De&TiNa$i KeHiDuP@N
image atas

Tuesday, February 18, 2014
Kakak dan Adik
Buat adik dan kakak..
Kalau kalian berdua terbaca coretan mama di sini, ketahuilah bahawa mama sayang pada kalian berdua. Mama tau mama bukanlah terbaik buat korang. Mama tak tau nak psiko ke, diplomasi ke pada korang. Kalau nak marah, mama marah je, mama leterkan, kadang-kadang mama perlecehkan korang terutama kakak juga adik,,,
Kakak ingat tak mama tak pernah puji bila kakak dapat markah tinggi dalam exam, tapi bila markah rendah mama cakap, " Banyak ni je, kan subjek senang?" Kakak terasa kan? Mama tau sebab mama ada terbaca luahan kesedihan kakak tu. Dan bukan sekali dua mama perlecehkan kakak, nak tau kenapa? Mama nak kakak jadi orang yang kuat jiwa, tak mudah kecik hati dan lembik bila diperlecehkan orang. Mama nak kakak boleh handle setiap masalah dan kontrol perasaan, kembalikan setiap masalah pada Allah...
Sebenarnya mama rasa bersyukur sangat bila tengok kakak sekarang. Kakak teguh menjaga keperibadian sebagai remaja muslimah dan bijak menyelesaikan setiap masalah. Mama tau bukan mudah buat kakak pada awalnya kan? Semua nak kena urus sendiri. tapi sekarang kakak dah bolehkan?
Satu yang mama perasan, kakak ni menurun perangai mama..garang. Kakak janganla ikut perangai mama yang garang tu. Mama memang kena garang, bersebab tau. Kalau kat rumah, memang mama jadi singa kalau korang buat perangai buruk dan lengahkan solat. Kat pejabat mama kena garang supaya anak-anak murid mama jadi 'orang', garang mama bertempat. Kalau betul kakak nak jadi doktor macam yang kakak cakap tu, belajarlah berhemah dan lemah-lembut ya. Tapi mama perasan juga, segarang-garang kakak, adik di rumah ni sentiasa rindukan kakak, tertanya-tanya kalau kakak tiada. Sebabnya tiada saudara lain yang boleh dimanjai.

Adik....
Mama memang susah hati ddengan adik. Doa mama tak putus buat adik. Dalam setiap doa mama akan bayangkan raut wajah adik. Mama takuttt..
Adik pergi sekolah agama. Sampai darjah Khas lagi. Tapi pelakuan adik Nampak kurang didikan agama. Adik selalu leka. Selalu lewatkan solat, bila dah ngadap youtube, 5 jam pun sanggup, sedangkan solat 5 minit pun bukan main liat lagi nak bangun. Punggung macam dah kena gam syaitan kat kerusi/katil, tak boleh bangun. Subuh pun hanya niat je tapi kalau mama kejut bangun, memang tak bangunkan jawabnya? Puas dah mama marah..dan sakit hati....sampai mama rasa adik tak payah balik Sekolah kat sini, Sekolah je kat asrama penuh. supaya mama tak nampak dan mama tak sakit hati..
Itu dua perkara yang buat mama susah hati dengan adik. Youtube dan solat. Senang je kalau nak buat mama sejuk hati pada adik, tunaikan solat awal waktu dan kurangkan tonton youtube. Tu je....
Bila kita nak tau Allah sayang kita ke tak, tengoklah orang di sekeliling kita. Macamana mereka dengan kita, senang ke mereka berkawan dengan kita, atau mereka sentiasa nak jauhkan diri dari kita. Sedihkan bila orang tak suka, benci kat kita. Itu orang benci, tapi kalau Allah yang benci kita, kat mana lagi kita nak mengadu nasib, sedangkan dalam setiap detik nafas kita sentiasa perlukan DIA...
Berubahlah adik...
Bukan untuk mama, tapi untuk diri sendiri. Selama ni, kalau dalam hati adik selalu salahkan mama dan papa kerana menyangka kami tak adil dalam memberikan kasih-sayang, sangka kami lebih sayangkan kakak, ketahuilah, kami sayangkan kakak kerana dia anak yang taat, taat pada kami dan lebih lagi taatkan Allah. Kalau dalam hati adik tertanya-tanya kenapa adik-adik boleh sayangkan kakak walaupun kakak garang, itu kerana kakak bijak suaikan keadaan, kat mana perlu marah dan kat mana perlu sayang dan gurau senda dengan adik-adik. Adik pulak dengan adik-adik macam ais, dingin beku, sejuk je...tak taula nak tunjukkan kasih-sayang dengan kakak, papa dan mama, jadi macamana kami nak rindu dan sayang pada adik seperti diorang sayang dan rindu pada kakak....
Di sini sekali lagi mama nak cakap, mama sayang setiap anak mama, susah payah mama mengandungkan korang selama 9 bulan, jerih-pedih pula nak membesarkan korang, dan pahit-getir mama dalam nak memastikan korang jadi anak-anak soleh di dunia dan akhirat, bukan kerana nakkan sesuatu sebagai balasan, Tapi kerana memang itu tanggungjawab yang akan dipersoalkan Allah di Akhirat nanti...
Akhir sekali, mama minta kepada setiap anak mama, tolong, tolong jadikan Allah dan Rasul sebagai hidup mati korang, InsyaAllah korang akan selamat dunia dan Akhirat, Aminnnn...

Thursday, July 4, 2013
Salam Ramadhan al Mubarak
Seminggu lagi akan tibanya saat di nanti oleh Muslimin dan Muslimat - Ramadhan al Mubarak. Bulan penuh keberkatan, melimpahkan ganjaran yang perlu direbut setiap muslimin dan muslimat bagi persiapan bekalan akhirat.
Checklist kehadiran Ramadhan
- Selesaikan Qadha Puasa Ramadhan (bagi perempuan dan anak-anak gadisnya)
- Persiapan kesihatan untuk mempersiapkan diri merebut keberkatan Ramadhan
- Persiapan amalan dan ibadat untuk diamalkan sepanjang hari di bulan Ramadhan
- Mensucikan diri bagi memperbaharui diri untuk menjadi muslimin dan muslimat yang sebenar
Ganjaran kepada mereka yang berpuasa lidah, mata, pendengaran dan perbuatan serta nafsu sepanjang bulan Ramadhan

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAN MOGA BERTEMU DI RAMADHAN AKAN DATANG..INSYALLAH

Wednesday, June 19, 2013
CR2 (siri 49): Hujan Dalam Hati
Oleh Samsiah Mohd Nor
Langit seperti mahu menangis tapi tidak jadi. Hanya mendung menghiasi dadanya. Bayu pagi berhembus malas bagai turut sama menghantar ucap takziah. Seperti warna langit yang kesedihan, jiwa raga Rania juga dipalu gundah. Dia masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku pada Murni dan Fahmi. Bukan sahaja dirinya, malah seluruh keluarga turut bersimpati atas peristiwa yang menimpa Murni dan anaknya.
Malam itu merupakan malam ketiga majlis tahlil untuk kedua-dua beranak itu dilakukan. Tan Sri Razlan mengundang orang masjid berdekatan untuk sama-sama bertahlil. Ummar Qayyum yang sampai lebih dua jam tadi kelihatan sugul. Jauh di sudut hati dia sangat berdukacita malah sesekali dia dihimpit rasa bersalah atas malang yang menimpa Murni. Selesai orang bertahlil, Ummar Qayyum menyaingi Tan Sri Razlan dan Rais melayan tetamu menjamu selera.
“Qayyum makan dulu, lepas tu, pergilah berehat,” ujar Tan Sri Razlan.
Dia tahu Ummar Qayyum kepenatan selepas lebih sembilan jam di dalam kapal terbang. Puan Sri Zalia juga menyuruh Ummar Qayyum berehat sahaja. Dek kepenatan, Ummar Qayyum beredar dan mencari ibunya. Dia mahu tahu tentang cerita Murni yang sebenarnya daripada ibu.
“Mak Qayyum ada di dapur tadi,” ujar Makcik Rohaya apabila ditanya oleh Ummar Qayyum. “Kat dapur pun ada lauk-pauk kenduri kalau Qayyum nak makan,” sambung Makcik Rohaya.
Ummar Qayyum bergegas ke dapur. Ibunya sedang duduk termenung bersendirian.
“Mak duduk seorang diri kat sini?” tegur Ummar Qayyum. Terkejut Nenek Ninda disapa si anak. Dia sedang mengelamun sebenarnya.
“Mak baru lepas makan. Kamu dah makan Qayyum?” tanyanya balik.
Ummar Qayyum menggeleng.
“Makanlah. Kamu pun penat ni, baru sampai.”
Ummar Qayyum perasan mata Nenek Ninda berkaca-kaca. Ada sesuatu yang bernanah di hati sehingga kelihatan di mata tuanya. Terkenangkan Murnikah? Fikir Ummar Qayyum.
“Murni dah mati,” ujar Nenek Ninda tersekat-sekat padahal dia tahu Ummar Qayyum telah pun dimaklumkan. Masih terbayang-bayang di ruang mata Nenek Ninda peristiwa yang berlaku. Sampai mati dia tidak akan lupa. Fahmi! Murni! Senak dadanya mengenangkan nasib yang menimpa dua beranak itu.
“Saya minta maaf mak. Saya rasa bersalah. Saya tak ada dengan mak masa kejadian tu berlaku. Sepatutnya saya balik lebih awal.”
“Bukan salah siapa-siapa. Dah takdir Murni begitu.”
“Mak okey ke?”
“Mak masih terkejut Qayyum. Mak terkejut.”
“Saya pun mak. Sampai sekarang saya rasa tak percaya Murni dan Fahmi dah pergi meninggalkan kita.”
“Sedih Qayyum, tiap kali mak kenangkan Murni, hati mak jadi hiba. Sejauh itu kasih sayang Murni pada kamu. Mak tak sangka. Mak ingat bila dia dah berumah tangga dan beranak hilanglah perasaan itu, rupanya tidak.”
Murung wajah Ummar Qayyum mendengarnya.
“Tapi dah takdirnya begitu. Kita terima sajalah,” ucap Nenek Nenda yang menyedari Ummar Qayyum dilanda pelbagai rasa.
“Salah saya barangkali atas apa yang menimpa Murni.” Ummar Qayyum turut meluahkan rasa kesal atas apa yang berlaku.
“Kan mak dah kata bukan salah siapa-siapa. Perkara dah berlaku pun. Kita berdoa saja supaya arwah diampunkan dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” tutur Nenek Ninda lagi.
Bagi Ummar Qayyum, keadaan yang menimpa Murni memang benar-benar tragik. Manakan tidak! Mula-mula Murni meminta cerai daripada Rais. Kemudian dia menganyam angan-angan untuk berkahwin dengannya. Semuanya nampak mustahil tapi Murni tidak peduli. Dia tenggelam dalam lautan angannya. Menyedari impiannya mahu dicabuli, Murni tersentak. Dia tidak akan mengizinkannya. Dia hilang pedoman. Dia tidak mahu impiannya direnggut. Dia menjadi tidak waras dan semakin tertekan apabila menyedari tingkah lakunya diawasi oleh Nenek Ninda. Klimaksnya Fahmi jadi mangsa! Menitis air mata Ummar Qayyum apabila mengimbas kejadian menimpa Murni.
“Kamu dah jumpa Ren ke belum?” tanya Nenek Nenda tiba-tiba.
Ummar Qayyum tersentak. Hilang cerita Murni mendadak. Dia menggelengkan kepala. Masih adakah tempat untukku di sisi Rania apabila si isteri telah menghulurkan tali perpisahan? Atau barangkali tali perpisahan yang dihulur Rania itu hanya sekadar ugutan?
“Macam mana kamu dengan Ren?” Soalan kedua ditanyakan sebelum soalan awal belum sempat dijawab Ummar Qayyum.
“Entahlah mak. Kalau ikutkan situasi, saya tak wajar ada di sini.”
“Kenapa kamu cakap begitu Qayyum. Murni pun dah meninggal dunia. Apa lagi yang nak dikorbankan?”
Terkejut Ummar Qayyum mendengar kata-kata ibunya. “Apa maksud mak?”
“Mengalahlah...”
“Saya tak tahu nak buat apa mak. Saya tak berani nak buat keputusan. Saya tak tahu apa yang Ren nak sebenarnya.”
“Ni kamu dah balik. Buatlah sesuatu untuk rumah tangga kamu,” nasihat Nenek Ninda lagi. Ummar Qayyum terdiam sejenak. Wajarkah aku melupakan sahaja apa yang diminta oleh Rania? Aku tak pernah lupa ayat yang Rania ungkapkan padaku. Dia meminta perpisahan. Aku tidak mahu perpisahan itu tapi ...ah! Sukarnya.
“Dah banyak sangat yang kamu berdua lalui sebelum ni. Allah dah permudahkan. Jangan lepaskan peluang itu,” nasihat Nenek Ninda lagi.
“Mak tidur di mana malam ni?” tanya Ummar Qayyum lama kemudian.
“Tidur di sinilah. Kenapa?”
Ummar Qayyum tidak terkata. Seluruh ahli keluarga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara dirinya dengan Rania. Mereka hanya beranggapan bahawa antara dirinya dengan Rania berlaku masalah biasa dalam hubungan
suami isteri.
“Pergilah kamu jumpa dengan isteri kamu,” desak Nenek Ninda lagi.
“Pergilah,” ulangnya lagi melihat Ummar Qayyum masih tercegat.
Di laman hadapan rumah, tetamu mulai susut. Di sebuah meja bulat, Tan Sri Razlan bersama Rais sedang berbual dengan beberapa orang surau.
Rania pula duduk bersama Ros Ilyani dan Puan Sri Zalia. Ummar Qayyum hampiri meja yang ada Rania.
“Eh kenapa belum salin pakaian? Mama ingat tadi naik mandi,” tegur Puan Sri Zalia semasa Ummar Qayyum menghampiri mereka.
Ummar Qayyum duduk di sebelah ibu mertuanya. Rania tundukkan wajahnya.
“Dah makan belum ni?”
“Kejap lagi mama.”
“Ren, ambilkan nasi dengan lauk-lauk untuk Qayyum,” arah Puan Sri Zalia.
“Tak apa mama. kejap lagi saya makanlah!”
“Pergi ambilkan. Qayyum penat ni! Setengah hari dalam kapal terbang,” ulang Puan Sri Zalia.
Rania akur. Puan Sri Zalia berbual-bual dengan menantu.
“Berapa lama cuti ni?” tanya Puan Sri Zalia.
“Tak tentu lagi mama. Tengok keadaan.”
Rania datang balik dengan sepinggan nasi berserta lauk-pauk. Segelas jus tembikai dihidang bersama. Ummar Qayyum makan tanpa gangguan. Sambil itu, dia mendengar saja perbualan kaum wanita yang masih berkisar tentang Murni.
Sesekali Ummar Qayyum mencuri pandang si isteri. Dia sedar seperti dirinya, Rania juga dilanda kesedihan. Ketara di wajah Rania bahawa dia terkejut.
“Besok pagi Ren pergi dengan Qayyum. Qayyum pun belum ziarah juga.” Usulan Puan Sri Zalia supaya dirinya dengan Rania menziarahi pusara Murni dan Fahmi masuk ke telinganya.
Dia yang baru selesai makan beredar untuk membasuh tangan. Apabila balik semula ke kerusi, perbincangan mereka masih berterusan.
“Ke Qayyum penat nak ke kubur?” tanya Puan Sri Zalia.
“Tak apa. Saya ikut saja.” Dia menjeling untuk melihat reaksi Rania.
Syukur apabila Rania tidak menolak. Malamnya, Ummar Qayyum serba salah untuk masuk ke bilik. Namun kerana segankan ibu bapa mertua dan ibunya, dia meloloskan juga tubuhnya masuk ke bilik tidur mereka. Rania tidak bercakap sama seperti dulu.
“Boleh ke abang tidur di sini?” tanya Ummar Qayyum tertib.
Dia duduk di birai katil sebelah kiri manakala Rania pula di sebelah kanan. Rania angguk.
“Esok kita ke pusara Murni dan Fahmi?” tanya Ummar Qayyum saja-saja.
Canggung rasanya berada bersama Rania sementelah sudah agak lama mereka berdua berjauhan. Rania angguk lagi.
Malam yang sunyi bertambah sunyi tanpa komunikasi antara mereka berdua.
“Ren apa khabar?” tanya Ummar Qayyum lama kemudian.
“Macam nilah...”
“Banyak yang berlaku semasa ketiadaan abang,” keluh Ummar Qayyum.
Mendadak ingatan Rania singgah pada Murni. Rania mengeluh sedih.
“Tak sangka begitu sudahnya kehidupan Murni,” kata Rania kemudiannya. “Dan tak sangka begitu mendalam kasih sayang dan cintanya pada awak.”
Ummar Qayyum menelan air liur. Pelik bunyinya bicara Rania. Kata ganti nama ‘awak’ yang digunakan oleh Rania turut menyentak hatinya. Marah Rania masih bersisa, detik hati Ummar Qayyum.
“Semoga Allah ampunkan dosa Murni dan tempatkan Murni dalam kalangan orang-orang beriman. Saya tak sempat minta maaf padanya. Saya juga berdosa pada Murni,” katanya perlahan.
Rania teringat akan kata-kata kesat yang pernah dilemparkan pada Murni. Pernah dia menyuruh Murni pergi semasa dia hendak berbicara dengan Ummar Qayyum. Malah Murni pernah menegaskan bahawa dia akan pergi dari rumah itu. Akhirnya Murni benar-benar ‘pergi’ dan tak akan kembali lagi. Aku kehilangan anak tapi Murni hilang semuanya. Sebak perasaan Rania.
“Bila Ren akan masuk sekolah balik?” tanya Ummar Qayyum saja-saja.
“Saya akan berpindah balik ke Sabah,” sahutnya tegas.
“Ren tak serius kan?”
“Ayah dah uruskan semua. Sekarang saya bercuti tanpa gaji sambung cuti sakit keguguran dulu.”
“Kenapa nak pergi jauh sampai ke Sabah? Kat Selangor ni pun banyak sekolah.”
Rania tunduk. Banyak kisah pahitnya bermula sejak dia pindah ke Semenanjung. Ah, barangkali Semenanjung tidak sesuai untuk aku walaupun tempat asalku di sini.
“Ren, kita bincang,” pujuk Ummar Qayyum.
Debarannya datang semula. Masakan hati Rania sekeras kerikil.
“Kita dah bincang sebelum awak ke Sweden kan?” kerling Rania.
Berderau darah Ummar Qayyum dibuatnya. Rania ingat segala kata-kata yang dilontar. Dia serius dengan keputusan yang dibuat. Adakah Rania kekal mahu berpisah?
“Abang macam mana?” soalnya macam orang bodoh.
Rania diam sejenak. Hatinya mahu menangis mendengar soalan Ummar Qayyum tapi ditahan sedapat mungkin. Sudah banyak air matanya terhambur buat Fahmi dan Murni. Dia tidak mahu menangis lagi.
“Ren, kita bincang sekali lagi,” pujuk Ummar Qayyum. Nadanya tenang sedang di dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Rania kaku di sebelah sana. Kasih sayangnya pada Ummar Qayyum masih bersisa tapi peristiwa yang berlaku pada Murni menyebabkan dirinya dihantui rasa bersalah yang bukan sedikit. Dia tidak pernah sangka sejauh itu cinta Murni pada Ummar Qayyum - yang akhirnya memusnahkan hidupnya sendiri. Mendengar cerita daripada ibu mertuanya tentang hari-hari terakhir kehidupan Murni sangat memilukan. Murni berangan-angan hendak bernikah dengan Ummar Qayyum tapi akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Fahmi juga menjadi korban. Sehingga ke tahap itu perlakuan Murni dek cinta!
Ya Allah, aku rasa berdosa sangat. Akukah yang bertanggungjawab merampas Ummar Qayyum kesayangan Murni? Berdosakah aku? Kerana dosa itukah aku aku dihukum dan Allah mengambil anak dalam kandunganku sebagai galang gantinya?
“Saya bersalah mengambil awak dari Murni.” Mata Rania mulai memerah.
Terkejut Ummar Qayyum mendengarnya. “Tak ada salah siapa-siapa.”
“Sikit sebanyak saya bersalah.”
“Kita bukan hendak berbincang tentang itu. Murni dah pergi. Kita yang hidup, perlu diteruskan.”
“Mana boleh macam tu, saya tetap bersalah.”
“Ren, cukup-cukuplah menyalahkan diri sendiri.”
“Awak tak tahu apa yang saya rasa.”
Ummar Qayyum mati kata-kata.
“Kalau saya tahu sejauh itu cinta dan sayang Murni pada awak, saya tak akan ambil awak daripada dia.” Rintih Rania berterusan.
Hati Ummar Qayyum bagai disambar petir mendengar kata-kata Rania.
“Ren...” Ummar Qayyum makin takut melihat keadaan Rania. Sedari dulu, itulah perwatakannya. Dia selalu mahu menjadi lilin dan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Kalau begitu, hubungan mereka akan menjadi bertambah genting.
“Tempat ini tak sudi terima saya. Saya tetap akan balik ke Sabah.”
“Ren, keluarga kita di sini.”
“Biarlah saya pergi jauh dari sini. Banyak kenangan sedih yang akan mengganggu kehidupan saya kalau saya terus di sini.”
Ummar Qayyum terkedu. Dia tidak sangka pulangnya dia ke Malaysia kali ini menerima tekanan sehebat itu. Adakah bumi Semenanjung ini juga tidak sudi menerima aku? Spontan, dia teringat sebuah sajak Rania di Facebook. Teringat juga akan komen balasan daripadanya. Demi malam di mana kejoraku?
Akan benar-benar hilangkah Rania dalam hidupku? Menggigil Ummar Qayyum dibuatnya!

Tuesday, June 11, 2013
Puisi orang tak reti
oh bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara
oh kekasih mana sayang
kian hilang menjadi sengsara
hati yang tercalar tidak mampu diubati. Hati yang rawan kelak menghancur impian. Masih sukar dimengerti, bukan tersalah tafsir, bukan silap percaturan.
Silap bukan pada ku seorang, Punca tulang melulang makin dalam, makin mencengkam. Andai itu takdirnya perlu dihadapi, perlu ditempuhi, tanpa gentar, tanpa bimbang akan ditempuhi.
11 Jun 2013

Monday, June 10, 2013
CR2 (Siri 48) - Andai Itu Lorong Takdirnya
Tubuh Fahmi tidak bergerak. Matanya terpejam. Mukanya membengkak. Seluruh tubuh anak kecil itu berselirat dengan tiub-tiub. Fahmi koma. Kata doktor ada darah beku di saluran darah. Keadaannya kritikal.
Harapannya untuk hidup tipis sekali.
Air mata Nenek Ninda sudah kering. Dia bukan sahaja terkejut, malah begitu trauma dengan situasi yang berlaku. Tidak pernah dia sangka Murni akan bertindak sejauh itu. Cinta benar-benar membutakan akal Murni, malah seluruh kehidupannya musnah dek cinta. Salah Ummar Qayyumkah? Nenek Ninda tidak tahu jawapannya. Dia pandang Rania yang kaku mengadap tubuh Fahmi. Air mata Rania masih mengalir saat Nenek Ninda menelusuri kronologi tragedi malam tersebut.
Rania juga menjadi mangsa Murni. Kandungan Rania keguguran gara-gara Murni. Hal itu juga telah dimaklumkan oleh Nenek Ninda pada keluarga Puan Sri Zalia. Mereka reda menerimanya malah Rania hanya menelan air liur saat telinganya mendengar rentetan seluruh cerita. Matanya masih terpacak pada tubuh si kecil yang turun naik dadanya. Adakah Fahmi juga akan menerima nasib yang sama seperti kandungannya dulu?
“Mama minta maaf sebab ragu-ragu pada Ren sebelum ini,” Puan Sri Zalia berasa sebak.
Rania sering dimusuhi akhir-akhir ini gara-gara sikap Rania yang dianggap keras kepala. Ah! Siapa sangka Rania juga mangsa Murni.
“Semua dah berlaku mama...Ren reda.”
Puan Sri Zalia menyapu air matanya yang meleleh. Jawapan Rania membuatkan hatinya makin sebak. Nenek Ninda tidak terkata. Hanya keluhannya sahaja yang terdengar. Murni membawa pelbagai musibah dalam rumah tangga seluruh keluarga itu. Jadi berantakan semuanya dek Murni!
Ah! Murni! Murni! Keluhan Nenek Ninda tidak pernah terhenti sejak semalam.
“Kasihan Fahmi.” Rania menangis teresak-esak.
Hatinya hiba mengenangkan macam-macam peristiwa yang menimpanya dan semakin tertekan apabila melihatkan keadaan Fahmi. Kenapa bayi sekecil Fahmi menerima nasib seumpama itu? Kejamnya perlakuan manusia. Mana perginya rasa belas simpati dan kasih sayang seorang ibu terhadap anak? Meskipun Nenek Ninda beranggapan Murni kurang waras semasa mencampakkan anaknya sendiri, tetapi Rania tetap tidak dapat menerimanya. Seorang ibu! Tergamakkah? Sakitnya Fahmi semasa tubuh kecilnya dihempas ibu kandung sendiri.
Kata Nenek Ninda, Fahmi menggelupur sebelum terdiam dan tubuhnya layu terkulai. Air mata Rania tidak berhenti mengalir mengenangkan nasib Fahmi. Dia insaf mendadak. Kian sebak tatkala terkenangkan pula akan anaknya yang juga sudah tiada. Kesannya masih terasa hingga kini meskipun luka itu disembunyikan sendiri. Dia lebih rela begitu daripada berkongsi dengan orang lain. Fahamkah mereka apa yang dilalui?
Rania pegang jari-jemari Fahmi yang lembik. Jari-jemari itu pernah meraba-raba mukanya, menjalar di leher dan rambutnya saat dia bermain-main dengan si kecil itu dulu.
“Fahmi, bangun ya. Nanti bila Fahmi dah sihat, auntie Ren yang akan jaga Fahmi,” bisiknya penuh keibuan.
Puan Sri Zalia peluk anak kesayangannya. Dia berasa berdosa kepada Rania. Selama ini dia meremehkan anak sendiri dek rasa sayang dan simpati kepada anak yatim piatu seperti Murni.
Pintu bilik terkuak. Rais masuk. Dia hampiri ahli keluarganya. Wajahnya kelihatan penat dan lesu.
“Apa doktor kata?” tanyanya dengan wajah serius.
Puan Sri Zalia menggelengkan kepala. “Harapan tipis!”
Rais menyandar di dinding. Wajahnya rusuh. Banyak yang berlegar-legar di kepalanya. Salah akukah bila semua ini berlaku? Kerana akukah Murni bertindak di luar kawalan? Akhirnya anak kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa. Semalam, Ros Ilyani menangis sampai bengkak mata. Dia turut menyalahkan diri sendiri atas kemalangan yang menimpa Fahmi. Dia turut menyalahkan perkahwinan mereka.
“Murni macam mana? Dah jumpa?” tanya Nenek Ninda menenggelamkan lamunan Rais.
Rais menggelengkan kepalanya. “Tak jumpa. Abangnya pun ada di kampung. Tengah sama mencari Murni dengan penduduk kampung.”
“Abangnya sampai bila?” tanya Nenek Ninda lagi.
“Baru saja sampai masa saya nak balik tadi. Saya tinggalkan kunci rumah mak cik pada abang si Murni. Kalau dia nak berehat anak beranak,”
“Beg pakaian Murni pun ada di rumah tu, biarlah dia duduk di situ. Nanti Rais pesan pada abang si Murni, rumah tu jangan dikunci. Manalah tahu Murni balik,” sahut Nenek Ninda yang berfikir jauh.
Nenek Ninda masih terkenang-kenang peristiwa yang berlaku malam tadi. Ingatan itu kekal segar. Tidak akan sesekali terpadam dalam memori ingatannya. Masih jelas di ingatannya tentang situasi yang berlaku. Laman depan rumahnya terang dek cahaya lampu kereta. Murni membuka pintu lalu terjah ke beranda. Dia kelam-kabut apabila melihat bayang-bayang manusia keluar dari pintu kereta. Dia kebingungan. Matanya liar tidak menentu. Seketika dia memandang anaknya Fahmi yang sudah lembik dengan nafas kian pendek. Nenek Ninda paut Fahmi kuat-kuat takut dirampas Murni lagi. Dia menjerit meminta tolong.
Mendengar jeritan Nenek Ninda, Murni melompat ke birai anjung, menuruni anak tangga dengan laju lalu menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Nenek Ninda menerpa ke bawah. Rais bersama Ros Ilyani berwajah pucat dan terkejut.
“Kenapa mak cik? Apa yang jadi?”
“Panjang kisahnya. Kita bawa Fahmi dulu ke hospital.”
“Murni ke tadi mak cik?” tanya Rais.
“Haah. Murni dah tak menentu. Fahmi ni...Fahmi ni...” Nenek Ninda gesa orang berdua itu supaya segera bertindak.
“Kenapa dengan Fahmi?” tanya Ros Ilyani. “Eh...kepala Fahmi ni kenapa benjol?”
“Dihempas si Murni,” kata Nenek Ninda seraya meloloskan tubuhnya masuk ke dalam kereta.
Berubah air muka Ros Ilyani mendengarnya. Rais bertindak cepat. Segera diundur kereta dan bergegas menuju ke klinik berhampiran.
Telefon Rais berbunyi. Lamunan Nenek Ninda terhenti. Puan Sri Zalia mendengar Rais bercakap dengan suaminya. Rais turut memaklumkan hospital tempat Fahmi menerima rawatan.
“Telefon mama mana? Ayah call berkali-kali sejak tadi,” tanya Rais sebaik sahaja selesai bercakap dengan Tan Sri Razlan.
“Entah...” Puan Sri Zalia tidak dapat mengingatinya.
“Ayah dalam perjalanan ke sini.”
“Ren balik dulu lah. Ren pun tak berapa sihat lagi,” arah Puan Sri Zalia.
“Akak balik dengan Ren dulu ya. Biar saya tunggu di sini,” kata Puan Sri Zalia kepada besannya pula.
Nenek Ninda angguk. Dia memang sudah letih letai. Tidurnya tidak cukup malah tenaganya juga bagai direnggut. Peristiwa yang dilalui semalam menarik semangatnya sehingga dia berasa begitu lemah. Rais menghantar Nenek Ninda bersama Rania balik ke rumah. Mak cik Rohaya setia menanti di depan pintu rumah. Mak cik Rohaya mengiringi Nenek Ninda bersama Rania masuk ke rumah sebaik sahaja Rais pergi semula.
“Nasi dah masak. Mak cik hidangkan ya Ren,” tutur Mak cik Rohaya lembut.
“Ya mak cik. Mak belum makan lagi sejak pagi,” ujar Rania.
Rania memimpin tangan ibu mentuanya ke bilik tetamu di bawah.
“Mak mandi dulu. Baju Kedah dengan kain batik banyak dalam almari tu. Mak pakailah,” ujar Rania seraya meletakkan sehelai tuala di atas katil.
“Lepas mandi, Ren temankan mak makan,” Rania tersenyum sayu.
Nenek Ninda tarik tangan Rania untuk duduk di sebelahnya. Air matanya menitis tidak semena-mena. Tangan Rania berada dalam genggamannya.
“Mak nak minta maaf dengan Ren,” sahutnya tersekat-sekat.
“Mak nak minta maaf kenapa? Mak tak pernah salah apa-apa pun pada Ren.”
“Mak salah pada Ren...banyak!” luahnya jujur dan penuh keinsafan.
“Mana ada...”
“Mak selalu buruk sangka pada Ren. Mak tuduh Ren macam-macam dalam hati. Mak tak tahu keadaan yang sebenarnya. Mak hanya dengar cerita daripada Murni. Mak tak tahu Murni sakit. Mak tak tahu Murni tak sara! Mak tak tahu Murni simpan angan-angan tinggi macam tu. Mak tak pernah tahu. Mak hanya tahu semalam. Tapi dah terlambat. Mak minta maaf ya nak!” Ucapan kudus itu benar-benar menyentap hati Rania.
Tubuh gempal Nenek Ninda dipeluk Rania. Perasaan sayang Rania pada ibu mentuanya tidak pernah putus malah dia dapat mengagak kalau-kalau kebencian yang ditunjukkan oleh Nenek Ninda kepadanya adalah kesan daripada cerita Murni.
“Kita buang yang keruh ya mak...,” kata Rania apabila pelukan dilepaskan.
“Tapi mak tetap rasa bersalah. Mak tetap nak minta maaf pada Ren. Maafkan mak ya Ren.” Air mata Nenek Ninda yang mengalir ke pipi tuanya menyebabkan Rania sebak.
“Ya...Ren maafkan.”
“Terima kasih Ren. Mak sayangkan Ren...mak sayang Ren sungguh-sungguh...” Kali ini tubuh Rania pula dipeluk Nenek Ninda.
Rania membiarkan sahaja tubuh kurusnya didakap si ibu mentua. Lama.
“...dan satu lagi hal Ren dengan Qayyum, janganlah dipanjang-panjangkan lagi. Cukup-cukuplah dengan apa yang kamu berdua lalui,” pinta Nenek Ninda bersungguh-sungguh.
Pada kesempatan itu dia mahu meluahkan segala-galanya pada Rania. Dia mahu hubungan yang renggang antara anak menantu dapat dieratkan kembali.
“Insya-Allah mak. Kita doakan yang terbaik.”
“Ren tak marah Qayyumkan?”
Rania menggelengkan kepalanya. Dia tak marah pada Ummar Qayyum tapi apa yang dirasakan sekarang ialah jiwanya kosong dan tandus.
“Buang yang keruh dan ambillah yang jernih, Ren seperti yang Ren kata tadi. Kita dah tahu sekarang punca perselisihan yang berlaku antara Ren dengan Qayyum.”
Rania angguk.
“Kalau begitu, Ren tak payahlah pindah ke Sabah,” pujuk Nenek Ninda lagi.
Wajah Rania berubah. Dia tidak dapat memberi apa-apa jaminan terhadap keputusan yang telah dibuat sebelum ini.
“Tak payah bincang apa-apa lagi mak ya. Sekarang kita kena fikirkan tentang Fahmi dulu,” ujar Rania lalu ditinggalkan Nenek Ninda untuk membersihkan dirinya.
Dia pula menuju ke dapur membantu dan meninjau Makncik Rohaya. Sambil membantu, mereka bercerita. Barulah Makncik Rohaya berpeluang bertanya
macam-macam dengan Rania termasuklah tentang Murni.
“Kasihan, akhirnya Fahmi yang jadi mangsa dek kegilaan maknya!” Makncik Rohaya melahirkan kekesalannya.
“Doktor kata harapan Fahmi tipis. “ Masih terbayang di ruang Mata Rania keadaan Fahmi semasa ditinggalkan tadi. Rania duduk di kerusi di dapur. Di atas meja sudah terhidang pelbagai lauk-pauk yang masih berasap.
“Murni...Murni...tak sangka dia boleh hempas anak sendiri.”
“Murni tak berapa waras masa dia buat tu! Dia tertekan. Perasaan kecewanya tak dapat dibendung. Banyak impiannya gagal. Dia stres!”
Itulah kesimpulan yang dapat dibuat oleh Rania sungguhpun jauh di sudut hati dia tidak dapat menerima perbuatan Murni terhadap Fahmi. Namun, dia tahu bagaimana keadaannya jika seseorang itu tertekan. Dia juga melalui fasa yang sama malah kehilangan anak dalam kandungan semakin menyebabkannya tertekan. Kalau tidak cukup iman di dada macam-macam boleh berlaku contohnya seperti yang berlaku pada Murni.
“Kalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak diduga. Orang tua-tua selalu berpesan begitu. Kita kenalah ukur baju di badan sendiri,” kata Makncik Rohaya yang sama bersimpati, tetapi kesal dengan sikap dan tindak-tanduk Murni yang akhirnya memakan diri sendiri.
“Susah nak cakap mak cik sebab...cinta itu buta! Sebab cinta orang hilang pedoman.”
“Jomlah makan, mak cik Nenda dah siap,” Mak cik Rohaya memberhentikan perbualan berkisar Murni apabila melihat kelibat Nenek Ninda menghampiri mereka.
“Barulah nampak segar sikit,” usik Mak cik Rohaya tanda meraikan tetamu.
Nenek Ninda duduk di kerusi menghadap Rania. Mereka makan ala ala kadar dan topik perbualan masih berkisar tentang musibah yang menimpa Fahmi.
“Saya risaukan keadaan Murni. Tak tahu kat mana dia sekarang. Takut juga
dia buat tindakan yang pelik-pelik,” ujar Nenek Ninda sambil mencubit ikan gelama pekasam yang ditabur cili padi di atasnya.
Mak cik Rohaya berpandangan dengan Rania.
“Kita doakanlah semoga dia baik, semoga dia kembali normal,” tutur Mak cik Rohaya berkias.
“Lepas Zuhur nanti, kita pergi hospital balik. Kalau mak cik nak ikut sekali bolehlah,” pelawa Rania.
Dia sedar marah Mak cik Rohaya pada Murni masih berbaki melalui nada dan bicaranya.
“Rumah tak ada orang, tak apa?”
“Nanti mak cik balik semula dengan mama dan Abang Raiskan?”
“Ayah balik nanti siapa nak buka pintu?”
“Ayah terus ke hospital tadi. Nanti ayah balik dengan mama,”
“Tak apalah Ren, mak cik tunggu di rumah sahaja.”
Telefon Rania berdering dengan irama lagu Melayu klasik. Rania lihat nama Rais di skrin telefonnya.
“Fahmi dah kembali ke rahmatullah...” ujar Rais hiba sebaik sahaja mendengar suara Rania.
“Bila?”
“Baru ni.”
“Innalilahiwainnailaihirajiuun...” Terhenti suapan Rania.
“Kes ni dah jadi kes polis,” beritahu Rais pada ahli keluarganya.
Nenek Nenda menyapu air matanya dengan lengan baju kurung. Mereka sekeluarga masih menunggu mayat Fahmi di luar bilik mayat. Mayat Fahmi masih lagi berada di hospital. Belum boleh dituntut untuk bedah siasat.
“Abang boleh bincang dengan doktor supaya mayat Fahmi tak dibedah siasat?” tanya Puan Sri Zalia pada suaminya.
Kalau mayat Fahmi dibedah siasat, cerita makin panjang. Akibatnya pada Murni berganda-ganda. Murni sudah jatuh ditimpa tangga. Cukuplah itu. Kasihan dia! Fikir Puan Sri Zalia. Tan Sri Razlan dilihat menghubungi seseorang. Kemudian dia beredar dari perkarangan bilik mayat bersama Rais. Puan Sri Zalia duduk di bangku bersebelahan dengan Nenek Ninda. Masing-masing melayani perasaan sendiri.
Telefon Rania berdering.
“Ya Abang Rais.”
“Abang Murni baru call. Mereka dah jumpa Murni.”
“Dah jumpa? Kat mana?”
“Murni dah meninggal. Mayatnya penduduk kampung jumpa terapung di sungai,” sahut Rais lesu.
Rania terkedu. Tidak semena-mena air matanya jatuh menitis-nitis.

CR2 (Siri 47) - Dalam Hati Tiada Taman
"Akak rasa tak sedap hati. Risau kenangkan Murni. Tadi dia goncangkan badan Fahmi sampai menangis budak tu," adu Nenek Ninda kepada Puan Sri Zalia sebaik sahaja Fahmi tidur. Jantung Nenek Ninda masih berdegup kencang. Sudah lebih sejam, Nenek Ninda mengurungkan dirinya bersama Fahmi di dalam bilik. Dia berasa tidak selamat sebumbung dengan Murni. Murni seperti orang hilang pedoman.
"Akak nak balik KL ke?" tanya pula Puan Sri Zalia dengan risau cemasnya.
"Entahlah Lia. Akak tak boleh nak buat keputusan sekarang. Akak rasa berdebar-debar," luah Nenek Ninda tentang gelodak hatinya.
"Beginilah. Akak duduk saja dalam bilik. Buat sementara waktu jangan keluar. Biar Lia bincang dengan Rais bila dia balik kerja sekejap lagi," Puan Sri Zalia mendamaikan hati gundah Nenek Ninda.
"Baiklah Lia," akur Nenek Ninda.
Dia tidak boleh berfikir saat-saat genting begitu, tapi apa yang tidak dapat dinafikan, kerisauannya tidak bertepi. Murni seperti orang tidak siuman. Bagai orang asing kini. Watak Murni hari ini jauh bezanya dengan Murni yang pernah dikenali dulu. Sudah gilakah Murni ini? Fikir Nenek Ninda seraya memeriksa tubuh badan Fahmi. Bimbang kalau-kalau genggaman kuat Murni semasa menggoncangkan tubuh Fahmi meninggalkan kesan lebam di tubuh si kecil itu. Hiba hati Nenek Ninda melihat wajah Fahmi. Rambut halus Fahmi diusapnya dengan penuh belas. Namun setitis ketenangan yang baru dirasai terurai mendadak tatkala telinga Nenek Ninda menangkap bunyi ketukan di pintu. Dada Nenek Ninda berdegup kencang.
"Nenek." Suara Murni lantang kedengaran dari luar. Nenek Ninda bingkas bangun. Dia tidak mahu Murni was-was terhadap dirinya. Pintu dibuka.
"Kenapa kunci pintu?" tanya Murni kasar.
"Shhh, Fahmi tidur!" Nenek Ninda memberikan isyarat seraya meletakkan jari telunjuknya di bibir. Dia berpura-pura tenang.
"Nenek keluar sekejap. Murni nak cakap."
Nenek Ninda ikut langkah Murni. Mereka duduk di kerusi rotan di ruang utama.
"Nenek dah bincang dengan Abang Qayyum?" Tajam mata Murni merenung mata Nenek Ninda.
"Bincang apa?" Nenek Ninda buat-buat tidak faham.
"Alah nenek ni. Bincang tentang Murni dengan Abang Qayyumlah."
Murni mendengus. Mukanya membayangkan rasa tidak puas hati. "Murni dah hantar e-mel pada abang. Tapi dia tak balas lagi!"
"Sibuk agaknya!"
"Sibuk sangat ke? Balaslah. Bukannya Murni nak dia balas panjang-panjang. Jawab sikit saja!" rungut Murni lagi.
Nenek Ninda sedar isu yang sedang diketengahkan oleh Murni malah dia tahu isi surat yang dikirim Murni kepada Ummar Qayyum. Tapi dia hanya diam sahaja. Dia takut hendak menyampuk - bimbang jawapan yang diberi tidak memuaskan hati Murni.
"Banyak yang nak dibuat nanti. Takut tak sempat!" Murni bahagia memasang angan-angan.
"Nenek call Abang Qayyum sekarang," arah Murni.
"Eh... mana nenek tahu," dalih Nenek Ninda.
"Bagi Murni pinjam telefon neneklah. Murni dail, nenek cakap dengan Abang Qayyum ya!" cadang Murni. "Mana telefon nenek?"
"Kat dalam bilik."
"Pergi ambil," perintah Murni lagi. Nenek Ninda terkebil-kebil.
"Cepatlah nek," paksa Murni.
Nenek Ninda bangun semula.
"Nanti nenek bawa keluar Fahmi sekali. Tak elok tinggalkan Fahmi sendirian dalam bilik," ujar Murni lagi.
Nenek Ninda ikut sahaja kemahuan Murni.
"Hah, call lah sekarang!" desak Murni sebaik sahaja Nenek Ninda muncul semula. Termengah-mengah orang tua itu membaringkan Fahmi di atas tilam kecil.
"Tengah sibuk Abang Qayyum ni. Sana pagi masa ni," tutur Nenek Ninda cuba untuk merasionalkan tindakan Murni.
"Sekejap saja cakap dengan dia."
"Murni telefon sendirilah," Nenek Ninda menghalakan telefon bimbitnya kepada Murni. Lebar senyuman Murni. Nombor milik Ummar Qayyum dihubungi. Suara Ummar Qayyum memberi salam makin menceriakan wajah Murni.
"Abang...ni Murni ni," kata Murni apabila mendengar Ummar Qayyum menyebut perkataan emak.
"Oh Murni...!" Tersedak seketika Ummar Qayyum dibuatnya. Sangkanya ibunya yang menelefon.
"Kenapa abang tak balas e-mel Murni?"
"Kenapa Murni call? Emak mana?" Ummar Qayyum bertanya balik pada Murni.
"Nenek ada sebelah Murni ni. Dia yang suruh Murni call abang."
Nenek Ninda menjeling. Meluat mendengar tuduhan Murni. Dia yang bergedik hendak menelefon Ummar Qayyum, nama aku pula yang dijualnya. Sambil membelai ubun-ubun rambut Fahmi, Nenek Ninda mencuri dengar perbualan orang berdua itu, tapi malangnya perbualan tersebut singkat sangat. Sedar-sedar Murni merungutkan Ummar Qayyum.
"Tak habis-habis dengan sibuknya. Nak berbincang sikit pun tak boleh," bebelnya lagi.
Murni menongkat dagu di atas kerusi. Rengekan Fahmi menarik perhatiannya.
"Bisinglah Fahmi ni." Pandangan tajam Murni pada Fahmi menakutkan Nenek Ninda. Dia bimbang kalau-kalau Murni memperlakukan Fahmi seperti tadi.
"Nenek bawa dia masuk biliklah. Tadi dia tidur lena," usul Nenek Ninda.
"Nenek, Murni rasa kita kena buat persiapan juga. Nanti, bila Abang Qayyum balik, langsungkan saja."
Tidak semena-mena Murni mengusulkan idea tersebut. Terhenti langkah Nenek Ninda.
"Eh...mana boleh buat macam tu!" bantah Nenek Ninda.
Muka Murni berubah kelat. "Habis tu? Nenek ingat Murni nak tunggu macam orang bodoh? Murni dah penat menunggu tau tak?" herdik Murni.
Rengekan Fahmi makin menjadi-jadi. "Fahmi lapar. Lampinnya pun dah basah ni. Nenek gantikan lampin dan bancuh susu untuk dia dulu ya!" ujar Nenek Ninda seraya melangkah laju menuju ke bilik air belakang.
Dibersihkan sikit tubuh Fahmi lalu dibungkus dengan tuala. Kemudian, laju saja Nenek Ninda bancuhkan susu dan segera dibawa Fahmi masuk ke bilik semula.
Murni masih berangan-angan di kerusi rotan di ruang tamu. Dia nampak Nenek Ninda membawa Fahmi masuk ke bilik tapi dia tidak kisah. Hatinya lebih berfokus pada Ummar Qayyum. Nenek Ninda intai Murni dari biliknya. Murni masih kekal di situ semasa azan Maghrib nyaring berkumandang. Ya Allah! Tak pernah aku sangka Murni berfikir sehingga sejauh itu. Dipandangi pula Fahmi yang lena setelah sebotol susu habis dihisap.
Kasihan budak ini. Emaknya tak sihat! Fikir Nenek Ninda seraya membetulkan kepala Fahmi yang terlentuk di tepi bantal. Nenek Ninda berwuduk lalu bersolat. Dia duduk lama di sejadah sehinggalah masuk pula waktu Isyak. Kerana risau, Nenek Ninda tidak dapat melelapkan mata sungguhpun tubuhnya sudah bergolek di atas tilam. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 lebih. Dia bangkit dari katilnya lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu bilik. Dari celah pintu biliknya, dia nampak alur cahaya dari bilik Murni.
Belum tidur lagi si Murni? Dia buat apa malam-malam begini? Nenek Ninda terhendap-hendap keluar dari biliknya. Bilik tidur Murni memang cerah manakala pintu biliknya tidak terkatup sepenuhnya. Langsir di pintu di bilik Murni terbuai-buai tanda kipas berpasang. Nenek Ninda mengesot lagi. Dia nampak tubuh Murni dari sisi yang sedang duduk membelakangi pintu bilik. Dalam debaran Nenek Ninda mengintai. Kelihatan Murni macam tengah mengadap sesuatu. Sebatang lilin yang bernyala di hadapan Murni sesekali beralun-alun bila disapa angin dari kipas. Nenek Ninda tersilau gambar Ummar Qayyum di tangan Murni.
"Nenek nak apa?" Tiba-tiba suara Murni menegurnya.
Darah Nenek Ninda berderau naik ke muka. Macam mana Murni tahu dia mengintainya padahal dia membelakangi Murni. Kerana terkejut, segera dia berundur lalu terus masuk ke biliknya. Nenek Ninda panjat katil lalu terus menyelimuti dirinya. Seketika kemudian, dia capai telefon dari tepi bantal lalu terus didail nombor Puan Sri Zalia. Tidak sempat telefon itu berangkat, dia terdengar pintu biliknya berkeriut. Kelam-kabut dia sorokkan telefon. Jantung Nenek Ninda berdegup kencang. Murnikah itu?
Nenek Ninda tidak berani membalikkan tubuh. Dikeraskan dirinya. Matanya dipejamkan. Dalam gelap, dia berasa seperti ada lembaga yang sedang berdiri tercegat di hadapannya. Dia tidak dapat bertahan. Lama-kelamaan matanya dibuka. Susuk tubuh Murni tegap di hadapannya. Wajah Murni sinis. Matanya tajam memandang Nenek Ninda.
"Nenek buat apa tadi?" tanyanya pada Nenek Ninda.
"Nenek... tak... tak buat apa-apa..." sahut Nenek Ninda tergagap-gagap.
"Nenek intip Murni ya? Sejak bila nenek pandai intip Murni? Nenek pun nak jadi macam Makcik Rohaya yang tak sedar diri tu? Nenek nak jadi macam Kak Ren yang selalu curiga pada Murni? Nenek dah berpaling tadah dan tikam Murni ya?" Tiba-tiba sahaja Murni naik hantu.
Nenek Ninda membalikkan tubuhnya. "Apa yang Murni cakap ni?"
"Nenek ingat Murni tak tahu?"
Nenek Ninda sudah kecut perut.
"Nenek..., " suaranya dilembutkan pula. "Nenek kena tolong Murni. Nenek kan sayang Murni. Sebelum Ren datang, bukankah Murni yang nenek nak jodohkan dengan Abang Qayyum?"
"Jodoh pertemuan Allah tentukan. Murni kena terima."
"Mana boleh macam tu. Kenapa tiba-tiba nenek ubah keputusan? Nenek khianati Murni. Sampai hati nenek. Nenek tiba-tiba suka pada Ren. Kenapa? Sebab Ren orang kaya? Sebab Ren lebih cantik dan bijak daripada Murni? Nenek buat silap besar bila Nenek dah rancang nak kahwinkan Murni dengan Abang Qayyum tapi nenek akhirnya nikahkan Abang Qayyum dengan Rania. Nenek dah mungkir janji!" wajah Murni berubah kelat. Dadanya turun naik.
"Nenek sesak dada, Murni. Nenek nak pergi bilik air." Nenek Ninda bangun dari baringnya. Dia bercadang hendak pergi.
"Nenek kena dengar sampai Murni habis cakap." Murni tolak tubuh Nenek Ninda sampai terduduk balik di atas katil.
"Murni nak cerita pada nenek apa yang Murni lalui. Nenek tahu apa yang berlaku pada Murni bila Abang Qayyum kahwin dengan Rania?" Murni imbas kisah lalu.
Wajah Murni jadi sedih. Dia duduk di sebelah Nenek Ninda di atas katil.
"Murni patah hati. Murni kecewa teramat sangat. Murni tak dapat terima. Murni dah buat macam-macam supaya Abang Qayyum tak jadi kahwin dengan Kak Ren tapi mereka kahwin juga! Murni tak boleh terima. Hati Murni pedih bila kenang kisah manis Murni dengan Abang Qayyum. Akhirnya Murni bawa diri ke KL. Tahu apa jadi pada Murni di sana? Murni ditipu, diperdaya. Kalau Abang Qayyum hargai Murni, Murni tak lalui semua itu. Lelaki bedebah itu janji nak kahwin dengan Murni tapi lepas dia perkosa Murni, dia lari nenek.
"Ini semua salah Ren dan salah Abang Qayyum, tapi Murni tak pernah marahkan Abang Qayyum. Murni marahkan Ren seorang. Nenek pun sepatutnya benci Ren. Ren yang jahat. Abang Qayyum pun jadi mangsa macam Murni. Tengok apa jadi pada Abang Qayyum bila dia kahwin dengan Ren. Dia tak bahagia nek. Dia tak bahagia. Ren sombong dan keras kepala."
Tubuh Nenek Ninda digoncang-goncang. Nenek Ninda tidak berani berkutik. Dia membatukan diri.
"Padahal Murni dah jaga diri Murni untuk Abang Qayyum nek. Jaga diri Murni baik-baik hanya untuk Abang Qayyum seorang. Tak ada siapa yang pernah pegang tangan Murni apatah lagi nak tengok badan Murni. Murni simpan baik-baik untuk Abang Qayyum, tapi Ren hancurkan impian Murni. Perempuan tu memang tak guna! Padan muka dia!" Murni tersenyum sinis.
"Anak dia dah mati kan?" sambung Murni lagi. "Dia keguguran kan? Dia jatuh dalam bilik air sebab..." ada kepuasan bertakung di muka Murni.
"Sebab bilik air tu licin. Murni dah simbah dengan pencuci bilik air."
Nenek Ninda terkejut sampai terketar-ketar tubuhnya. "Ya Allah! Murni buat apa?"
"Dia memang patut dilayan macam tu. Dia bunuh jiwa Murni. Murni bunuh kehidupan dia. Biar dia rasa macam mana sakitnya kehilangan orang yang disayangi." Dendam kesumat yang tersimpan selama ini diluahkan oleh Murni.
Nenek Ninda makin gerun. Dia berasa benar-benar tidak selamat bersama Murni. Rengekan Fahmi kedengaran. Jiwa Nenek Ninda makin resah.
"Sekarang tibalah masa nenek pula bantu Murni." Murni tersengih macam orang sasau. Rengekan Fahmi berterusan. Murni berpaling pada Fahmi. Melihatkan situasi tersebut, segera Nenek Ninda paut Fahmi. Dia bingkas bangun. Dia takut Murni akan mengapa-apakan Fahmi seperti tadi.
"Nenek nak pergi mana?" tanya Murni sinis. "Tak nak tolong Murni?"
Nenek Ninda tidak berani jawab.
"Kalau nenek nak pergi, pergilah. Tapi tinggalkan Fahmi." Murni menjeling. Tubuh Fahmi kuat dalam pelukan Nenek Ninda.
"Bagi sini, tu anak Murni. Kalau nenek tak nak tolong Murni, Murni akan pijak-pijak Fahmi," ugut Murni.
Pucat lesi muka Nenek Ninda mendengarnya.
"Bagi sini." Murni merampas Fahmi daripada pautan Nenek Ninda.
Tubuh Fahmi sudah bertukar tangan. Nenek Ninda terketar-ketar. Dia tidak punya kekuatan untuk mempertahankan Fahmi. Tangisan Fahmi mulai kedengaran.
"Jangan Murni. Ini kan anak Murni. Murni kena sayang dia. Berdosa kalau Murni apa-apakan baby tu."
"Dosa??? Apa pula dosa Murni nenek? Apa salah Murni? Salahkah Murni sebab Murni cintakan Abang Qayyum? Berdosakah Murni?"
"Murni, bagi Fahmi kat nenek," rayu Nenek Ninda apabila tangisan Fahmi kian menjadi-jadi. Murni bawa Fahmi keluar kamar.
"Ni budak ni, dah rupanya jadi macam jantan keparat tu! Murni benci, Murni benci..." Murni menjerit macam orang histeria.
Fahmi yang dalam pautannya dicampaknya ke lantai. Berdentum bunyinya. Nenek Ninda yang mengejar di belakang macam tercabut jantung dibuatnya. Fahmi meraung sampai hilang suara. Nenek Ninda bergegas mendapatkan Fahmi. Dia sudah hilang takut. Melihatkan Fahmi yang menggelupur membuatkan Nenek Ninda jadi berani. Nenek Ninda angkat tubuh Fahmi yang mulai layu. Suara Fahmi sudah kian lesu. Tangisan Fahmi sudah tidak kedengaran lagi. Nama Fahmi dipanggil berulang kali oleh Nenek Ninda. Nafas Fahmi tercungap-cungap.
Air mata Nenek Ninda merembes jatuh ke pipi. Nenek Ninda tidak sanggup lihat keadaan Fahmi yang sudah seperti nyawa-nyawa ikan. Nenek Ninda hembus nafasnya ke mulut Fahmi, tapi degup nafas Fahmi makin lemah.
"Apa Murni buat ni?" Nenek Ninda sudah menangis mendudu-dudu. "Murni buat apa? Ini anak Murni. Kenapa Murni buat macam ni?"
Tangisan Nenek Ninda kian menjadi-jadi. Murni seperti orang kebingungan. Dia memerhati keadaan Nenek Ninda.
Anaknya sudah terkulai di pangkuan Nenek Ninda.
"Kenapa dengan Fahmi nenek?" tanya Murni seperti orang tolol.
Tangisan Nenek Ninda kian panjang.
"Oh...Fahmi tidur..." Kepala Fahmi Murni pegang. "Kenapa kepala Fahmi benjol nenek? Nenek jatuhkan Fahmi ya?"
Nenek Ninda tidak dapat menahan sebaknya. Tangisannya sudah tidak terkawal. Air matanya bersimbah.
"Tak payahlah nenek nangis kuat-kuat. Murni tak marah pun pada nenek. Fahmi ni pun dah lasak. Selalu jatuh. Nanti kita bawa Fahmi pergi klinik ya nek."
Nenek Ninda berpaling ke arah lain. Perasaannya pada Murni jadi kacau-bilau. Marah bercampur aduk dengan rasa belas dan kasihan.
"Kita bagi tahu Abang Qayyum dulu. Nanti Abang Qayyum akan bawa Fahmi." Murni masih lagi dengan mimpi siang harinya.
Nenek Ninda paut tubuh Fahmi lalu dibalut dengan kain selimut.
"Nenek nak bawa Fahmi ke klinik," kata Nenek Ninda.
"Klinik jauh nek, lagipun ni dah malam."
"Biar nenek jalan kaki."
"Nenek jangan pergi. Murni tak bagi."
"Anak kau ni dah teruk Murni. Entah boleh selamat entah tidak," jerit Nenek Ninda. Kemarahannya sudah tidak terkawal.
"Apa nenek jerit-jerit pada Murni ni?" Fahmi yang dalam dukungan Nenek Ninda cuba direnggut oleh Murni.
"Biar nenek pegang Fahmi. Murni dah buang anak ni, biar nenek yang bela," tengking Nenek Ninda pula.
"Bagi sini anak Murni," tengking Murni balik seraya merampas tubuh Fahmi.
Silau cahaya dari halaman rumah membuatkan Murni berpaling. Murni lepaskan cengkaman tubuh Fahmi. Dia berlari ke pintu lalu membukanya. Sebuah kereta dengan lampu masih menyala berhenti di hadapan laman rumah Nenek Ninda.

Subscribe to:
Posts (Atom)