image atas

image atas

Wednesday, June 8, 2011

Entahle .. lain orang lain ragam

Tengok jam dah kul 2.45 petang.. mana le staf i, nak keluar opis tak de sesapa karang terjadi hal..i juga yang menanggung. Baik punye boss nak buat camne, staf perempuan semua tengah cuti..cuti bersalin apa lagi, pastu lak ambik 90 hari nyer cuti... wallah.. cam bapak kau nyer opis.. Dulu aku pun pernah mengandung, tapi yang peliknya tak de le nak manjakan diri sesangat.  Penat, mengah, sakit belakang masa trimaster terakhir tu memang biasa, tapi masih dulukan kerja..

Teringat anak pertama pagi nak gi kerja sempat gi sepital dulu.. doktor kata masih 3 cm buka, sanggup suruh DH hantar ke opis.  Dulu Sabtu separuh hari, petang siap rehat2 kat umah, petang rasa lapar.. masak lagi (masak me hoon goreng dengan ayam goreng) nak kau makan dulu sebelum terbersalin.. ikut kata hati lagi..

Anak kedua pun sama sebelumnya bz arrange utk agenda mesyuarat (seingat saya mesyuarat di Majlis Daerah Pontian). Petang balik kerja dengan puasanya, jem.. lalu depan sepital, rasa sakit.. tapi hati kata nak gi ke tidak.. takut gi pun doktor suruh balik(pk sangat pengalaman pertama).  Sempat balik umah, telefon mak minta datang, sempat masak juga utk berbuka puasa.. tunggu DH balik kerja. Malam dalam kul 9.00 baru gi sepital,

Tapi bebudak sekarang lum sakit dah ambik cuti dulu.. pelik sangat..sebab dulu mungkin saya naif sangat ..ni baru keje jadi kerani jaga cuti dah tau sepak terajang cuti terus ambik cuti ikut suka hati..

Staf lain lelaki... taraf pegawai sorang gi umrah, dua orang gi cuti (almaklum le cuti sekolah..mesti banyak agenda nak buat..time ni le travel sana travel sini.. Kerani sorang lelaki, lebih banyak hilang dari ada..dah aku mencongok kat pejabat jadi jaga..Susah betul ada dua opis.  Pagi tadi ada masalah elektrikal, habis internet line tak ada, sampai PC aku pun tak leh on.. keje saya kena pakai komputer (termasuk curi-curi masa tulis dalam blog)..huh..

Tuesday, June 7, 2011

Puasa

Hari ini dah 7 Rejab, pagi tadi suami kejutkan sebab semalam pesan nak puasa. Memang tak berhati perut isterinya, selalu isteri mithali kejutkan suami, ni suami nak gi kerja kena kejutkan isteri lak..memang tak patut..


Nak buat camne, time puasa je i boleh bangun tau MY DH..


Bangun dah kul 5.15 pagi sempat buat air milo, n makan biskut. Roti tak ada, sebab dah diingatkan oleh MY DH dia nak beli.. tup..tup sampai rumah i lebih awal balik dari dia.  Rupanya DH gi beli 'spare part' untuk keretanya yang dah 3 bulan tak leh jalan.. Tak pe.. le.


Makan le 2 keping biskut ngan air milo, tgh jalan nak gi basuh cawan, alamak terpijak sesuatu yang rasanya lembik, lekit, berbau.. Nah kau...ambik .. rupanya kucing kesayangan ku melepaskan najisnye disitu. Nak termuntah balik apa yang dimakan..


Dengan penuh redha, sebab takut GH membebel sebab tak keluarkan En Tam malam tadi aku dengan sukarelanya membuangnya..dengan kain-kain buruk terus buang.. Letak clorox ambik mop terus mencuci.. karang kalau anak-anak tau habis direport pada DH, sapa yang tanggung. I ngan En Tam juga tau menanggung malu. Pernah tulis entry pasal En. Tam sebelum ini so sapa2 nak tengok En Tam bole baca sini.


Sayang kucing najis ku tadahkan
Bau ku terpaksa hidu.. nasib kau le labu...

Monday, June 6, 2011

Berita yang amat mengejutkan

Hari ini terpaksa ambik cuti kecemasan, tak pasti makan apa, dari pagi semalam anak sulung ku asyik muntah-muntah (muntah pls don't think negative), anak i masih solo ye...

Semalam Ahad balik kampung  dan tidur di sana untuk semalaman. Yang ingat pagi i buat nasi goreng kampung, tengahari lak lunch tomyam udang galah, tempe goreng pedas(sambal jawa), ikan goreng.  Sebelum itu pun dia dah mengadu pening kepala n loya2.

Sepanjang pagi dan petang asyik muntah je.. sampai lembik.  Biasanya kalau sihat dia makan semua.. ni hidang apa2 memang menolak.  Sampai malam tadi kat umah pun masih muntah, tak lalu makan minum (kalau 20 hari maunye kurus).. he.he..

Hubby belikan 100 Plus dan eno bg dia minum sket bg elakkan badan terhidrat. Mula2 ingatkan dia sorang yang meragam, malam2 rupanya mak nya pun sama muntah dan cirit birit..keluar masuk bilik air. So pagi ni terpaksa call ofis maklumkan ambik cuti kecemasan. 

Pagi-pagi kena le masak bubur nasi utk anak2 .. sarapan pagi bubur nasi ayam.. itu menu i n anak2 kalau hubby tak de kat umah.. senang dan sedap.. Dua tiga kali mengulang pun tak pe.

Petang ni masak kari daging lak utk hubby.. Lauk orang sakit le mana ada lain-lain sekadar kari daging teruk tul bini nye...

Apa kena mengena tajuk ngan entri ni.. macam tak kena je.. Okey berita yang amat mengejutkan aku terima pagi tadi kawan ku yang lama (keje di SUK) terlibat dengan kemalangan, yang kesian dia kehilangan kedua ibu bapanya dan seorang anak perempuan bungsu nye.. Dengar nye agak teruk xsident tu.. tapi tak tau xsident ngan apa..
Untuk kawanku Zubaidah, tabahkan hati dan terima ketentuan ini dengan redha.. ingat dulu almost 16 tahun dulu dia pun kehilangan adik perempuan.. dan kali ini dugaan nyer amat besar.  Alfatihah kepada arwah kedua ibubapa nye dan anak bungsu semoga Allah menempatkan kalian bersama orang yang beriman. Insyallah.

Monday, May 23, 2011

49. Anniversary perkahwinan ke 16

Sabtu 21 Mei merupakan ulang tahun perkahwinan ku.  Menjangkau usia 16 tahun amat ku hargai dengan pelbagai dugaan dan pasang surut kasih sayang, stress kerja, melayan anak-anak yang semakin membesar dengan pelbagai karenah yang kadang-kala amat memenatkan.
Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t atas limpah dan kurnia Nya kami suami isteri dapat mengharungi semua rintangan bersama.  Dulu kurus sekarang dah cam kayu balak, ni menunjukkan banyak dah asam garam, tendang menendang dengan sikap pasangan masing-masing.

Nak cerita, selalu anak saya akan bertanya "Mama, mama jumpa papa kat mana" kata kakak (anak sulungku). Hamya mampu tersenyum, mahunye dia akan gelakkan aku kalau aku cerita yang sebenar.

"Papa, cam ne papa jumpa ngan mama ye.  Mama kat Johor, papa kat Terengganu" anak ku yang bungsu pula senang utk berdialog dengan papanye.  Yang pernah ku dengar papanye menyebut "Dulu papa jumpa ada seorang perempuan tu tengah menangis kat jalan, dia minta papa hantarkan keumahnye".  "Kat situ le papa kenal dengan family nye". Ehh menanah telinga ni dengar.

Rasanya tak perlu diceritakan hanya aku dan hubby je yang tahu hal sebenar, tak rela nak dikongsi dengan semua termasuk anak-anak kami.  Tapi nak maklum gak kami kenai 9 tahun baru dia nak merisik dan seterusnya kahwin. Saya mas tu tingkatan 5 (heeiii gatal tul dah ada boyfreind).  No..no i cuma kawan je ye.. masa tu hubby study kat UTM, Skudai.  

Pernah terputus hubungan, tapi masa saya semester 2 di UUM dia ada menghantar surat (ala dulu-dulu kan pakai surat, mana ada mel, telefon).  Nak grand sikit pakai telegram (apa hal lak bercinta pakai telegram... hu.. hu..

Ada berhubungan dengan guys lain tapi mungkin tak de jodoh tu yang clash masa kat U (tak le nak kenang lagi le..)

Cerita pasal hari perkahwinan.. dulu setakat sanding je.. mana ada photographer, tema-tema... Duit pun masa tu mana ada bnyk, baru keje 7 bulan.. tak mampu nak pakai tema, photographer..anyway rasanya macam semalam je peristiwa dan kenangan manis tu.  Alhamdullilah dipertemukan dengan hubby yang dari dulu menerima pendapat ku.. Cakap ngan dia i nak dia beli rumah sebelum kahwin.. pun dia turutkan. 
Untuk suamiku (yang tak romantis) terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan semoga Allah memberkati keluarga ini untuk selama-lamanya.

Thursday, May 19, 2011

Sketsa pendek

Hatiku resah & gelisah, tapi ku lihat anakku begitu relaks n santai."Esok ada exam sek agama syg" lirih ku berbisik pd nyer. Dia memandang kosong pd ku.  Aku blalu pergi. Slunya mulutku akan terus mbebel, utk hr ni aku tak kuasa. 10 minit blalu, ku jenguk pdnyer..aduhai dah tidur ghupenye..Apalah jwpn anakku esok.
Inilah ragam dan keletah anak ku yang kedua, Najwa Qistina.  Seorang yang agak keras hati, suka ikut  kata hati, kadang kala tidak tumpu perhatian, amat berbeza dengan kakaknya.
Anyway mama tidak akan berhenti untuk berdoa agar lembut hatinya.
 

Sunday, May 15, 2011

Happy Teacher's day



Esok 16 Mei adalah hari Guru.  Petang ni gi kedai cenderahati, memang ramai manusia termasuk kanak-kanak (termasuk anak2 ku jua)

Biasa le..semua nak beli hadiah.. Utk mereka yang berpendapatan tinggi mungkin tak jadi masalah tapi camne ye jika ibu bapa kurang berkemampuan, tentu anak2 mereka pun rasa sedih tengok rakan2 masing membawa hadiah utk guru kesayangan masing2.

Utk semua guru, harap dapat memahami, hadiah kadang kala jangan dijadikan kayu pengukur kepada pilih kasih.  Berilah perhatian dan kasih sayang pada semua anak murid tanpa melihat latar belakang keluarga.  Tanggung jawab guru adalah mendidik anak dari tidak boleh membaca jadi pandai membaca, dari tidak reti mengira lancar mengira.  Teruskan lah tanggungjawab anda untuk memastikan setiap kanak-kanak yang ke sekolah dapat mengakhiri hidup mereka menjadi manusia yang berjasa pada ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

ha@Py Te@ChER's d@Y for all teacher in Malaysia, juga utk rakan2 ku yg telah menjadi guru ; semoga terus tabah menjadi pendidik dan terus memperjuangkan karier ini.. GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..
 


Friday, May 6, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY



Setiap minggu pertama Mei diraikan jasa-jasa ibu sedunia, so utk tahun ni jatuh pada 8 Mei 2011.  Untuk semua ibu, emak, mama, mak, mami, mummy, ummi, amma dan sebagainya.. HAPPY MOTHER'S DAY.

Semoga semua ibu diberi kesihatan, kekuatan dan kecekalan dalam menhadapi cabaran mendidik anak-anak.  Kepada anak-anak sila raikan moment ini dengan ibu-ibu anda termasuk ibu mertua mu jua..

Puisi utk semua mama yang baca blog ini