kastam yang agak senior.. ni kena RM 50 je.. utk corell nyer barang je... sambil berbisik.  Akak bayar sana ye.. sambil tangannya menunjukkan kaunter bayaran di sebelah depan.

Seorang pegawai kastam menyambut huluran RM 50.00 dengan resit dari semakan kastam. Yang tu i tak kisah, tapi yang mengejutkan saya nampak ada satu kad pengenalan diluar kanuter bayaran hasil.  Pada pendapat saya mungkin kad pengenalan itu tidak sengaja ditinggal, mungkin dalam kekalutan masa membayar cukai dengan mengejar jadual feri perempuan dari KL (tak sengaja ternampak) tertinggal.  


Sepatutnya sebagai agensi yang menjaga keselamatan negara (menyemak keluar masuk barangan bercukai), agensi berkenaan tidak patut meletakkan kad pengenalan berkenaan diruangan terbuka yang mana orang yang bukan sepatutnya boleh akses kepada maklumat sulit itu.  Rasanya ianya mendedahkan kepada pemalsuan dokumen, penipuan dan mungkin boleh digunakan oleh PATI utk digunakan sebagai identiti diri.  Amanah memungut cukai dan menyimpan dokumen pengenalan diri juga sama pentingnya.

en3 tertangguh

Nak masuk en3 tertangguh .. mai ke utara masa CNY sempat singgah ke Langkawi..Anak dara ku yang beria-ia ngajak nak gi..so terlanjur dah smpi kedah why not singgah ka..

Kat sana actually tak menginap.. balik hari je..naik feri kul 9.00 pg sampai 10.30 pg kat jetty kuah.... sewa kete (terbang le RM80.00) hanya sempat gi Makam Mahsuri dan paling lama di Cable Car.. Almaklum le public holiday ramai pulak utk sampai giliran naik cable car maunya tunggu 2 jam, tapi alhamdullilah merasa gak anak2 ku pengalaman menaiki cable car.

Layan gambar je le ye..

di Makam Mahsuri

pelantar puncak Cable car

Kul 5.30 ptg balik ke Kuah, sempat gak borong coklat utk cousin2, nephew serta abang2 ku.. Last kat Jetty nasib baik nampak set pinggan yg ku cari2 selama ni.. sambar satu.. maunya terbang RM 500.00.

Wednesday, February 23, 2011

nAk Gi bAyaR le ni

baca utusan on line hari ni JPJ/PDRM ...BAYAR SEKARANG..
Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009. nak baca lebih kat sini 

Hari ni sampai kena ambik cuti,  nak settla servis kete avg RM 890, bayar saman RM200, bayar PBT 1050, so terbang le koman-koman RM2,300 .. tak leh nak shopping le pas ni.  Padan muka selalu sangat nak bertangguh bayar..

Ghupernya dah 2 tahun tak byr mau tak bnyk..hmm

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

14 Februari 2011
Malam

Sumber google
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H/2011.

Wednesday, February 9, 2011

Nostalgia 20 tahun dulu

Rabu 9 Februari 2011
Malam.

Kesempatan cuti CNY digunakan untuk menjejak nostalgia 20 tahun dulu... diam tak diam dah 20 tahun berlalu...

20 tahun dulu pada Jun 1990 terima tawaran utk sambung belajar di universiti di utara. Mula-mula tak nak pergi, maklum le masa tu dah keje. Keje apa? Hmm keje kilang je di bandar PG.  Seronok gila masa tu almaklum le dah jauh dr keluarga tak de siapa nak leter, nak larang even kuar malam pun. Tapi 20 tahun dulu, masih selamat, kuar dgn mana-mana boyfriend pun boleh balik ngan selamat.. tak de yg kurang jika dibandingkan sekarang.

Tawaran belajar terpaksa di terima memandangkan semua ahli keluarga mendesak dan memberi sokongan dalam bentuk material dan moral.  Pergi ke sana dengan perjalanan hampir 20 jam (dulu) diringi kaum keluarga membuatkan aku bertekat utk meraih segulung ijazah.

Kampus masih baru.. kolej kediaman masih dalam pembinaan, masalah air yang sentiasa putus.. jauh dari bandar adalah pengalaman yang mendewasakan.  Namun kunjungan semula selepas 20 tahun memperlihatkan banyak perubahan, pokok dah besar.. dan banyak bangunan tambahan tapi masih boleh cam kolej kediaman masa semester pertama, semester kedua dan seterusnya semester akhir..
Konvo di sini

Dewan makan masa sem 2 (Kolej Petronas)

Terima kasih kepada semua pensyarah..khasnya Prof Dr. Nazeb Nordin...pernah nangis depan dia semata-mata nak tukar kelas.. hu hu...

Monday, February 7, 2011

Saman ke tak saman ni...

BUTTERWORTH: The Road Transport Department is looking into the possibility of amending the Road Transport Act to fine motorists who fix television screens and DVD players in their vehicles.
State Road Transport Department (JPJ) director Datuk Hassan Yaacob said an amendment could be made under Section 66 of the Road Transport Act 1987 for making vehicle alterations without permission.
“It is illegal and dangerous to fix these accessories. A driver can easily get distracted and it may result in accidents,’’ he said.
Hassan said enforcement teams would check if vehicles had complied with approved specifications.
“Those with xenon headlights will be fined RM300 while vehicles with fancy number plates will be fined RM120.
“In the end, they waste money by paying thrice – fixing the parts, paying the fine and paying again to remove them,” he said.
Hassan was commenting on the increasing number of motorists fixing televisions and DVD player sets in their vehicles.
On vehicles that are factory fitted with DVD players and GPS navigators, he said the department would have to look into it.

sumber dari Star 

Apa pendapat semua... ni langkah kedepan ke belakang...

Ntah ape-ape je

7 Februari 2011
11.45 pm

Baru balik bercuti tak rajin nak update blog... Plan asal nak gi Langkawi then tu balik kg Tganu tapi.. disebabkan duit dah habis dek angkara tak dapek kawal nafsu, so tangguh rancangan ke Tganu.

Tak pe le ada cuti lagi nanti gi balik sana nun..