TOKOH ISLAM - PELOPOR ICT
Tokoh Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi (780 - 850) dan dikenali sebagai bapa algebra. Al-Khawarizmi pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Belaiu juga merupakan pengasas Algoritma iaitu tatacara langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah dalam masa yang terhingga. Oleh itu algoritma sesetengah negara, ia dikenali sebagai Alkhawarizmi.
Dalam sains komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses larian kod komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer. Usaha dalam kajian ini bertemakan "bagimanakah cara untuk menghasilkan langkah tersingkat dalam penyelesaian setiap masalah komputer yang diutarakan.
- Mempunyai permulaan
- Mempunyai input (dalam sesetengah kes, tiada input) dan output
- Mempunyai proses
- Mempunyai penamat
Penggunaan algoritma
Algoritma banyak digunakan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang sains komputer. Dalam sains komputer, algoritma digunakan sebelum proses pengaturcaraan C dimulakan. Melalui algoritma, pengaturcara dapat memastikan pengaturcaraan dikod dengan betul dan dapat digunakan.
Penukaran unit meter kepada kilometer.
- 1) Mula
- 2) Input
- 2.1) Nilai dalam meter
- 3) Proses
- 3.1) Kilometer=meter/1000
- 4) Output
- 4.1) Nilai dalam kilometer
- 5) Tamat
No comments:
Post a Comment