Kementerian Kesihatan sedang mempromosikan 7 langkah bijak kurangkan pengambilan GULA
- Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
- Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
- Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
- Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
- Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
- Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
- Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”
keterangan lanjut sila layari http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?&id=59
No comments:
Post a Comment