tak pasti dari sumber mana dapat... tapi dari google of course..
TOKOH ISLAM - PELOPOR ICT
Tokoh
Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai
Al-Khawarizmi (780 - 850) dan dikenali sebagai
bapa algebra. Al-Khawarizmi pakar dalam bidang
matematik dan
astronomi. Belaiu juga merupakan
pengasas Algoritma iaitu tatacara langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah dalam masa yang terhingga. Oleh itu algoritma sesetengah negara, ia dikenali sebagai Alkhawarizmi.
Dalam sains komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses larian kod komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer. Usaha dalam kajian ini bertemakan "bagimanakah cara untuk menghasilkan langkah tersingkat dalam penyelesaian setiap masalah komputer yang diutarakan.
Ciri-ciri algoritma
- Mempunyai permulaan
- Mempunyai input (dalam sesetengah kes, tiada input) dan output
- Mempunyai proses
- Mempunyai penamat
Algoritma mesti memenuhi syarat-syaratnya. Jika syarat tidak dipenuhi, maka itu bukan algoritma.
Penggunaan algoritma
Algoritma banyak digunakan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang sains komputer. Dalam sains komputer, algoritma digunakan sebelum proses pengaturcaraan C dimulakan. Melalui algoritma, pengaturcara dapat memastikan pengaturcaraan dikod dengan betul dan dapat digunakan.
Contoh algoritma
Penukaran unit meter kepada kilometer.
- 1) Mula
- 2) Input
- 2.1) Nilai dalam meter
- 3) Proses
- 3.1) Kilometer=meter/1000
- 4) Output
- 4.1) Nilai dalam kilometer
- 5) Tamat