image atas

image atas

Thursday, March 31, 2011

Anuar Z@in

Sapa minat.. boleh beli meja.. tak mahal RM 15,000 je... (tersedak2 ni)...





Sapa ada duit lebih mai sini.. i nak 3 kerusi yang jauh pun ok lah... (RM 1,500 x 3 = RM 4,500 je) mai sini sedekah kat i ye...

Liga kRe@+!f

Hari ini jadi wakil Bos Besar utk jadi wakil beliau ke majlis Penyampaian Hadiah Liga Kreatif Remaja di Puteri Pan Pasific.  VIP majlis Pengarah Kandungan - Tn Hj Roslan Ahmad dari SKMM.  Penyampaian bagi zon selatan (johor dan Melaka).  Tapi yang paling mengembirakan bila dimaklumkan penyertaan terbanyak adalah dari Johor 107.. so kira up skit le coz jadi wakil Johor. 

Yang menarik utk Malaysia ni Content Management masih belum mantap lagi, apatah lagi jika dibanding dengan US.  Apa maksud Content Management ? CM dimaksudkan sebagai pengisian digital yang akan dicapai oleh semua penduduk Malaysia dalam program inisiatif jalur lebar Malaysia (NBI).  Sekarang banyak CM masih dikuasai oleh US yang mana banyak buruk dari baik. Contohnya Facebook, Google.. etc. So kalau ikutkan Malaysia akan membangunkan CM sendiri dalam usaha pengisian mengikut acuan dan nilai dan etika masyarakat Malaysia. Lepas ini akan ada IPTV, so pengisian CM mestilah bersifat local, yang menarik CM merupakan satu cara mudah untuk dapatkan pulangan tinggi dalam masa terdekat.

Keputusannya SMK Selesa Jaya 2 sebagai pemenang utama dengan hadiah RM 5000, h/p, dan sijil manakala SMK Bentara Luar pemenang ke2 membawa hadiah RM 3000 dan sijil serta SMK Seni JB di tangga ke tiga dengan hadiah RM 2,000 serta sijil.  Saguhati kepada 6 sekolah yang video nya menarik juga diberi pengiktirafan dengan hadiah RM 500 dan sijil (ok juga kan..lumayan).

CM ni perlukan kreativiti tinggi, keupayaan dan kemahiran dalam ICT dalam suntingan video dan editing gambar serta audio... So kalau tengok hasil pelajar sekolah ni ok gak... menarik dan tertarik.



Wednesday, March 30, 2011

Bestnye dapat balik umah

Alhamdullilah selepas 3 hari gi outstation, dapat balik ke rumah dengan selesa, tapi almaklum le bebudak ngan bapak budak yang tinggal habis rumah bersepah.  Baju sana-sini tak berlipat, belum basuh..barang-barang anak bersepah, buka berteraburan...

Dah penat gi outstation balik rumah kena kemas pulak. Anyway rasa happy sesangat... tak kisah le buat pelan-pelan kang lambat laun (mahunyer bertahun baru siap) hu..hu..

Friday, March 25, 2011

Bunga..

Semalam berkesempatan ke Kluang utk mesyuarat, tapi disebabkan mesyuarat habis lebih awal di Kulai so terus ke Kluang.  Sampai Tol Ayer Hitam dalam kul 1.00 petang, meeting mula 2.30 petang.. apa nak buat ye..

Terus ke Pekan Ayer Hitam, teringat anak pesan utk beli cakar ayam utk display pada kawan sekelas utk subjek Agama (apa kene mengena agama ngan cakar ayam yekk). Tak faham le .. So beli gak 3 paket.. congak-congak ada kedai bunga, teringat esok kena pindah bilik, bilik baru tak masing kosong, so why not buy some and do basic decoration. 

Tengok dalam 3 kedai, kedai ke3 baru ada yang berkenan..

Tara.. ni dia rege munasabah kot RM 220, tawar sket cuma dapat RM 185, so terus sambar.. Cantik tak..

Ok kan...

Lepas ni nak kena cari meja utk bunga lak..oppss silap bunga utk meja kerja ku..

sElaM@t TinGg@l

Hari ini rasa hiba, sayu dan sedih kerana terpaksa meninggalkan pejabat utk selama-lamanya. Dah hampir 4 tahun duduk kat sini.  Tempat memendam rasa, mencurah perasaan marah kpd staff yang tak faham-faham kerja, pasal disiplin dan pernah menanggis di sini disebabkan oleh perangai staff yang tak melalui kita.. sbb bos besar marah..

Apa-apa pun bersyukur juga kerana dapat mengabadikan diri dalam menjalankan kerja dengan selesa di jabatan ini, tak macam jabatan lama, meja pun tak ada, apatah lagi bilik walaupun layak... tapi faham dengan kesulitan ketua jabatan yang tidak dapat menyediakan kemudahan dengan selesa...

Bilikku yang mendapat sentuhan awal.. dari diri ku sendiri

Komputer lama .. banyak jasanya tu..

Meja pilihan ku juga.. termasuk kerusi tu.. best woooii..
 Nak ke mana lepas ni...tunggu entri akan datang.. hu..hu...

Tuesday, March 22, 2011

Esok - Pengumuman SPM 2010

Pagi tadi mengikuti siaran HotFM - isu yang dibincangkan berkenaan bagaimana/apa cara yang anda buat celebrate SPM.  Agak menarik sebahagian pendengar (seusia) menyatakan dulu2 remaja hanya setakat keluar merempit makan pisang goreng..la ni mana ada lagi!!! Tak gempak le kata remaja sekarang.
Saya dulu... lepas SPM sibuk cari kerja.. Dapat keje kilang mak bapak dah seronok, apa taknya tak de le tiap hari nak mintak duit kot!! Dulu gaji RM 300 pun dah banyak.. tak tahu nak buat apa? La ni seminggu pung dah boleh abis RM 300.  he .. he...Kelakar2...

So utk esok harap yg terbaik utk suma..adik2, anak2 saudara... 

Saturday, March 19, 2011

en3 tertangguh

Cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk menziarahi kedua mertua di terengganu.. Bertolak hari Sabtu selepas kakak balik dari sekolah khas dlm kul 2.00 ptg.. dan sempat lunch di Yong Peng, serta makan malam di Kuantan..sampai rumah average dlm kul 11.00 mlm. Agak lewat apa taknya asyik kerja singgah kat mana-mana yang rasanya nak singgah.. ni masalahnya kalau en suami asyik nak berhenti merokok ...

Pagi Ahad ke KTganu, saja nak ke Pasar Payang sebab nak cari loyang kuih bahulu, dulu nyer dah hilang kat kampung, tak pasti siapa yg gi jual . Amboii mahainye la ni loyang tembaga.. rege dah RM150.00, tapi sebab memandangkan nak ada simpanan utk diturunkan kat anak cucu beli gak.. 


Ni rupanya...cantik kan ada ikan, belimbing, manggis, shell, cantik dan berbaloi-baloi...




Kain batik banyak dijual tapi tak rasa nak beli, sebab tawar2 pun tak dapat harga terbaik utk sutera yasmin.. setakat tengok je..

Gi Pantai Batu Buruk kejap utk minum petang (lunch tak de kat cni..) makan ikan goreng tepung, sotong goreng tepung, daging burger dan nugget (utk anak nyer) serta keropok lekor.. okeylah sedap.. lupa nak snap gambar...



kakak

si montel - adik